Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Ahad, 6 Oktober 2013

L 126 ; Surah 108 : AL KAUTSAR (NIKMAT YANG BANYAK).


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


SurahAl Kautsar terdiri atas 3 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyah diturunkan sesudah surah Al 'Aadiyaat. Dinamai Al Kautsar (nikmat yang banyak) diambil dari perkataan Al Kautsar yang terdapat pada ayat pertama surah ini.
Surah ini sebagai penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.

Pokok-pokok isinya:

Allah telah melimpahkan nikmat yang banyak kerana itu bersolat dan berkorbanlah; Nabi Muhammad s.a.w. akan mempunyai pengikut yang yang banyak sampai hari kiamat dan akan mempunyai nama yang baik di dunia dan di akhirat, tidak sebagai yang dituduhkan pembenci-pembencinya.

SOLAT DAN BERKORBAN TANDA BERSYUKUR KEPADA NIKMAT ALLAH.

1. Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak.

2. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu; dan berkorbanlah[1605].
[1605]. Yang dimaksud berkorban di sini ialah menyembelih haiwan korban dan mensyukuri nikmat Allah.

 

3. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.[1606]

[1606]. Maksudnya terputus di sini ialah terputus dari rahmat Allah.

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa ketika Ka'bubnul Asyraf (tokoh Yahudi) datang ke Mekah, kaum Quraisy berkata kepadanya: "Tuan adalah pemimpin orang Madinah, bagaimana pendapat tuan tentang si pura-pura shabar yang diasingkan oleh kaumnya, yang mengangggap dirinya lebih mulia daripada kita padahal kita menyambut oramg-orang yang melaksanakan haji, pemberi minumnya serta penjaga Kaabah?" Ka'ab berkata: "Kalian lebih mulia daripadanya." Maka turunlah ayat ini (S. 108:3) yang membantah ucapan mereka. 
(Diriwayatkan oleh al-Bazazar dan yang lainnya dengan sanad shahih yang bersumber dari Ibnu Abbas.)


Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa ketika Nabi saw. diberi wahyu, kaum Quraisy berkata: "Terputus hubungan Muhammad dengan kita." Maka turunlah ayat ini (S.108:3) sebagai bantahan atas ucapan mereka.

(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah di dalam kitab al-Mushannif dan Ibnul Mundzir yang bersumber dari 'Ikrimah)


Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa kaum Quraisy menganggap kematian anak lelaki bererti putus turunan. Ketika putera Rasulullah saw. meninggal, al-'Ashi bin Wa'il berkata bahawa Muhammaad terputus turunannya. Maka ayat ini (S.108:3) sebagai bantahan terhadap ucapannya itu.

(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim yang bersumber dari as-Suddi.)


Diriwayatkan oleh al-Baihaqi di dalam kitab ad-Dalail yang bersumber dari Muhammad bin 'Ali, dan disebutkan bahawa yang meninggal itu ialah al-Qasim. 

Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa ayat ini (S.108:3) turun berkenaan dengan al-'Ashi bin Wa'il yang berkata: "Aku membenci Muhammad." Ayat ini (S.108:3) turun sebagai penegasan bahawa orang yang membenci Rasulullah akan terputus segala kebaikannya.

(Diriwayatkan oleh al-Baihaqi yang bersumber dari Mujahid.)


Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa ketika wafat Ibrahim putera Rasulullah saw. orang-orang musyrik berkata satu sama lain: "Orang murtad itu (Muhammad) telah terputus keturunannya tadi malam." Allah menurunkan ayat ini (S.108:1-3) yang membantah ucapan mereka.

(Diriwayatkan oleh at-Thabarani dengan sanad yang dha'if yang bersumber dari Abi Ayyub.) 


Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa ayat ini (S.108:2) turun ketika Jibril datang kepada Rasulullah pada peristiwa Hudhaibiah memerintahkan qurban dan solat. Rasulullah segera berdiri khutbah fitri mungkin juga Adha (Rawi meragukan, apakah peristiwa di dalam Hadits itu terjadi pada bulan Ramadan ataukah Dzulqaidah) kemudian solat dua rakaat dan menuju ke tempat qurban lalu memotong qurban.

(Diriwayatkan oleh Ibnu jarir yang bersumber dari Sa'ad bin Jubair.)


Keterangan: 

Menurut as-Suyuthi riwayat ini sangat gharib. Matan hadits ini meragukan kerana solat Ied didahului khutbah (Peny).


Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa 'Uqbah bin Abi Mu'aith berkata: "Tidak seorang anak lelakipun yang hidup bagi Nabi saw. sehingga keturunannya terputus." Ayat ini (S.108:3) turun sebagai bantahan terhadap ucapan itu. 
(Diriwayatkan oleh Ibnu jarir yang bersumber dari Syamar bin 'Athiyah.)


Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa ketika Ibrahim putera Rasulullah saw. wafat, kaum Quraisy berkata: "Sekarang Muhammad menjadi Abtar (putus turunannya)." Hal ini meyebabkan Nabi saw. bersedih hati, maka turunlah ayat ini (S.108:1-3) sebagai penghibur baginya.

(Diriwayatkan oleh Ibnul Mundzir yang bersumber dari Ibnu Juraij.)

 

Surah ini menganjurkan agar orang selalu beribadah kepada Allah dan berkorban sebagai tanda bersyukur atas nikmat yang telah dilimpahkanNya.


HUBUNGAN SURAH AL KAUTSAR DENGAN SURAH AL KAAFIRUUN


Dalam surah Al Kautsar, Allah swt memerintahkan agar memperhambakan diri kepada Allah, sedang dalam surah Al Kaafiruun perintah tersebut ditegaskan lagi.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan