Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 30 November 2018

T 3 : SAKIT JANTUNG - RAMUAN ASLI

Pada 18 April 2013, saya dikehendaki untuk pergi ke Sahiwaal(Pakistan) dari UK untuk menghadiri majlis tahunan Khatme-e-Nabuwat (jemaah tabligh). Sebelum itu, saya telah mengalami sakit yang amat sangat di dada kiri di bahagian jantung dan kesakitan ini berterusan buat beberapa waktu. Saya kemudianya bertemu di Pakistan dengan Hazrat Moulana Bashir Ahmed Usmani Sahib dan memaklumkan kepadanya bahawa doktor telah mengesan 3 saluran injap darah tersumbat semasa melakukan Angiography ke atas saya dan memaklumkan tarikh pembedahan Bypass ke atas saya yang akan dijalankan dalam masa sebulan. Dalam pada itu, seorang sahabat jemaah, Encik Hakim telah menurunkan ramuan seperti di bawah yang saya amalkan selama sebulan.
Sehari sebelum pembedahan Bypass akan dijalankan saya tiba di Cardiology Hospital, Lahore (Pakistan) dan membayar deposit Rs. 225,000.00 bagi menjalani pembedahan ini nanti. Selepas memeriksa keputusan sebelum dan semasa saluran injap jantung saya, Doktor doktor yang memeriksa saya bertanya samada saya ada mengambil apa-apa perubatan selepas kali terakhir ujian saluran yang telah saya jalani.  Saya katakan kepadanya bahawa En. Hakim Sahebs telah memberi ramuan ini. Doktor doktor merasa terkejut dengan keputusan semasa saluran injap saya dan memaklumkan bahawa keputusan laporan terkini, ke semua saluran injap telah terbuka dan berfungsi secara normal dan tiada pembedahan perlu dijalankan. Wang deposit saya di kembalikan dan saya disuruh pulang.

En Hakim Hazrat Moulana Bashir Ahmed Usmani Saheb sendiri, telah menyediakan ubatan ini untuk saya dan juga memberitahu saya ramuan ramuan nya serta cara penyediaannya saperti mana di bawah:

1 cawan jus lemon (1 Cup Fresh      Lemon Juice)
1 cawan jus halia (1 Cup Fresh Ginger Juice)
1 cawan jus bawang putih (1 Cup Fresh Garlic Juice)
1 cawan Cuka epal (1 Cup Apple Cider Vinegar)
3 cawan madu (3 Cups Honey)

Bancuh ke semua ramuan tadi - jus lemon+jus halia+jus bawang putih+cuka epal (kecuali madu) dan jerang (panaskan) perlahan-lahan selama setengah jam sehingga kira-kira 1 cawan kandungan campuran tadi telah terwap keluar (evaporate) dan hanya tinggal 3 cawan sahaja. Selepas itu, biarkan ianya sejuk dan masukkan 3 cawan madu ke tiga tiga cawan tadi. Isikan ke dalam balang bersih dan minumlah sebanyak 3 sudu teh ketika perut kosong setiap pagi.  In shaa Allah, dengan izin Allah anda akan sembuh.
(Daripada Mufti Mohammed Kantharvi. London UK)

Diedarkan oleh AYP (Azaadville) untuk berkhidmat buat semua insan. Semoga khidmat kecil ini diterima Allah. Mohon dibuat salinan dan diedarkan kepada warga tua dan kepada mereka yang tiada talian perkhidmatan email

Andai hanya seorang sahaja yang dapat manfaatnya, anda akan dianugerah Allah setinggi tingginya. Anda tidak akan tahu, berapa ramai yang akan dapat manfaat dan faedah dari ramuan perubatan ini.
Mohon dipanjangkan pesanan ini ke seramai insan yang boleh. Terima kasih. Diterjemahkan oleh:
ismailchedin, melaka. Oktober 2014.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan