Harus
diingat, kita sudahpun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak
rasmi iaitu keluarnya Dajal dan Yakjuj & Makjuj. Dajal telahpun keluar dan
kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu di luar dimensi
masa manusia. Manakala Yakjuj & Makjuj telahpun dibebaskan setelah Tembok
Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada
hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang
terakhir akan keluar ialah selepas Dajal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8
tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.
Di saat
kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan
kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan,
kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.
1)
Penaklukan Baitulmuqaddis
Daripada Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda:
“Saya menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.” Baginda
menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.”
(Sahih
Bukhari)
2)
Zina bermaharajalela
“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.”
(Sahih
Muslim)
3)
Bermaharajalela alat muzik
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita.”
(Ibnu
Majah)
4)
Menghias masjid & membanggakannya
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid.”
(Riwayat
–Nasai)
5)
Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak
baik
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dengan tetangga.”
(Riwayat
Ahmad dan Hakim)
6)
Ramai orang soleh meninggal dunia
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran.”
(
Riwayat Ahmad )
7)
Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia.”
(Riwayat
Thabrani)
8)
Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat
ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang
dikenalnya saja.”
(Riwayat
Ahmad)
9)
Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah lah.a.
“Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul
pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti
telanjang.”
10)
Bulan sabit kelihatan besar
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
(
Riwayat Thabrani)
11)
Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu.”
(Sahih
Muslim)
12)
Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar
“Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.”
(Riwayat
Ahmad)
13)
Negara Arab menjadi padang rumput & sungai
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai.”
(Sahih
Muslim)
14)
Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut
mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan
mencium bau syurga.”
( Sahih
Abu Daud & Nasai )
15)
Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).”
(Riwayat
Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.)
Kini,
Kita hanya menunggu saat tibanya..
Daripada
Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:
“Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu
sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”
Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari kiamat.” Lalu Nabi saw.
bersabda: “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya
sepuluh macam tanda-tandanya.” Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajal,
binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam
alaihissalam, Yakjuj dan Makjuj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali
di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang
keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar
mereka.”
(H.R
Muslimi)
Keterangan:
Sepuluh tanda-tanda kiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda kiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari kiamat. Sepuluh tanda itu ialah:
Sepuluh tanda-tanda kiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda kiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari kiamat. Sepuluh tanda itu ialah:
1.
Dukhan (asap) yang akan keluar dan
mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang
beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
2.
Dajal yang akan membawa fitnah besar yang
akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
3.
Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit
Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada
Allah swt.
4.
Matahari akan terbit dari tempat
tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang
kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
5.
Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan
bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada
masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang
Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajal.
6.
Keluarnya bangsa Yakjuj dan Makjuj yang akan
membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya
menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah
didirikan oleh Zulkarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman
dahulu.
7.
Gempa bumi di Timur.
8.
Gempa bumi di Barat.
9.
Gempa bumi di Semenanjung Arab.
10.
Api besar yang akan menghalau manusia menuju
ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.
Mengikut
pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau
mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan
hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului
segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku di
permukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa
alaihissalam (setelah beliau turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari
dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda kiamat yang besar yang
akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi
dengan terjadinya peristiwa kiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya
binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu
itu terbit dari tempat tenggelamnya”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan