Allah
Taala berfirman:
Yang
bermaksud : "Dan dengan itu pula yakni supaya menjadi
orang yang bulat-bulat menyerahkan diri kepada Allah. Ibrahim berwasiat kepada
anak-anaknya dan juga Ya'qub. Ujar mereka: "Hai anak-anakku, sesungguhnya
Allah telah memilih agama ini untukmu semua maka janganlah engkau semua mati,
melainkan engkau semua menetapi Agama Islam. Adakah engkau semua hadir ketika
Ya'qub didatangi oleh kematian, ketika ia mengatakan kepada anak-anaknya:
"Apakah yang engkau semua sembah sepeninggalku
nanti?" Mereka menjawab: "Kita semua menyembah Tuhanmu dan Tuhannya
nenek moyangmu. iaitu Ibrahim, Ismail dan Ishaq yakni Tuhan yang Maha Esa dan
kita semua menjadi pemeluk Agama Islam yakni menyerahkan diri
bulat-bulat kepada Tuhan."
(al-Baqarah:
132-133)
Adapun
Hadis-hadisnya, di antaranya ialah Hadis Zaid bin Arqam r.a. yang telah
diuraikan lebih dulu dalam bab Memuliakan ahli baitnya Rasulullah s.a.w.,
katanya: "Rasulullah s.a.w. pernah berdiri berkhutbah kepada kita, beliau
bertahmid serta memuji
kepada
Allah, lalu menasihati dan memberi peringatan, kemudian bersabda: "Amma
ba'du, ingatlah wahai sekalian manusia, hanyasanya saya ini adalah seorang
manusia, hampir sekali saya didatangi oleh utusan Tuhanku yakni malakulmaut,
kemudian saya harus mengabulkan kehendakNya yakni diwafatkan. Saya meninggalkan
dua benda berat(agung) iaitu pertama Kitabullah yang di dalamnya ada petunjuk
dan cahaya. Maka ambillah(amalkanlah) dengan berpedoman kepada Kitabullah itu
dan peganglah ia erat-erat".
Jadi
Rasulullah s.a.w. memerintahkan untuk berpegang teguh serta mencintai
benar-benar kepada Kitabullah itu. Selanjutnya beliau s.a.w. bersabda:
"Dan juga ahli baitku(keluargaku). Saya memperingatkan kepadamu semua
untuk bertakwa kepada Allah dalam memuliakan ahli baitku itu."
Diriwayatkan
oleh Imam Muslim. Di muka sudah diterangkan selengkapnya yang panjang. Lihat
Hadis no. 345.
710. Dari
Abu Sulaiman iaitu Malik bin al-Huwairits r.a., katanya:
Yang
bermaksud : "Kita semua mendatangi Rasulullah s.a.w. dan
kita semua adalah para pemuda yang hampir berdekatan saja usianya. Kita semua
bermukim di sisi beliau s.a.w. selama duapuluh malam untuk belajar ilmu
pengetahuan agama. Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang kasih sayang serta
lemah-lembut. Beliau mengira bahawa kita semua telah rindu kepada keluarga
kita, lalu bertanya kepada kita tentang siapa-siapa dari keluarga kita itu yang
kita tinggalkan. Kitapun memberitahukannya tentang hal itu. Selanjutnya beliau
s.a.w. bersabda: "Kembalilah kini kepada keluargamu masing-masing,
berdiamlah di dalam lingkungan mereka, berilah mereka pelajaran, perintahlah
mereka melakukan ketaatan, juga bersolatlah engkau semua solat ini pada waktu
begini dan solat ini pada waktu begini yakni solat lima waktu. Jikalau waktu
solat sudah tiba, maka hendaklah seseorang di antara engkau semua itu
melaungkan azan dan hendaklah menjadi imammu semua itu orang yang tertua dari
engkau semua."
(Muttafaq
'alaih)
Imam
Bukhari menambahkan dalam riwayatnya:
"Rasulullah juga bersabda lagi: "Dan bersolatlah engkau semua
itu sebagaimana engkau semua melihat cara saya bersolat."
Ucapannya: Rahiman
rafiqan, diriwayatkan dengan fa' dan qaf sebagaimana
di atas, juga diriwayatkan dengan dua qaf lalu berbunyi raqiqan yang
ertinya halus perasaannya.
711. Dari
Umar bin al-Khaththabab r.a.,katanya:
Yang
bermaksud : "Saya meminta izin kepada Nabi s.a.w. untuk
melakukan umrah lalu beliau s.a.w. bersabda: "Jangan engkau lupa untuk
mendoakan kita, hai saudaraku." Beliau telah mengucapkan sesuatu kalimat
yang saya tidak merasa senang memperoleh seisi dunia ini sebagai gantinya
-maksudnya bahawa kalimat yang disabdakan oleh beliau s.a.w. kepada Umar r.a.
yakni meminta didoakan dalam umrahnya nanti, dianggap amat besar nilainya
melebihi nilai dunia dan seisinya.”
Dalam
riwayat lain disebutkan: "Nabi s.a.w. bersabda: "Sertakanlah kita,
hai saudaraku dalam doamu itu!"
Hadis
shahih yang diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Daud dan Termidzi dan Termidzi
mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.
712. Dari
Salim bin Abdullah bin Umar bahawasanya Abdullah bin Umar radhiallahu 'anhuma
berkata kepada seseorang ketika ia hendak bepergian:
Yang
bermaksud : "Mendekatlah padaku sehingga saya dapat
mengamanatkan sesuatu padamu sebagaimana Rasulullah s.a.w. mengamanatkan
sesuatu pada kita kalau kita hendak pergi. Beliau s.a.w. bersabda: "Saya
menyerahkan kepada Allah akan agama dan amanat saudara serta semua akhir amalan
saudara."
Diriwayatkan
oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.
713. Dari
Abdullah bin Yazid al-Khathmi as-Shahabi r,a., katanya:
Yang
bermaksud : "Rasulullah s.a.w. itu apabila hendak
mengucapkan selamat jalan pada sepasukan tentera, beliau bersabda: "Saya
menyerahkan kepada Allah akan agamamu semua, amanatmu serta semua akhir
amalanmu."
Hadis
shahih yang diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Daud dan lain-lain dengan isnad
shahih.
714. Dari
Anas r.a., katanya:
Yang
bermaksud : "Ada seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w.
lalu berkata: "Ya Rasulullah, saya hendak bepergian, maka berilah bekal
kepada saya." Beliau s.a.w. bersabda: "Semoga Allah memberikan bekal
ketakwaan padamu." Orang itu berkata lagi: "Tambahkanlah doa
untukku!" Beliau s.a.w. bersabda: "Dan semoga Allah memberi
pengampunan padamu." Ia berkata lagi: "Tambahkanlah untukku!"
Beliau s.a.w. bersabda pula: "Juga semoga Allah memberikan kemudahan
padamu untuk memperoleh kebaikan di mana saja engkau berada."
Diriwayatkan
oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan