Jumaat, 20 Jun 2014

R 74 : PUASA RAMADAN YANG MENGHAPUS SEGALA DOSA KITA

Maksudnya: “Sesiapa yang beribadah pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan kepada ALLAH SWT dan mengharapkan pahalanya, nescaya akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.”   
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 

{ Dengan penuh keimanan maksudnya yakin dengan janji-janji ALLAH SWT  dan melaksanakan perintah-perintah ALLAH SWT  dengan penuh pengharapan ialah semata-mata mencari pahala daripada sisi ALLAH SWT  dan bukan bertujuan untuk mendapatkan dunia}

Maksudnya: “Sesungguhnya ALLAH SWT  telah mewajibkan puasa Ramadan atas kamu sekelian dan aku mensunnahkan atas kamu agar beribadat pada bulan Ramadan. Justeru sesiapa yang berpuasa dan beribadah pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampunkan oleh  ALLAH SWT.” 
(Riwayat Ashab al-Sunan)

Maksudnya: “Telah datang bulan Ramadan yang penuh berkat kepadamu. Dengannya, ALLAH SWT  melimpahkan rahmatNya, mengampunkan dosa dan mengabulkan doa. Pada bulan itu ALLAH SWT  melihat perlumbaan dalam mengerjakan ibadah dan membangga-banggakan kamu di hadapan para malaikat. Oleh kerana itu, tunjukkanlah kepadaNya kebaikan-kebaikan dirimu. Maka sesungguhnya orang-orang yang celaka adalah mereka yang tidak mendapatkan rahmat ALLAH AZZA WA JALLA pada bulan Ramadan.” 
(Riwayat al-Nasai)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan