Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 27 April 2013

Bab 104 Makan Dari Apa-apa Yang Ada Dekatnya, Menasihati Serta Mengajarkannya Budi Pekerti Pada Seseorang Yang Buruk Ketika Makan.


737. Daripada Umar bin Abu Salamah radhiallahu 'anhuma, katanya: 

Yang bermaksud :  "Saya pada ketika itu adalah seorang anak yang ada di bawah pengawasan Rasulullah s.a.w. tanganku berputar-putar ke sekitar piring kalau makan. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda kepadaku: "Hai anak, ucapkanlah Bismillah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah dari apa-apa yang dekat denganmu." 
(Muttafaq 'alaih)

738. Daripada Salamah bin al-Akwa' ra bahawasanya ada seorang lelaki makan di sisi RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM dengan tangan kirinya, lalu RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda: 

Yang bermaksud :  "Makanlah dengan tangan kananmu." Orang itu menjawab: "Saya tidak dapat makan dengan tangan kanan." Beliau lalu bersabda: "Engkau tidak dapat?" Tidak ada yang menyebabkan ia berbuat sedemikian itu kecuali kerana kesombongannya. Maka ia tidak dapat mengangkatkan tangan kanannya ke mulut untuk selama-lamanya sejak saat itu.” 

(Riwayat Muslim)






Tiada ulasan:

Catat Ulasan