Dengan
nama ALLAH, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Surah
ini terdiri atas 4 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyah dan diturunkan
sesudah surah At Tiin. Nama Quraisy diambil dari kata Quraisy
yang terdapat pada ayat pertama, ertinya suku Quraisy. Suku Quraisy adalah suku
yang mendapat kehormatan untuk memelihara Kaabah.
Pokok-pokok isinya:
Peringatan kepada orang Quraisy tentang nikmat-nikmat yang
diberikan ALLAH SWT kepada mereka kerana itu mereka diperintahkan untuk
menyembah ALLAH SWT.
KEMAKMURAN
DAN KETENTERAMAN SEHARUSNYA MENJADIKAN ORANG BERBAKTI KEPADA ALLAH.
1. Kerana kebiasaan
orang-orang Quraisy,
Dalam suatu riwayat
dikemukakan bahawa Rasulullah saw. bersabda: "ALLAH mengutamakan Quraisy
dengan tujuh perkara, sampai akhir hadits di antaranya turun ayat berkenaan
dengan mereka yang tidak diturunkan kepada yang lainnya, iaitu ayat ini
(S.106:1-4).
(Diriwayatkan oleh
al-Hakim dan yang lainnya yang bersumber dari Ummu Hani binti Abi Thalib.)
2. (iaitu)
kebiasaan mereka bepergian pada musim dingin dan musim panas[1602].
[1602]. Orang Quraisy biasa
mengadakan perjalanan terutama untuk berdagang ke negeri Syam pada musim panas
dan ke negeri Yaman pada musim dingin. Dalam perjalanan itu mereka mendapat
jaminan keamanan dari penguasa-penguasa dari negeri-negeri yang dilaluinya. Ini
adalah suatu nikmat yang amat besar dari Tuhan mereka. Oleh kerana itu
sewajarnyalah mereka menyembah ALLAH SWT yang telah memberikan nikmat itu kepada
mereka.
3. Maka hendaklah
mereka menyembah Tuhan Pemilik rumah ini (Kaabah).
4. Yang telah
memberi makanan kepada mereka untuk menghilangkan lapar dan mengamankan mereka
dari ketakutan.
Surah
Quraisy menerangkan kehidupan orang Quraisy serta kewajipan yang seharusnya
mereka penuhi.
HUBUNGAN SURAH QURAISY DENGAN SURAH AL MAA'UUN
1. Dalam surah Quraisy, ALLAH SWT menyatakan, bahawa Dia
membebaskan manusia dari kelaparan, maka dalam surah Al Maa'uun, ALLAH SWT mencela
orang yang tidak menganjurkan dan tidak memberi makan orang miskin.
2. Dalam surah Quraisy, ALLAH SWT memerintahkan menyembahNya maka
dalam surat Al Maa'uun, ALLAH SWT mencela orang yang solat dengan lalai dan riak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan