PERSELISIHAN
antara kaum Yahudi dengan umat Islam bukan perkara yang baharu. Allah SWT telah
menegaskan di dalam al Quran bahawa kaum Yahudi itu sama sekali tidak akan
senang dengan umat Islam sehingga mereka berjaya mempengaruhi umat Islam supaya
mengikut jejak langkah mereka.
Allah
swt berfirman yang bermaksud:
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju
atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang
telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah
(agama Islam) itulah petunjuk yang benar.”
(al-Baqarah:
120)
Menurut
riwayat al-Tha’labi dari Ibn Abbas, sebab penurunan ayat ini adalah kaum Yahudi
dan Nasrani sangat mengharap agar Nabi Muhammad SAW bersolat menghadap ke
kiblat penyembahan mereka.
Namun
Allah telah memalingkan kiblat baru bagi umat Islam menghadap ke Kaabah di
Mekah. Justeru, kaum Yahudi dan Nasrani berkomplot dan berusaha untuk
mempengaruhi Nabi supaya menyetujui arah kiblat yang sesuai dengan agama
mereka.
Lalu
ayat ini diturunkan oleh Allah bagi memberi penegasan bahawa kaum Yahudi dan
Nasrani sama sekali tidak akan bersetuju dengan Nabi walaupun permintaan mereka
ditunaikan.
Kalimah
Lan Tardho dalam ayat tersebut yang bermaksud “tidak akan meredhai
selama-lamanya” harus menjadi ingatan kepada umat Islam seluruh dunia agar
berhati-hati dan berwaspada dengan mainan kotor dan taktik jijik yang sering
digunakan oleh kaum Yahudi khususnya dalam misi mereka untuk menghancurkan umat
Islam.
Amaran
juga diberikan oleh Allah agar umat Islam jangan sesekali taat kepada golongan
ini. Sebabnya, mereka sentiasa cuba memesongkan umat Islam dari landasan yang
benar.
Selain
itu, ahli agama di kalangan mereka juga selalu menyembunyikan kebenaran seperti
yang disebut dalam al Quran (rujuk ayat 146 surah al-Baqarah).
“Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah
Kami beri al Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal
anak-anaknya sendiri[97].
Dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal
mereka mengetahui.”
[97].
Mengenal Muhammad s.a.w. iaitu mengenal sifat-sifatnya sebagai yang tersebut
dalam Taurat dan Injil.
Sejarah
juga membuktikan kaum inilah yang menyihir Nabi. dilakukan oleh seorang Yahudi
yang bernama Lubayd bin al-A’som daripada Bani Zuraiq.
Begitu
juga seorang wanita Yahudi pernah menghidangkan daging kambing beracun dengan
tujuan jahat untuk membunuh baginda.
Justeru,
sejarah membuktikan bahawa membinasakan dan membunuh manusia bukan perkara yang
asing bagi kaum Yahudi sehinggakan Nabi pun sanggup dibunuh oleh mereka, apatah
lagi umat Islam yang lain.
Maka,
Allah melaknat kaum ini disebabkan sifat-sifat mereka yang jahat dan terkutuk
ini, sebagaimana firmanNya yang bermaksud:
“Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israel telah dilaknat (di
dalam kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni
Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh.”
(al-Maidah:
78).
Walaupun
menjadi kaum yang dilaknat dan terkutuk, mereka masih meneruskan sifat-sifat
buruk yang sebati dalam diri mereka. Umat Islam pasti tidak dapat melupakan
kezaliman Yahudi ke atas umat Islam dan telah terpahat sebagai satu malapetaka
besar kepada dunia dan juga keamanan sejagat iaitu peristiwa Nakhbah Palestin
pada 15 Mei 1948.
Tarikh
yang malang ini memulakan detik yang paling mendukacitakan umat dunia yang
cintakan keamanan kerana pada tanggal ini negara haram Israel ditubuhkan.
Bermodalkan penipuan, rampasan, penindasan dan pembunuhan, negara haram Israel
berjaya ditubuhkan sekaligus menafikan hak wilayah berdaulat Palestin.
Penubuhan
negara haram Israel yang direstui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),
British dan konco-konconya ini akhirnya menjadi permulaan kepada penderitaan
rakyat Palestin. Rakyat Palestin dihalau keluar dari tanah air tempat tumpah
tumpah darah mereka.
Kampung
halaman, ladang-ladang pertanian serta ternakan rakyat Palestin semuanya
dimusnahkan. Bumi Palestin serta merta menjadi medan penghapusan etnik terbesar
dan dilakukan di depan masyarakat antarabangsa tanpa berselindung lagi.
Rejim
zionis tanpa segan silu mencabuli wilayah Palestin, merampas tanah dan juga
hasil bumi, menghalau serta membunuh warga Palestin. Air mata ibu-ibu Palestin
mencurah-curah mengalir, anak-anak teresak-esak dengan tangisan, anak muda mula
bangkit mengorak perjuangan membebaskan Palestin.
Dianggarkan
lebih 750,000 rakyat Palestin diusir dari kampung halaman dan dipaksa pindah ke
Gaza dan Tebing Barat. Mereka dilonggok di suatu tempat dan disekat dalam semua
keadaan.
Khemah-khemah
pelarian dibina sebagai penempatan sementara manakala bekalan makanan,
ubat-ubatan, bekalan elektrik dan air semuanya dicatu.
Tidak
dapat terbayang di akal fikiran manusia yang waras bagaimana penjajahan
terbuka, bersistematik dan zalim ini dapat berjalan dengan lancar walaupun PBB
masih lagi berkuasa.
Hak
dan kedaulatan rakyat Palestin dicabuli mereka di depan mata dunia. Tiada
langsung pembelaan dari negara-negara yang melaung-laungkan kebebasan hak asasi
manusia dan keamanan dunia.
Negara-negara
Arab yang bersempadan dengan Palestin juga tidak berupaya untuk bersuara dan
berusaha.
Peristiwa
Sabra dan Shatila, pengusiran dan penghapusan etnik secara sistematik,
perluasan wilayah penjajahan secara berperingkat dan pembinaan penempatan haram
Yahudi merupakan antara siri-siri pencabulan hak asasi manusia yang masih
berlangsung sehingga sekarang.
Pelan
demi pelan diatur, perjanjian demi perjanjian dimeterai namun penyelesaiannya
masih belum berhasil. Sebabnya, Israel sewenang-wenangnya mencabuli setiap
ketetapan yang dicapai dan mendabik angkuh dengan bantuan sekutu rapatnya
Amerika.
Pencerobohan
dan penindasan Israel terhadap umat Palestin pada tahun 1948 merupakan titik
tolak kepada keganasan global yang berlaku dewasa ini.
Keganasan
yang diasaskan oleh rejim zionis ini berterusan sehingga kini dan memangkin
kepada kezaliman, penindasan dan pembunuhan yang ‘dihalalkan’ oleh PBB.
Akhirnya,
respons agresif yang terhasil daripada ketidakadilan ini menjadikan dunia ini
seolah-olah tidak lagi selamat untuk didiami.
Kezaliman
ke atas umat Palestin ini patut menginsafkan kita tentang nilai sebenar erti
kemerdekaan. Nilai dan kedaulatan sesebuah negara dapat dirampas dengan mudah
sekiranya kita tidak bersedia dan berupaya mempertahankannya.
Pergolakan
dalaman, pengkhianatan, pecah amanah, korupsi, penyelewengan dan sebagainya
mampu membuahkan bibit-bibit perpecahan, sekaligus membuka ruang campur tangan
kuasa asing.
Sekiranya
tidak ditangani dengan bijaksana, tidak mustahil ‘Nakhbah’ Malaysia pula akan
menimpa negara kita yang tercinta ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan