Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Isnin, 1 Februari 2021

V 144 : ASMAUL HUSNA ( 51. AL HAQ )

 AL HAQ  ( الحق )

 ALLAH Yaa Haq Yang Maha Benar adalah sumber kebenaran. KalimahNYA benar, janjiNYA benar, balasan dan azabNYA benar, akhiratNYA benar, cinta dan kasih sayangNYA benar dan apa yang dibawa oleh Nabi dan RasulNYA benar. Oleh itu hendaklah kita bersandarkan dan bersumberkan daripada kebenaran ALLAH Yaa Haq dalam setiap kata-kata, perbuatan, ibadah, hukuman dan seluruh tindakan kita di dunia ini.

 Menghayati sifat Al Haq ialah dengan menjadikan diri kita orang yang benar dalam segala tindakan, perkataan hatta suara hati sekali pun. Serta sebagai seorang hamba juga kita harus memperjuangkan amal makruf dan menghalang kemungkaran kerana itulah perjuangan yang benar. Dan hendaklah kita sedar bahawa ALLAH SUBHANAHU WA TA‘ALA sentiasa memerhati akan kebenaran tindakan dan kata-kata kita di atas dunia ini.

 

BICARA HATI

 Allahumma Yaa Haq, sesungguhnya Engkau Maha Benar, segala kebenaran hanya Engkau yang boleh tunjukkan. Yaa Fattah Yaa Haq, Engkau Maha Membuka jalan kebenaran kepada hambaMu yang tersasar. Yaa Mu'id Yaa Haq, Engkau Maha Mengembalikan hambaMu ke jalan kebenaran setelah kami tersasar. Yaa Baaqi’ Yaa Haq, Engkau Maha Mengekalkan jalan kebenaran bagi hambaMu.

 Allahumma Yaa Haq, sesungguhnya Al Quran itu adalah benar, seluruh ayat-ayatnya adalah benar, ia menunjuk jalan kepada kebenaran untuk diikuti dan menerangi jalan kebatilan agar dijauhi. Jalan hidup yang benar itu ditunjukkan oleh RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM, utusanMu Yaa Haq, hidup yang benar itu membela anak yatim, fakir miskin, orang tua, orang sakit, orang susah dan hidup berdakwah.

 Hidup mengejar dunia dan wang ringgit serta mengabaikan suruhan ALLAH SUBHANAHU WA TA‘ALA adalah tersasar dari kebenaran. Hidup berehat-rehat, bersantai-santai dan bermalas-malasan adalah hidup yang batil. Allahumma Yaa Nuur Yaa Haadi Yaa Haq, pancarkan cahaya kebenaran dalam jiwa kami agar jelas dan terang jalan kebenaran dan kebatilan itu, agar kami dapat menyusuri jalan kebenaran.

 Yaa Baaqi Yaa Haq, kekalkan kami dalam jalan kebenaran. Yaa Qowiy Yaa Haq, kurniakan kami kekuatan untuk menyusuri jalan kebenaran kerana jalan ini penuh duri ranjau, kesempitan, kemiskinan, kesibukan, pengorbanan dan cemuhan-cemuhan manusia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan