Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Surah An Nashr terdiri atas 3 ayat, termasuk golongan surah-surah Madaniyah yang diturunkan di Mekah sesudah surah At Taubah. Dinamai An Nashr (pertolongan) diambil dari perkataan Nashr yang terdapat pada ayat pertama surah ini.
Pokok-pokok isinya:
Janji bahawa pertolongan Allah akan datang dan Islam akan mendapat kemenangan; perintah dari Tuhan agar bertasbih memujiNya, dan minta ampun kepadaNya di kala terjadi peristiwa yang menggembirakan.
PERTOLONGAN DAN KEMENANGAN ITU DATANGNYA DARI ALLAH MAKA PUJILAH DIA.
1. Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan,
Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa ketika Rasulullah saw. masuk kota Mekah pada waktu Fathu Mekah, Khalid bin Walid diperintahkan memasuki Mekah dari jurusan dataran rendah untuk meggempur pasukan Quraisy (yang menyerangnya) serta merampas senjatanya. Setelah memperoleh kemenangan maka berbondong-bondonglah kaum Quraisy masuk Islam. Ayat ini (S.110:1-3) turun berkenaan dengan peristiwa itu sebagai perintah untuk memuji syukur dengan me-Maha Sucikan Allah atas kemenangannya dan meminta ampunan atas segala kesalahan.
Diriwayatkan oleh Abdurrazzaq di dalam kitab al-Mushanaf dari Ma'mar yang bersumber dari az-Zuhri.)
2. dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong,
3. maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat.
Surah ini mengisyaratkan bahawa tugas Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasul telah mendekati akhirnya.
HUBUNGAN SURAH AN NASHR DENGAN SURAH AL LAHAB
Surah An Nashr menerangkan tentang kemenangan yang diperoleh Nabi Muhammad s.a.w. dan pengikut-pengikutnya, sedang surah Al Lahab menerangkan tentang kebinasaan dan siksaan yang akan diderita oleh Abu Lahab dan isterinya sebagai orang-orang yang menentang Nabi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan