Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Selasa, 23 April 2013

Bab 98 Sunnahnya Bepergian Ke Solat Hari Raya, Meninjau Orang Sakit, Haji, Peperangan, Jenazah, Dan Lain-lain Sebagainya Dari Satu Macam Jalan Dan Kembali Dengan Melalui Jalan Yang Selain Waktu Perginya Itu Kerana Memperbanyakkan Tempat Ibadat.


716. Daripada Jabir ra, katanya: 

Yang bermaksud :  "Nabi s.a.w. itu apabila hari raya yakni ketika pergi untuk shalatul'id, maka beliau menyalahi jalan."
(Riwayat Bukhari)

Ucapannya: "Khalafath thariqa": menyalahi jalan ertinya ialah bahawa perginya melalui jalan yang satu sedang pulangnya melalui jalan lainnya lagi bukan jalan waktu perginya tadi ( jalan yang berlainan ).

717. Dari Ibnu Umar radhialiahu 'anhuma bahawasanya Rasulullah s.a.w. itu keluar  dari Madinah dari jalan Asysyajarah yang di situ ada masjid Dzulhulaifah dan masuk  yakni pulangnya dari jalan Almu'arras yang di situ ada masjid Almu'arras. Dan jikalau beliau s.a.w. masuk Mekah maka beliau itu masuk dari jalan Tsaniyyah Ulya yang merupakan suatu jalan sempit antara dua buah bukit dan keluar dari jalan Tsaniyyah Sufla atau yang disebut Asysyabikah.

(Muttafaq 'alaih)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan