Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 24 April 2013

Bab 101 Jangan Mencela Makanan Dan Sunnahnya Memuji Makanan.




733. Daripada Abu Hurairah ra, katanya:

Yang bermaksud :  "RASULULLAH SAW  itu tidak pernah mencela sama sekali pada sesuatu makanan. Jikalau beliau SAW ingin pada makanan itu beliaupun memakannya dan jikalau tidak menyukainya, maka beliau tinggalkan tanpa mengucapkan celaan padanya." 
(Muttafaq 'alaih)


734. Daripada Jabir ra bahawasanya NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM meminta lauk pauk kepada keluarganya, lalu mereka berkata: 

Yang bermaksud :  "Tidak ada yang kita punyai melainkan cuka. Beliau SAW lalu memintanya dan mulailah beliau makan serta bersabda: "Sebaik-baik lauk pauk ialah cuka, sebaik-baik Iauk pauk ialah cuka." 

(Riwayat Muslim)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan