Surah
ini terdiri atas 4 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyah, diturunkan
sesudah sesudah surah An Naas. Dinamakan Al Ikhlas kerana surah ini
sepenuhnya menegaskan kemurnian keesaan ALLAH SWT.
Pokok-pokok isinya:
Penegasan tentang kemurnian keesaan ALLAH SWT dan menolak segala macam kemusyrikan dan menerangkan bahawa tidak ada sesuatu yang menyamaiNya.
ERTI
KEESAAN TUHAN.
1. Katakanlah: "Dia-lah ALLAH, Yang Maha Esa.
Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa kaum musyrikin meminta
penjelasan tentang sifat-sifat ALLAH SWT kepada RASULULLAH SAW dengan berkata:
"Jelaskan kepada kami sifat-sifat Tuhanmu." Ayat ini (S. 112:1-4)
turun berkenaan dengan peristiwa itu sebagai tuntunan untuk menjawab permintaan
kaum musyrikin.
(Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, al-Hakim dan Ibnu Khuzaimah dari
Abi Aliyah yang bersumber dari Ubay bin Ka'ab. Diriwayatkan pula oleh
at-Thabarani dan Ibnu jarir yang bersumber dari Jabir bin Abdillah dan
dijadikan dalil bahawa surah ini Makkiyah.)
Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa kaum Yahudi menghadap kepada NABI MUHAMMAD SAW dan di antaranya Ka'bubnul 'asyraf dan Hay bin Akhtab. Mereka berkata: "Hai Muhammad, lukiskan sifat-sifat Tuhan yang mengutusmu." Ayat ini (S.112:1-4) turun berkenaan dengan peristiwa itu.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim yang bersumber dari Ibnu
Abbas. Diriwayatkan pula oleh Ibnu Jarir yang bersumber dari Qatadah dan Ibnu
Mundzir yang bersumber dari Sa'id bin Jubair. Dengan riwayat ini Sa'id bin
Jubair menegaskan bahawa surat ini Madaniyah.)
Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa kaum Ahzab(Persekutuan antara kamu Quraisy, Yahudi Madinah, kaum Goththafan dari Thaif dan munafiqin Madinah dan beberapa suku sekeliling Mekah) berkata: "Lukiskan sifat Tuhanmu kepada kami." Maka datanglah Jibril menyampaikan surat ini (S.112:1-4) yang melukiskan sifat-sifat Allah.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Abil 'Aliyah yang bersumber
dari Qatadah.)
Keterangan:
Keterangan:
Menurut as-Suyuthi kata "al-Musyrikin" dalam hadits
yang bersumber dari Ubay bin Ka'ab ialah musyrikin dari kaum Ahzab, sehingga
surat ini dapat dipastikan Madaniyah sesuai dengan hadits Ibnu Abbas. Dengan
demikian, tidak ada pertentangan antara dua hadits tersebut di atas dan
diperkuat pula oleh riwayat Abus Syaikh di dalam kitabul Adhamah dari Aban yang
bersumber dari Anas yang meriwayatkan bahawa Yahudi Khaibar menghadap kepada
Nabi saw. dan berkata: "Hai Abal Qasim! Allah menjadikan malaikat dari
cahaya hijab, Adam dari tanah hitam, Iblis dari api yang menjulang, langit dari
asap, dan bumi dari buih air. Cubalah terangkan kepada kami tentang
Tuhanmu." RASULULLAH SAW tidak menjawab, sehingga turunlah Jibril membawa
wahyu surah ini (S.112:1-4) yang melukiskan sifat ALLAH SWT.
2. ALLAH adalah Tuhan
yang bergantung kepadaNya segala sesuatu.
3. Dia tiada beranak dan
tidak pula diperanakkan,
4. dan tidak ada
seorangpun yang setara dengan Dia."
Surah
Al Ikhlash ini menegaskan kemurnian keesaan ALLAH SWT.
HUBUNGAN SURAH AL IKHLASH DENGAN SURAH AL FALAQ
HUBUNGAN SURAH AL IKHLASH DENGAN SURAH AL FALAQ
Surah Al Ikhlash menegaskan kemurnian ALLAH SWT sedang surah
Al Falaq memerintahkan agar semata-mata kepadaNya-lah orang memohon
perlindungan dari segala macam kejahatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan