Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 20 Jun 2014

R 69 : SEPULUH KELEBIHAN ORANG BERPUASA ATAU ORANG BERLAPAR KERANA ALLAH SWT

1. Hati menjadi bersih, cahaya kepintaran akan memancar sehingga menembusi penglihatan mata hati sebaliknya perut yang kenyang boleh menyebabkan hati menjadi buta, otak menjadi beku dan akan mewarisi kebodohan.

2.    Hati menjadi bersih dan akan merasai kelazatan berzikir kepada ALLAH SWT.

3.    Dengan berpuasa dan berlapar kerana ALLAH SWT, nafsu menjadi hina kerana nafsu tidak memperolehi tenaga untuk melakukan maksiat kepada ALLAH SWT.

4.    Dalam keadaan berpuasa atau berlapar kepada ALLAH SWT, seorang mukmin tidak akan lupa pada azab ALLAH SWT disamping akan mengingati mereka yang sentiasa menerima ujian ALLAH SWT dengan cara berlapar, iaitu mereka yang mereka menjadi pilihan ALLAH SWT(fakir dan miskin yang mukmin).

5.    Dalam keadaan berpuasa dan berlapar kerana ALLAH SWT boleh mematikan segala dorongan hawa nafsu serta akan lahir tenaga anugerah ALLAH SWT, segala amal ibadat yang dilakukan dalam keadaan tersebut adalah Ikhlas dan mendapat pertolongan daripada ALLAH SWT.

6.    Mengelakkan tidur dan bertenaga untuk berjaga malam kerana setiap yang makan mesti memerlukan air untuk minum, yang minum pasti akan mudah tidur dengan cepat.

7.    Meringankan diri untuk menunaikan ibadat dan menimbulkan perasaan untuk bermunajat kepada ALLAH SWT. Sementara mereka yang kenyang akan menghabiskan masa untuk menyediakan makanan dan berpoya-poya sambil menikmati hidangan.

8.    Stamina yang lahir dari roh puasa adalah stamina yang sihat, sementara stamina yang lahir dari tubuh  badan mereka banyak makan adalah stamina yang tidak sihat.

9.    Berpuasa dan berlapar secara sebenar mengikut Islam, boleh menjimatkan ekonomi dan mendidik hidup secara sederhana sementara mereka yang banyak makan akan berbelanja dengan boros sehingga sanggup berhutang untuk memuaskan hawa nafsu makan.

10. Berpuasa dan berlapar kerana ALLAH SWT dapat mendidik kita bersedekah kepada Jalan ALLAH SWT dan akan dapat bernaung di bawah panji sedekah di Akhirat kelak.
Untuk keterangan lanjut sila rujuk Kitab Penawar Hati dan Penenang Jiwa.  m/s : 438-460.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan