AL MUTA’AALI) ( المتعالي )
ALLAH Yaa Muta’aali Yang Maha Tinggi yang
ketinggianNYA tidak terbatas dan akal manusia tidak dapat membayangkannya. DIA
yang paling tinggi DzatNYA, martabatNYA, kedudukanNYA, kemuliaanNYA,
kekayaanNYA, kasih sayangNYA dan lain-lain.
Menghayati sifat Al Muta’aali akan memberikan
kita kekuatan dan semangat untuk mendaki gunung cita-cita, kebahagian dan
kejayaan dengan kekuatan Yaa Muta’aali yang Maha Dahsyat yang dialirkan ke
dalam jiwa pendaki dan DIA Yaa Muta’aali akan bersama kita sepanjang pendakian
kerana pendakian itu panjang dan meletihkan dan sentiasa memerlukanNYA.
BICARA HATI
Allahumma Yaa Muta'ali, sesungguhnya
Engkau Maha Meninggikan. Engkau meninggikan tujuh lapisan langit yang penuh
dengan tanda-tanda ketinggian darjatMu, ketinggian kebijaksanaanMu Yaa Muta'ali
Yaa Hakim, ketinggian kemuliaanMu Yaa Muta'ali Yaa Karim.
Engkau Yaa Muta'ali meninggikan darjat
hamba-hambaMu di dunia dan akhirat di kalangan para Rasul dan Nabi yang
menyebarkan kalimah tauhid, juga ketinggian darjat di sisiMu bagi
pejuang-pejuang agamaMu yang melepaskan kesenangan dunia untuk mencari redhaMu
dalam melaksanakan tugas sebagai abdi dan khalifahMu di dunia ini. Yaa
Muta'ali, Engkau juga meninggikan kedudukan hamba-hambaMu di dunia ini dengan
memberi kekuasaanMu dan KerajaanMu Yaa Malikul Mulk, Yaa Dzal Jalaali Wal Ikram
sebahagiannya sebagai ketinggian yang hakiki dan sebahagian sebagai istidraj
dan laknat.
Ketinggian darjat di akhirat hanya
diperuntukkan olehMu Yaa Muta'ali kepada orang-orang yang beriman yang sentiasa
rohnya sujud taat kepada perintah dan agenda Yaa Baari' dan jasad yang tidak
henti-henti mengorbankan diri untuk meninggikan nama-namaMu dan agamaMu Yaa
Muta'ali.
Yaa Muta'ali, jadikan hati kami ini hati
yang sentiasa merendah diri dan meninggikanMu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan