MAALIKUL MULK ( مالك الملك )
ALLAH Yaa Maalikul Mulk Yang Maha
Memiliki Kerajaan memiliki kerajaan alam semesta di langit dan di bumi, di
dunia dan di akhirat dan DIA tidak merasa berat menguruskan dan mentadbir
kerajaanNya. DIA tidak memerlukan sebarang bantuan dalam semua urusan tadbir
kerajaanNYA dan DIA Raja yang sebenarnya. DIA memerintah dengan penuh keadilan.
Di dunia DIA Yaa Malikul Mulk memilih hamba-hambaNYA menjadi Raja bagi pihakNYA
dan ALLAH mengambilnya kembali dengan menurunkan takhtanya bila tiba masanya.
Di akhirat, ALLAH adalah Raja yang mutlak yang setiap makhlukNYA akan berlutut
kepadaNYA.
Menghayati sifat Yaa Maalikul Mulk akan
menjadikan seseorang ketika diberi kekuasaan, menggunakan kekuasaan untuk
kebaikan dan keadilan dan sentiasa menyedari kekuasaan itu hanya sementara dan
akan diambil kembali oleh ALLAH dan sentiasa bertasbih kepada ALLAH.
BICARA HATI
Allahumma Yaa Malikul Mulk, sesungguhnya
Engkau Maha Memiliki Seluruh Kerajaan tujuh lapisan langit, tujuh lapisan bumi,
alam nyata dan alam ghaib. Engkau Yaa Malikul Mulk adalah Raja yang memerintah
setiap kerajaan di alam dunia ini, raja-raja dan pemerintah di kalangan makhluk
hanya alatMu semata-mata.
Engkau melantik alatMu mengikut
kehendakMu. Sesungguhnya hambaMu yang berjiwa hamba lah yang paling layak
menjadi alatMu dalam pentadbiran sesebuah kerajaan di alam dunia ini, namun
ketika hambaMu umat Islam sudah mencintai dunia dan kepentingan diri, Engkau Yaa
Hakam menghukum mereka dengan Engkau Yaa Rofi' menaikkan hambaMu yang kufur dan
musuhMu sebagai raja dan mengizinkan kezaliman berleluasa, agar umat Islam
kembali menjadi abdiMu dan meninggalkan pengabdian kepada hawa nafsu dan dunia.
Yaa Malikul Mulk, Engkaulah hakikatnya perdana menteri
setiap negara, menteri di setiap kementerian, ketua jabatan di setiap jabatan,
CEO setiap syarikat, ketua keluarga bagi setiap keluarga, pengurus setiap bank.
Engkaulah yang menguasai semua pemerintahan di langit dan di bumi, Engkau Yaa
Malikul mulk, Raja bagi setiap planet, setiap galaksi, setiap matahari,
bintang-bintang. Engkau Raja setiap hutan belantara, Raja bagi harimau, ular,
semut, kuman. Yaa Malikul Mulk, Engkau Raja setiap pokok, tumbuhan, sungai,
lautan, awan, angin. Yaa Malikul Mulk, Engkau Raja yang menguasai bagi setiap
jin, syaitan, iblis, dan segala makhluk halus. Engkau Yaa Malikul Mulk adalah
Raja, penguasa dan pemilik yang mutlak bagi setiap sesuatu yang mentadbir,
mengurus dan mengatur dengan penuh kebijaksanaanMu Yaa Alim Yaa Hakim Yaa
Rashid. Yaa Malikul Mulk, kami menyerah diri kepadaMu sebagai khadamMu dalam
pentadbiranMu dan KerajaanMu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan