49. AL BA’ITS ( الباعث
)
ALLAH Yaa Ba’its Yang Maha Membangkitkan.
DIA membangkitkan manusia selepas kematian, membangkitkan selepas tidur,
membangkitkan lintasan hati untuk kebaikan dan keburukan. ALLAH Yaa Ba’its
mampu membangkitkan ketenangan jiwa kepada hamba pilihanNYA sehingga lahir
keilkhlasan, rela, redha dan mahu menurut apa sahaja kehendakNYA. Keikhlasan
adalah kunci utama bagi mendekatkan diri pada ALLAH dan mendapatkan cahaya
dariNYA.
Penghayatan kepada SIFAT Al Ba’its
melahirkan manusia yang sentiasa bersemangat dan penuh keyakinan, menjadikan
kegagalan sebagai panduan untuk menempa kejayaan pada masa depan. Mereka juga
berani mencuba, tidak takut gagal dan berani mengambil risiko.
BICARA HATI
Allahumma Yaa Ba'its Yang Maha
membangkitkan, Engkau membangkitkan hamba-hambamu dari kubur untuk dihisab dan
dihitung amalan olehMu Yaa Hasib Yaa Muhshi. Engkau Yaa Ba'its Yaa Muhyi
membangkitkan roh-roh yang sedang tidur nyenyak agar bangkit di pagi-pagi hari
merintih kepadaMu memohon ampun dariMu Yaa Ghaffar Yaa Ghaffur agar kami
selamat ketika di hari kebangkitan nanti. Engkau juga Yaa Ba'its membangkitkan
semangat juang kami untuk kami terus berjuang membawa manusia dekat denganMu
dan sujud kepadaMu.
Engkau Yaa Ba'its mampu membangkitkan peniaga ketika
dia jatuh bankrap, mampu membangkitkan jiwa yang tersungkur dengan dosa-dosa,
mampu membangkitkan isteri dan suami yang terleka dan terlalai. Yaa Allah Yaa
Ba'its, bangkitkan dan bakarkan semangat kami untuk terus mendekatkan diri
kepadaMu dan membawa hamba-hamba yang lain untuk mendekatiMu agar kami semua
mendapat redhaMu dan belas kasihMu di hari kebangkitan nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan