Puasa sebenarnya memiliki
rahsia dan dilengkapi pula dengan syarat kebatinannya. Imam Ghazali dalam
kitabnya Bimbingan Mukminin menggariskan enam perkara dalam perkara rahsia
iaitu:
1.
Memejamkan mata dan menahannya
daripada memandang perkara tercela dan dibenci agama, mengganggu hati,
melalaikan daripada mengingat ALLAH SWT.
2.
Memelihara lidah daripada bercakap
kosong, bohong, mencaci maki, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan
sombong.
3.
Pelihara pendengaran daripada hal
yang dilarang dan dibenci serta ungkapan yang diharamkan.
4.
Memelihara
seluruh anggota badan seperti tangan, kaki dan perut daripada dosa. Contohnya
berpuasa menahan lapar, tetapi berbuka dengan makanan haram. Iman Ghazali memberi
perumpamaan seperti seorang yang membina istana yang indah kemudian
memusnahkannya. RASULULLAH SAW bersabda maksudnya “Ada ramai yang berpuasa tetapi tidak memperoleh apa-apa dari
puasanya kecuali lapar dan dahaga.”
5.
Jangan membanyakkan makan waktu
berbuka hingga terlampau kenyang dan terlalu mewah dengan makanan. Bagaimana
mahu melawan syaitan dan nafsu sedangkan perut yang terlalu kenyang itu
sebenarnya mengundang syahwat baru? Perbuatan makan sampai terlalu kenyang
bertentangan dengan maksud puasa itu sendiri.
6.
Hatinya hendaklah bimbang di antara
takut dan harapan iaitu sama ada amalannya diterima ALLAH SWT atau puasanya ditolak
hingga digolongkan orang yang jauh dari rahmat ALLAH SWT. Imam Ghazali
menyifatkan perasaan seumpama itu harus sentiasa ada dalam diri seseorang
setiap kali menunaikan apa jua ibadat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan