AL BATHIN ( الباطن )
ALLAH Yaa Bathin Yang Maha Ghaib sehingga
kewujudanNYA tidak mampu dilihat oleh fikiran manusia yang menjadi silau dan
tumpul. Kita harus merenung sifat-sifat ALLAH dalam makhluk sekeliling kita
tapi dilarang membayangkan ZatNYA kerana ianya di luar kemampuan akal kita untuk
memikirkan.
Penghayatan kepada Sifat Al Bathin akan
membimbing kita untuk lebih suka menilai diri sendiri demi menjaga diri di
hadapan ALLAH. ALLAH Yaa Bathin juga mampu menghilangkan aib dan dosa kita pada
pandangan umum, oleh itu bergantunglah sepenuhnya kepada ALLAH Yaa Bathin agar
dipeliharaNYA kita pada pandangan orang lain dan kita mampu melakukan kebaikan
dan kebajikan kepada manusia lain.
BICARA HATI
Allahumma Yaa Zohir Yaa Bathin,
sesungguhnya Engkaulah yang menampakkan dan menghilangkan. Engkau Yaa Zohir
menampakkan pada pandangan matahati akan Nama dan Sifat-sifatMu di sebalik
alam, makhluk, manusia dan peristiwa.
Yaa Zohir, Engkau juga mengzohirkan alam
ghaib melalui kalamMu dalam Al Quran, namun matahati yang bercahaya dipancar
olehMu Yaa Nuur dan terbuka dibuka olehMu Yaa Fattah saja yang dapat
melihatnya. Sesungguhnya Neraka itu setiap saat dizohirkan oleh ALLAH melalui
alam ini. Matahari dunia mengingatkan matahari Mahsyar. Timbangan dunia
mengingatkan hari timbangan amal. Mahkamah dunia mengingatkan Mahkamah Akhirat.
Yaa Zohir menzohirkan kekuasaanNya dengan pelbagai peristiwa alam, 2 jenis
lautan bertemu tetapi air tidak bercampur bagi menzahirkan sifatMu Yaa Jami' Maha
Menyatukan dan Maha memisahkan. Gempa bumi menzahirkan sifatMu Matin Yang Maha
Meneguhkan dan Maha menghancurkan.
Yaa Allah Yaa Zohir Yang Maha
menampakkan, nampakkan pada pandangan mata hati kami akan Nama-nama dan
sifat-sifatMu di sebalik alam, peristiwa, makhluk dan manusia, Yaa bathin,
hilangkan pada pandangan matahati kami bahawa alam ini berkuasa, peristiwa
terjadi dengan sendirinya, makhluk dan manusia punya daya upaya kerana semua
daya itu milikMu dan semua sifat itu datang dariMu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan