Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Ahad, 21 April 2013

Bab 97 Istikharah (Mohon Pilihan) Dan Bermesyuarah.



Allah Taala berfirman:

Yang bermaksud :  "Dan permesyuarahkanlah dengan mereka yakni dengan para sahabat dalam sesuatu perkara."
(ali-lmran: 159)

Allah Taala berfirman pula:

Yang bermaksud :  "Dan perkara mereka itu dimesyuarahkan antara mereka, yakni mereka itu sama bermesyuarah dalam perkara tersebut." 
(as-Syura: 38)

715. Dari Jabir r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada kita cara melakukan solat istikharah yakni mohon pilihan kepada Allah, mana yang terbaik antara dua perkara atau beberapa perkara dalam segala macam urusan, sebagaimana beliau s.a.w. mengajarkan surat dari al-Quran. Beliau s.a.w. bersabda:

Yang bermaksud :  "Jikalau seseorang dari engkau semua berkehendak pada sesuatu perkara, maka hendaklah bersolat dua rakaat yang tidak termasuk solat fardhu, kemudian ucapkanlah yang ertinya: Ya Allah, saya mohon pilihan kepadaMu dengan ilmuMu dan saya mohon ditakdirkan untuk mendapatkan yang terbaik antara dua atau beberapa perkara dengan kekuasaanMu, juga saya mohon kepadaMu akan keutamaanMu yang agung, kerana sesungguhnya Engkau adalah Maha Kuasa sedang saya tidak kuasa apa-apa, juga Engkau adalah Maha Mengetahui sedang saya tidak mengetahui dan Engkau adalah Maha Mengetahui segala sesuatu yang ghaib. Ya Allah, jikalau Engkau mengetahui bahawa perkara ini memang baik untuk agamaku, kehidupanku dan akibat perkaraku.” - atau beliau s.a.w. menyabdakan: 

“Baik untuk urusanku sekarang dan urusanku di kemudian hari, maka takdirkanlah itu untukku dan permudahkanlah mendapatkannya padaku, selanjutnya berilah keberkahan padaku dalam urusan itu. Tetapi jikalau Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah buruk untuk agamaku, kehidupanku dan akibat perkaraku.” - atau beliau s.a.w. menyabdakan: 

“Baik untuk urusanku sekarang dan urusanku di kemudian hari, maka belokkanlah itu dari diriku dan belokkanlah aku daripadanya, lalu takdirkanlah mana-mana yang baik untukku di mana saja adanya kebaikan itu dan seterusnya berikanlah keredhaan padaku dengan melakukan yang baik tadi."

Beliau s.a.w. bersabda: 
Yang bermaksud :  "Dan orang yang melakukan istikharah itu supaya menyebutkan apa yang menjadi hajat keperluannya." 

(Riwayat Bukhari)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan