Allah Taala berfirman:
Yang Bermaksud : "Hai sekalian orang-orang yang beriman, janganlah engkau
semua memasuki rumah yang bukan rumahmu sendiri, sehingga engkau semua meminta
izin dan mengucapkan salam kepada ahli rumah itu yakni orang-orang yang ada di
dalamnya."
(an-Nur:
27)
Allah
Taala juga berfirman:
Yang Bermaksud : “Jikalau anak-anakmu itu telah sampai ke umur dewasa, maka hendaklah mereka meminta izin
jikalau hendak masuk ke tempatmu sebagaimana
meminta izinnya orang-orang yang dahulu tadi yakni sebagaimana orang-orang
dewasa yang Iain-Iain."
(an-Nur:
59)
867. Daripada
Abu Musa r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang Bermaksud : "Meminta izin itu sebanyak
tiga kali saja. Maka jikalau diizinkan untukmu maka masuklah dan jikalau tidak
yakni meminta izin sampai tiga kali tetapi tidak ada jawapan, maka kembalilah."
(Muttafaq
'alaih)
868. Daripada
Sahl bin Sa'ad r.a katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang Bermaksud : "Hanyasanya meminta izin itu
diadakan peraturannya kerana adanya penglihatan." Maksudnya bahawa melihat keadaan seseorang
dari celah-celah pintu atau dinding dan sebagainya itu dilarang. Oleh kerana
itu hendaklah meminta izin saja, jikalau hendak masuk rumah seseorang iaitu
dengan mengetuk pintu, menekan loceng dan Iain-Iain.
(Muttafaq
'alaih)
869. Daripada
Rib'i bin Hirasy, katanya:
Yang Bermaksud : "Kami diberitahu oleh
seorang lelaki dari kabilah Bani 'Amir bahawasanya ia meminta izin kepada Nabi
s.a.w. dan beliau itu sedang ada dalam rumah. Kemudian orang itu berkata:
"Adakah saya boleh masuk?" Rasulullah s.a.w. lalu bersabda kepada
pelayannya: "Keluarlah menemui orang ini dan ajarkanlah cara meminta izin
padanya. Katakanlah padanya supaya ia mengucapkan: "Assalamu 'alaikum, adakah saya boleh masuk?" Orang
itu mendengar keterangan beliau s.a.w. lalu mengucapkan: Assamu 'alaikum, adakah saya boleh
masuk." Nabi s.a.w. lalu memberikan izin kepada orang tadi dan iapun
masuklah."
Diriwayatkan
oleh Abu Daud dengan isnad shahih.
870. Daripada
Kildah bin al-Hanbal r.a., katanya:
Yang Bermaksud : "Saya mendatangi Nabi
s.a.w. lalu saya masuk padanya dan saya tidak mengucapkan salam, lalu Nabi
s.a.w. bersabda: "Kembalilah dan ucapkanlah: Assalamu 'alaikum. Apakah saya boleh masuk?"
Diriwayatkan
oleh Imam-imam Abu Daud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah
Hadis hasan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan