882. Daripada Abul Khaththab iaitu Qatadah, katanya:
Yang Bermaksud : "Saya berkata kepada Anas r.a.: "Adakah cara saling
berjabatan tangan itu di kalangan para sahabatnya Rasulullah s.a.w. itu?"
Anas menjawab: "Ya, ada."
(Riwayat
Bukhari)
883. Daripada
Anas r.a., katanya; "Ketika ahli Yaman datang, lalu Rasulullah s.a.w.
bersabda:
Yang Bermaksud : "Orang-orang Yaman sudah
datang padamu semua dan mereka itulah pertama-tama orang yang datang dengan
melakukan berjabatan tangan."
Diriwayatkan
oleh Imam Abu Daud dengan isnad shahih.
884. Daripada
al-Bara' r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang Bermaksud : "Tiada dua orang Muslimpun
yang bertemu lalu keduanya berjabatan tangan, melainkan keduanya itu diampuni
dosanya oleh Allah sebelum keduanya itu berpisah."
(Riwayat
Abu Daud)
885. Daripada
Anas r.a., katanya:
Yang Bermaksud : "Ada seorang lelaki
berkata: "Ya Rasulullah, ada seseorang di antara kita bertemu dengan
saudaranya atau sahabatnya, apakah ia boleh membongkokkan badan untuk
menghormatinya itu." Beliau s.a.w. menjawab: "Tidak boleh."
Orang itu bertanya lagi: "Apakah boleh ia merangkulnya dan mencium
tubuhnya?" Beliau s.a.w. menjawab: "Tidak boleh, kalau baru datang
dari bepergian dan lama tidak bertemu, maka kecuali boleh merangkul itu, seperti
datang dari ibadat haji dan Iain-lain." Orang itu berkata lagi:
"Apakah boleh ia mengambil tangan saudara atau sahabatnya itu laiu
berjabatan tangan dengannya?" Beliau s.a.w. menjawab: "Ya,
boleh."
Diriwayatkan
oleh ImamTermidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
886. Daripada
Shafwan bin 'Assal r.a., katanya:
Yang Bermaksud : "Ada seorang Yahudi
berkata kepada sahabatnya: "Marilah bersama kami pergi ke tempat Nabi ini,"
yang dimaksudkan ialah Nabi Muhammad s.a.w. Keduanya mendatangi Rasulullah
s.a.w. lalu menanyakan perihal sembilan ayat-ayat yang terang." Shafwan
seterusnya menguraikan Hadis ini sampai ucapannya: "Lalu orang-orang yakni dua orang Yahudi serta para hadirin
yang ada di situ sama mencium tangan dan
kaki beliau s.a.w. dan keduanya berkata: "Kita semua menyaksikan bahawa
anda adalah seorang Nabi."
Diriwayatkan
oleh Imam Termidzi dan lain-lainnya dengan isnad-isnad shahih.
887. Daripada
Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma, ia menyebutkan sesuatu cerita yang di dalamnya
ia mengatakan:
Yang Bermaksud : "Lalu kita semua mendekat
kepada Nabi s.a.w. kemudian kita mencium tangan beliau itu."
(Riwayat
Abu Daud)
888. Daripada
Aisyah radhiallahu 'anha, katanya:
Yang Bermaksud : "Zaid bin Haritsah datang
di Madinah dan beliau s.a.w. sedang ada dalam rumahku. Zaid mendatanginya lalu
mengetuk pintu, kemudian Nabi s.a.w. berdiri untuk menyambutnya kerana Zaid
baru datang dari bepergian lalu beliau s.a.w. menarik bajunya terus merangkul
serta menciumnya."
Diriwayatkan
oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
889. Daripada
Abu Zar r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang Bermaksud : "Janganlah engkau
menghinakan sama sekali sesuatu dari perbuatan baik sekalipun jikalau engkau
sewaktu bertemu dengan saudaramu itu lalu menunjukkan muka yang manis
berseri-seri."
(Riwayat
Muslim)
890. Daripada
Abu Hurairah r.a., katanya:
Yang Bermaksud : "Nabi s.a.w. mencium Hasan
bin Ali, lalu al-Aqra' bin Habis berkata: "Sesungguhnya saya ini mempunyai
sepuluh orang anak, tetapi saya tidak pernah mencium seseorangpun dari mereka
itu." Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Barangsiapa yang tidak
berbelas kasihan, maka ia tidak dibelas kasihani oleh Allah."
(Muttafaq
'alaih)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan