Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Surah ini terdiri atas 7 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyah, diturunkan sesudah surah At Taakatsur. Nama Al Maa'uun diambil dari kata Al Maa'uun yang terdapat pada ayat 7, ertinya barang-barang yang berguna.
Pokok-pokok isinya:
Beberapa sifat manusia yang dipandang sebagai mendustakan agama. Ancaman terhadap orang-orang yang melakukan solat dengan lalai dan riak.
BEBERAPA SIFAT YANG DIPANDANG SEBAGAI MENDUSTAKAN AGAMA.
1. Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama?
2. Itulah orang yang mengherdik anak yatim,
3. dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin.
4. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat,
Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa ayat ini (S.107:4-7) turun berkenaan dengan kaum Munafiqin yang mempertontonkan solat kepada kaum Mukminin (riak) dan meninggalkannya apabila tidak ada yang melihatnya serta menolak memberikan bantuan ataupun pinjaman. Ayat ini (S.107:4-7) turun sebagai peringatan kepada orang-orang yang berbuat seperti itu.
(Diriwayatkan oleh Ibnul Mundzir dari Tharif bin Abi Thalhal yang bersumber dari Ibnu Abbas.)
(Diriwayatkan oleh Ibnul Mundzir dari Tharif bin Abi Thalhal yang bersumber dari Ibnu Abbas.)
5. (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya,
6. orang-orang yang berbuat riak[1603],
[1603]. Riak ialah melakukan sesuatu amal perbuatan tidak untuk mencari keredhaan Allah akan tetapi untuk mencari pujian atau kemahsyuran di mata masyarakat.
7. dan enggan (menolong dengan) barang berguna[1604].
[1604]. Sebahagian mufassirin mengertikan: enggan membayar zakat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan