Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Isnin, 1 Februari 2021

V 145 : ASMAUL HUSNA ( 52. AL WAKIL )

 AL WAKIL  ( الوكيل )

 ALLAH Yaa Wakil Yang Maha Menguruskan Amanah melaksanakan urusan pentadbiran di dunia ini dengan penuh kesempurnaan. Sebagai seorang hamba yang tidak berdaya, seharusnya kita menyerahkan segala urusan kita kepada ALLAH Yaa Wakil agar menjadi wakil kita dalam menguruskan segala urusan kita,  menjaga suami/isteri kita, anak-anak kita, harta benda kita dan lain-lain lagi ketika ketiadaan kita. DIA Yaa Wakil pasti menjadi wakil yang amanah dan sempurna dalam menguruskan urusan hamba-hambaNYA yang menyerahkan urusan kepadaNYA.

 Menghayati sifat ALLAH Al  Wakil menjadikan kita seorang yang mampu memikul amanah yang diberikan olehNYA untuk mentadbir dan mengurus dunia. Dengan bergantung kepada ALLAH Yaa Wakil, segala urusan menjadi mudah dan berjaya dilaksanakan dengan baik.

 

BICARA HATI

 Allahumma Yaa Wakil, sesungguhnya Engkau Maha Mengurus, Mentadbir Dan Maha Diwakilkan. Seluruh alam ini di bawah pengurusan dan pentadbiranMu. Engkau sangat hebat dan cekap mengurus alam ini, mengatur dengan tepat dan cekap perjalanan matahari, bulan, bintang dan planet-planet.  Engkau Yaa Wakil mentadbir kehidupan pokok-pokok dan binatang-binatang, Engkau Yaa Wakil juga mentadbir perjalanan hidup dan sistem tubuh manusia.

 Allahumma Yaa Wakil, Engkaulah sesungguhnya mengurus dan mentadbir setiap kerajaan di langit dan di bumi, kerajaan negara-negara seluruh dunia. Seluruh kementerian, jabatan, syarikat, badan-badan berkanun dan lain-lain lagi di bawah pengurusan, pentadbiran, kawalan, pemantauan dan seliaanMu. Semua raja, perdana menteri, ketua jabatan. Sebegitu hebat kemampuanMu mentadbir dan mengurus makhlukMu, kami kadang-kadang terlupa untuk memohon pertolonganMu dalam urusan hidup kami, dalam menghadapi masalah dan cabaran mengurus anak-anak, rumahtangga dan pekerjaan kami. Oleh itu Allahumma Yaa Wakil, kami hamba yang tak berdaya, yang dhaif, jahil lagi fakir ini menyerahkan kepadaMu seluruh urusan hidup kami untuk diurustadbir olehMu Yaa Allah Yaa Wakil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan