875. Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:
Yang Bermaksud : "Sesungguhnya Allah itu
mencintai bersin dan benci kepada menguap. Maka apabila seseorang di antara
engkau semua bersin dan ia memuji kepada Allah Taala yakni mengucapkan
Alhamdulillah maka menjadi hak atas setiap orang Muslim yang mendengarnya
supaya ia mengucapkan padanya: Yarhamukallah,
yakni: "Semoga engkau diberi kerahmatan oleh Allah. Adapun menguap,
maka hanyasanya menguap itu dari syaitan*. Maka apabila seseorang di antara
engkau semua menguap, hendaklah menolaknya sekuat mungkin, sebab sesungguhnya
seseorang di antara engkau semua itu apabila menguap maka ketawalah syaitan
daripadanya itu."
(Riwayat
Bukhari)
876. Daripada
Abu Hurairah r.a. pula dari Nabi s.a.w., sabdanya:
Yang Bermaksud : "Apabila seseorang di
antara engkau semua itu bersin, maka hendaklah mengucapkan:
"Alhamdulillah" dan hendaklah saudaranya atau kawannya yang
mendengarkan itu lalu mengucapkan:Yarhamukallah Selanjutnya apabila saudara
atau kawannya tadi sudah mengucapkan: Yarhamukallah,
maka hendaklah orang yang bersin tadi mengucapkan: Yahdikumullah wayush-lihu balakum, ertinya:
Semoga Allah memberikan petunjuk pada anda dan pula membaguskan hati anda.
(Riwayat
Bukhari)
Menguap
itu sudah dimaklumi. Bahasa Arabnya Tatsaub dan ismnya Tsaufaa'. la
dianggap berasal dari syaitan, sebagai tanda kebencian kita padanya, kerana
menguap itu hanya terjadi dengan sebab adanya tubuh yang berat, perut yang
berisi penuh dan condong sekali pada kemalasan. Ingin tidur dan Iain-Iain yang
tidak baik. Menguap dikatakan berasal dari syaitan sebab syaitan itu memang
kerjanya selalu mengajak kepada hawa nafsu supaya terus-menerus mengikuti
kesyahwatan-kesyahwatan belaka. Jadi maksudnya itu yang terutama ialah
menakut-nakuti kita dari sesuatu yang dapat mengakibatkan menguap tadi seperti
terlampau kenyang sehingga berat melakukan ibadat dan ketaatan. Intaha.
Diringkaskan dari Nibayah.
877. Daripada
Abu Musa r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang Bermaksud : "Apabila seseorang di
antara engkau semua itu bersin lalu ia mengucapkan: Alhamdulillah, maka tasmitkanlah ia yakni doakan ia supaya
memperoleh kerahmatan Allah dengan mengucapkan: Yarhamukallah. Tetapi jikalau ia tidak mengucapkan: Alhamdulillah, maka janganlah engkau
semua mentasmitkannya."
(Riwayat
Muslim)
878. Daripada
Anas r.a., katanya:
Yang Bermaksud : "Ada dua orang yang sedang
berada di sisi Nabi s.a.w. lalu beliau s.a.w. mentasmitkan pada yang seorang di
antara keduanya itu waktu ia bersin, tetapi tidak mentasymitkan kepada yang
lainnya. Lalu berkatalah orang yang tidak ditasmitkan oleh beliau itu: "Si
Fulan ini bersin lalu anda mentasmitkan ia, sedang sayapun bersin, tetapi anda
tidak mentasymitkan saya. Apakah sebabnya?" Beliau s.a.w. menjawab:
"Orang ini setelah bersin mengucapkan Alhamdulillah, sedang engkau tidak
mengucapkan Alhamdulillah."
(Muttafaq
'alaih)
879. Daripada
Abu Hurairah r.a., katanya:
Yang Bermaksud : "Rasulullah s.a.w. itu
apabila bersin, lalu meletakkan tangannya atau bajunya pada mulutnya dan
memperlahankan atau tidak memperdengarkan
suaranya kerana bersinnya itu." Orang
yang meriwayatkan Hadis ini ragu-ragu apakah dengan kata-kata khafadha atau
ghadhdha, tetapi ertinya sama iaitu memperlahankan atau tidak memperdengarkan
yakni menutupi suaranya.
Diriwayatkan
oleh Imam-imam Abu Daud dan termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis
hasan shahih.
880. Daripada
Abu Musa r.a., katanya:
Yang Bermaksud : "Orang-orang Yahudi sama-sama bersin di sisi Rasulullah
s.a.w. dan mereka mengharapkan hendaknya beliau s.a.w. mengucapkan: Yarhamukumullah, tetapi beliau s.a.w.
mengucapkan: Yahdikumullah wayushlihu
balakum. Jadi bukan didoakan supaya dirahmati oleh Allah, tetapi
didoakan semoga diberi petunjuk dulu oleh Allah dan diperbaguskan hatinya,
sehingga suka menganut agama Islam, sebab pada waktu itu mereka belum memeluk
agama Islam, sekalipun mengetahui kebenarannya Muhammad s.a.w. sebagai utusan
Tuhan.
Diriwayatkan
oleh Imam-imam Abu Daud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah
Hadis hasan shahih.
881. Daripada
Abu Said al-Khudri r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang Bermaksud : "Jikalau seseorang di
antara engkau semua itu menguap, maka hendaklah ia memegangkan tangannya pada
mulutnya, sebab sesungguhnya syaitan itu akan masuk di dalamnya jikalau mulut tidak ditutup."
(Riwayat
Muslim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan