Mendalam maksudnya.
1.
Solat bukanlah "tayar ganti' yang anda tarik keluar ketika dilanda
masalah, tapi ia adalah 'stereng' yang menunjukkan jalan benar.
2.
Maka, kenapa cermin depan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang
begitu kecil?
Ini
kerana masa lalu kita tidak begitu penting seperti masa hadapan kita. Maka,
pandanglah ke hadapan dan majulah.
3.
Persahabatan ibarat sebuah buku. Ia mengambil masa yang sedikit untuk dibakar,
tapi bertahun-tahun untuk ditulis.
4.
Semua perkara dalam kehidupan ini hanyalah sementara. Jika ia berjalan dengan
baik, nikmatilah, ia takkan kekal lama. Jika ia berjalan dengan teruk, jangan
sedih, ia juga takkan kekal lama.
5.
Kawan-kawan lama adalah emas. Kawan-kawan baru adalah berlian. Jika anda
mendapat sebutir berlian, jangan lupa emas tersebut kerana untuk memegang
sebutir berlian, anda sentiasa memerlukan tapak emas.
6.
Acapkali, ketika kita hilang harapan dan berfikir inilah pengakhirannya, ia
hanyalah liku, bukannya penamat!
7.
Apabila Allah swt menyelesaikan masalah-masalah anda, anda percaya memiliki
kemampuan. Apabila Allah swt tidak menyelesaikan masalah-masalah anda, DIA
percaya akan kemampuanmu.
8.
Seorang yang buta bertanya kepada seorang lelaki bijaksana "bolehkah ada
sesuatu yang lebih teruk berbanding kehilangan penglihatan? " Dia
menjawab, "ya, kehilangan visi anda! "
9.
Ketika anda mendoakan orang lain, Allah swt mendengar kepada anda dan merahmati
mereka; kadang kala apabila anda selamat dan bahagia, ingatlah bahawa seseorang
telah mendoakan anda.
10.
Rasa bimbang tidak menghilangkan masalah hari esok, ia menghilangkan kedamaian
hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan