Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Ahad, 6 Oktober 2013

L 127 ; Surah 109 : AL KAAFIRUUN (ORANG-ORANG KAFIR).

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


Surah Al Kaafiruun terdiri atas 6 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyah, diturunkan sesudah surah Al Maa'uun. Dinamai Al Kaafiruun (orang-orang kafir), diambil dari perkataan Al Kaafiruun yang terdapat pada ayat pertama surah ini.

Pokok-pokok isinya:

Pernyataan Tuhan yang disembah Nabi Muhammad s.a.w. dan pengikut-pengikutnya bukanlah apa yang disembah oleh orang-orang kafir dan Nabi Muhammad s.a.w. tidak akan menyembah apa yang disembah oleh orang-orang kafir.

TIDAK ADA TOLERANSI DALAM HAL KEIMANAN DAN PERIBADATAN.

1. Katakanlah: "Hai orang-orang kafir,
Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa kaum Quraisy berusaha mempengaruhi Nabi saw. dengan menawarkan kekayaan agar beliau menjadi seorang yang paling kaya di kota Mekah, dan akan dikahwinkan dengan yang beliau kehendaki. Usaha ini disampaikan dengan berkata: "Inilah yang kami sediakan bagimu hai Muhammad, dengan syarat agar engkau jangan memaki-maki tuhan kami dan menburukkannya, atau sembahlah tuhan-tuhan kami selama setahun." Nabi saw menjawab: "Aku akan menunggu wahyu dari Tuhanku." Ayat ini (S.109:1-6) turun berkenaan dengan peristiwa itu sebagai perintah untuk menolak tawaran kaum kafir. Dan turun pula Surat Az Zumar ayat 64 sebagai perintah untuk menolak ajakan orang-orang bodoh yang menyembah berhala. 
(Diriwayatkan oleh at-Thabarani dan Ibnu Abi Hatim yang bersumber dari Ibnu Abbas.) 

Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa kaum kafir Quraisy berkata kepada Nabi saw.: "Sekiranya engkau tidak keberatan mengikuti kami (menyembah berhala) selama setahun, kami akan mengikuti agamamu selama setahun pula." Maka turunlah Surah Al Kafirun (S.109:1-6).
(Diriwayatkan oleh Abdurrazaq yang bersumber dari Wahb dan Ibnul Mundzir yang bersumber dari Juraij.)

Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa al-Walid bin al-Mughirah, al-'Ashi bin Wa-il, al-Aswad bin Muthalib dan Umayyah bin Khalaf bertemu dengan Rasulullah saw dan berkata: "Hai Muhammad! Mari kita bersama menyembah apa yang kami sembah dan kami akan menyembah apa yang engkau sembah dan kita bersekutu dalam segala hal dan engkaulah pemimpin kami." Maka Allah menurunkan ayat ini (S.109:1-6)
(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim yang bersumber dari Sa'id bin Mina.)

2. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.

3. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah

4. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah,

5. dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.

6. Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku."

 

Surah Al Kaafiruun mengisyaratkan tentang habisnya semua harapan orang-orang kafir dalam usaha mereka agar Nabi Muhammad s.a.w. meninggalkan dakwahnya.


HUBUNGAN SURAH AL KAAFIRUUN DENGAN SURAH AN NASHR


Surah Al Kaafiruun menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w. tidak akan mengikuti agama orang-orang kafir, sedang dalam surat An Nashr diterangkan bahawa agama yang dibawa Nabi Muhammad s.a.w. akan berkembang dan menang.

claP � e s � m riwayat lain dikemukakan bahawa ayat ini (S.108:3) turun berkenaan dengan al-'Ashi bin Wa'il yang berkata: "Aku membenci Muhammad." Ayat ini (S.108:3) turun sebagai penegasan bahawa orang yang membenci Rasulullah akan terputus segala kebaikannya.

(Diriwayatkan oleh al-Baihaqi yang bersumber dari Mujahid.)


Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa ketika wafat Ibrahim putera Rasulullah saw. orang-orang musyrik berkata satu sama lain: "Orang murtad itu (Muhammad) telah terputus keturunannya tadi malam." Allah menurunkan ayat ini (S.108:1-3) yang membantah ucapan mereka.

(Diriwayatkan oleh at-Thabarani dengan sanad yang dha'if yang bersumber dari Abi Ayyub.) 


Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa ayat ini (S.108:2) turun ketika Jibril datang kepada Rasulullah pada peristiwa Hudhaibiah memerintahkan qurban dan solat. Rasulullah segera berdiri khutbah fitri mungkin juga Adha (Rawi meragukan, apakah peristiwa di dalam Hadits itu terjadi pada bulan Ramadan ataukah Dzulqaidah) kemudian solat dua rakaat dan menuju ke tempat qurban lalu memotong qurban.

(Diriwayatkan oleh Ibnu jarir yang bersumber dari Sa'ad bin Jubair.)


Keterangan: 

Menurut as-Suyuthi riwayat ini sangat gharib. Matan hadits ini meragukan kerana solat Ied didahului khutbah (Peny).


Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa 'Uqbah bin Abi Mu'aith berkata: "Tidak seorang anak lelakipun yang hidup bagi Nabi saw. sehingga keturunannya terputus." Ayat ini (S.108:3) turun sebagai bantahan terhadap ucapan itu. 
(Diriwayatkan oleh Ibnu jarir yang bersumber dari Syamar bin 'Athiyah.)


Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa ketika Ibrahim putera Rasulullah saw. wafat, kaum Quraisy berkata: "Sekarang Muhammad menjadi Abtar (putus turunannya)." Hal ini meyebabkan Nabi saw. bersedih hati, maka turunlah ayat ini (S.108:1-3) sebagai penghibur baginya.

(Diriwayatkan oleh Ibnul Mundzir yang bersumber dari Ibnu Juraij.)

 

Surah ini menganjurkan agar orang selalu beribadah kepada Allah dan berkorban sebagai tanda bersyukur atas nikmat yang telah dilimpahkanNya.


HUBUNGAN SURAH AL KAUTSAR DENGAN SURAH AL KAAFIRUUN


Dalam surah Al Kautsar, Allah swt memerintahkan agar memperhambakan diri kepada Allah, sedang dalam surah Al Kaafiruun perintah tersebut ditegaskan lagi.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan