Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 20 Jun 2014

R 73 : TIGA MARTABAT PUASA RAMADAN

Puasa mempunyai tiga darjat iaitu:

Puasa Umum
Berpuasa dengan menahan perut dan kemaluan daripada menuruti syahwat.

Puasa Khusus
Puasa yang disertakan dengan mengekang pendengaran, penglihatan, lidah, tangan kaki dan seluruh anggota badan daripada melakukan perkara haram dan dosa.

Puasa Khusus-khusus

Berpuasa dan menyertakan semua perkara yang disebut di atas dan ditambah lagi dengan berpuasa hati daripada segala cita-cita kotor dan pemikiran keduniaan atau apa saja yang memesongkan perhatian selain ALLAH SWT.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan