AL TAWWAB ( التواب )
ALLAH Yaa Tawwab Yang Maha Penerima
Taubat memberi dan menerima taubat hambaNYA tanda kehalusan dan kelembutanNYA
kepada hamba-hambaNYA. ALLAH tidak melihat kepada kesalahan dan keburukan
perbuatan hambaNYA, tetapi hamba itu perlu menyesali semua perkara buruk yang
dilakukan dengan azam tidak mahu mengulangi dan takut dengan dosa tersebut.
ALLAH bukan sahaja hanya menerima taubat, namun setelah hambaNYA disucikan dari
dosa, dialirkan pula kasih sayangNYA dan cintaNYA Yaa Rahman Yaa Rahim Yaa
Wadud. ALLAH Yaa Tawwab seringkali memberi taubat dengan memberi anugerah
musibah kepada hamba-hambaNYA yang lupa memohon taubat, tetapi hukuman itu
cukup ringan berbanding dengan azab di akhirat kelak. Oleh itu hendaklah
seseorang itu melahir rasa syukur ketika dalam musibah.
Menghayati Al Tawwab akan menjadikan kita
seorang yang pemaaf walau apa pun kesalahan orang terhadap kita. Sifat pemaaf
menunjukkan kebersihan hati yang telah dibersihkan oleh ALLAH Yaa Tawwab.
BICARA HATI
Allahumma Yaa Tawwab Yang Maha Menerima
Taubat, sesungguhnya Engkau menerima taubat hambaMu walaupun pernah melakukan
dosa setinggi gunung, sebanyak buih di lautan, sebanyak pasir di pantai. Dengan
kasihMu Yaa Rahman Yaa Rahim, dengan kelembutanMu Yaa Latif Yaa Halim, Engkau
menerima hambaMu yang ingin kembali ke jalan yang benar dengan penuh
keterbukaan. Hatta hamba yang kafir juga Engkau terima taubat mereka walau
setiap hari mereka menyembah patung, dan tuhan-tuhan yang lain.
Begitulah hebatnya sifatMu Yaa Tawwab
Yang Maha Menerima Taubat. Engkau Yaa Fattah Yaa Tawwab sentiasa membuka jalan
taubat dan jalan kembali kepada hamba-hambaMu yang menginsaf diri dan berazam
untuk mengubah diri dari pembuat dosa kepada pembuat amal soleh, dari hamba
yang lupa kepada hari pertemuan denganMu Yaa Muhsi Yaa Hasib kepada hamba yangg
sentiasa ingat kepada saat-saat cemas di Akhirat nanti.
Yaa Allah Yaa Tawwab, kami datang kepadaMu di pagi ini
merintih kepadaMu agar menerima taubat kami atas segala perbuatan dosa yang
telah kami lakukan terhdapMu Yaa Allah kerana kejahilan dan kelalaian kami
terhadp ayat-ayat al Quran dan Hadis NabiMu, kami lalai dalam berdoa kepadaMu
dan lalai menyebut-nyebut NamaMu dan lalai dalam mengingati kebesaran dan
keagonganMu Yaa Allah Yaa Kabir Yaa Mutakabbir Yaa Adzhim, maka hambaMu yang
dhaif lagi hina ini datang menadah tangan, menangis menagih kepadaMu Yaa Tawwab
agar kami termasuk dalam golongan yang diterima taubat. Yaa Nuur, Yaa Haadi Yaa
Haq, pimpinlah kami dalam jalan kebenaranMu hingga akhir hayat kami.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan