914. Daripada Mu'az r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa
yang akhir percakapannya itu La ilaha illallah, maka ia akan masuk syurga."
Diriwayatkan
oleh Imam-imam Abu Daud serta Hakim dan Hakim mengatakan bahawa ini adalah
shahih isnadnya.
915. Daripada Abu Said al-Khudri r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ajarkanlah
kepada orang-orang yang hendak mati di antara engkau semua itu dengan bacaan La
ilaha illallah."
(Riwayat
Muslim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan