Cuba perhatikan apakah rahsia-rahsia perbuatan kita.
Kita ada
isteri dan anak, kita biar dia jadi tua dan besar tak buat apa-apa. Kita tak
ajar dan didik mereka pastinya sukar nak jadikan mereka soleh solehah.
Begitulah solat
kita yang telah kita lakukan puluhan tahun ada yang dah solat 30, 40, 50. 60
bahkan ada yang dah 70 tahun. Tetapi bagaimana kualiti solat kita? Sejauh mana
kesempurnaannya?
Jalan nak
cepat berhubung dengan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA melalui solat. Kita kena perhatikan solat kita.
Ramai ulama
menulis kitab dalam Mazhab Syafie berkaitan ketelitian ibadah solat.
Perkara yang
disunatkan dalam solat merupakan satu cabang penting dalam bab solat.
1. Sunat kita masuk solat dengan semangat/himmah. Solat akan
merehatkan penat dan keletihan kita.
RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM suruh Bilal
rehatkan kami ya Bilal... iaitu untuk mengerjakan solat.
Supaya kita
menyalahi apa yang ALLAH SUBHANAHU WA TAALA perintah.
"Orang munafik tidak bersolat melainkan dengan
bermalas-malas."
Solatlah seolah-olah kita akan mati esok.
Makruh bila
kita rasa malas ketika nak solat.
Adakah kita
rasa bila habis solat kita rasa nak solat lagi atau bila imam baca lambat
bagaimana perasaan kita. Jika kita rasa nak cepat habis sahaja dalam solat kita
belum dapat kemanisan solat lagi.
Menurut Sheikh
Daud Fatani berkata bila kita solat ... kita serah segala urusan kita kepada ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA barulah kita
akan rasa khusyuk.
Tetapi ramai
kita tidak yakin dan masih bawa urusan dunia kita dalam solat hingga
menjejaskan khusyuknya solat.
Rukuk ‘sebagai tanda khudhu' tunduk patuh tubuh badan dan hati
kita kepada ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA.
Duduk kita
dalam solat sebagai menzahirkan rindu kita kepada ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA. Kita baca Rabbighfirli warhamni
wajburni warfa'ni warzukni.....kata ulama siapa yang menghayati bacaan ini
semasa membacanya ALLAH SUBHANAHU WA TAALA benarkannya masuk melalui mana-mana 8 pintu syurga.
Dalam solat rukun yang paling banyak ialah sujud. Jika dihayati
sungguh-sungguh bacaan dalam sujud itu Maha suci ALLAH Tuhan yang maha tinggi
dan segala puji bagiMu (Subhana Rabbiyal A'la wabihamdhih)sepatutnya selepas
solat kita akan rasa rendah di sisi ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan hidup dengan tawadhu'. Kita jadi besar diri dan tidak
rasa kehebatan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA sebab tidak rasa apa-apa bila sujud dalam solat yang sudah
bertahun-tahun kita lakukan. Tahu-tahu imam dah beri salam.
Sunat solat
dari segi syariatnya dalam keadaan khusyuk. Tetapi dari segi hakikat sepatutnya
wajib kita khusyuk sedar dan menghadirkan diri semasa solat menyembah ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA.
Berapa ramai
orang yang solat tetapi tak dapat apa-apa.
Tidak dihitung
solat itu kecuali pada apa yang dia sedar dalam solatnya. Sebab itu penting
kita tahu makna bacaan dalam solat kita.
Peringkat
Khusyuk
1. Khusyuk yang sangat dituntut memahami makna semua bacaan dalam solat.
2. Kita sedar kita sedang bersolat.
3. Sekurang-kurangnya kita sedar sebahagian kecil dari solat kita contohnya kita sedar makna ketika baca syahadah atau sebahagian dari mana-mana bahagian solatnya.
Cara Khusuk
ialah dengan menghadirkan diri seolah-olah kita di hadapan raja. Penuh sopan
santun. Itulah yang selayaknya kita berakhlak di hadapan ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA. Jangan cincai
atau ambil ringan sahaja.
Kata Ulama
untuk dapat khusyuk kita perlu:
1. Memusatkan tumpuan hati kita semata-mata kerana ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA.
2. Memanjangkan rukuk dan sujud ..... jika solat sendiri
sunat baca 11 kali.
3. Mentadabbur maknanya bacaan dalam solat kita. Kita solat
berpuluh tahun tapi tak rasa seronok macam kita main dengan hp kita.
4. Memahami makna zikir. Tiada urusan yang lebih besar dari
urusan kita dengan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
- Menurut Sheikh Zam Zam kita solat sama saja. Masa kita
solat kita akan ingat anak isteri dan dunia sebab ayat yang dibaca cerita
tentang haid. Pastinya ia akan mengingatkan kita kepada perempuan yang datang
haid yang mungkin ia adalah anak atau isteri kita. Kita baca ayat" adakah
kamu tidak melihat unta dicipta "- gambaran ayat ini mengingatkan kita
akan kebesaran ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dengan penciptaan unta.... itulah khusyuk.
- Bila imam
atau kita baca ayat azab kita sepatutnya berlindung dengan ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA dari ancaman
ayat itu. Begitu juga bila imam baca ayat nikmat kita patut menggambarkan
perasaan gembira kita dalam solat itu. Penghayatan inilah yang menjadikan
manisnya solat kita seterusnya merasai khusyuknya solat.
5. Sunat kita terus menerus mahallil melihat tempat sujud.
Makruh solat dalam keadaan melihat perkara yang menghalang kita dari khusyuk.
Kita lihat dan baca jenama kain atau tulisan jamaah depan kita. Gajah Duduk,
Atlas, hard rock cafelah dan sebagainya. Sebaiknya janganlah tunjukkan jenama
kain atau baju yang ada tulisan semasa kita solat. Secara tidak sedar kita
telah mengganggu khusyuk jamaah yang bersolat di belakang kita.
Nak dapat
khusyuk lagi solatlah di depan kaabah, dalam suasana yang agak gelap sedikit
dan solat jenazah.
Kaedah pemilihan
Imam solat fardhu aulanya ialah Imam hendaklah faqih. Syarat qari adalah syarat
berikut.
Solat jenazah
afdhal imam yang tua. Dengar suara nazak imam sudah cukup menginsafkan jemaah
di belakang untuk mengingatkan kematian.
6. Sunat melihat jari telunjuk ketika membaca syahadah dalam
bacaan tahyat.
Gerak-gerak jari
ketika ini dengan tiada tujuan boleh membatalkan solat.
7. Sunat berzikir lepas solat sekadar tidak mengganggu orang
yang sedang solat. Boleh baca kuat jika doanya menuntut makmum mengaminkan doa
Imam.
- Sunat memulakan doa dengn ucapan alhamdulillah memuji ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA. Kemudian
selawat. Menutupnya dengan selawat juga dan ucapan alhamdhulillah.
- Sunnah Nabi
akan baca Innalhamdhulillah.. bila mulakan ucapan.
- Bila malaikat amin sama dengan amin kita, akan dimakbulkan
ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA doa-doa kita.
- Sunat kita baca amin setiap ayat doa yang dibacakan imam
dan sunat juga angkat tangan.
Sunat imam selepas solat menjadikan bahu kanannya mengadap
makmum dan bahu kirinya mengadap qiblat.
Selepas solat imam duduk tahyat baca istighfar, baca
Allahumma ajirna minannar. "Ya ALLAH jauhkan aku dari api neraka".
Neraka akan jawab "Allahumma ajirhu minannar- "Ya ALLAH jauhkan dia dari
neraka". Bacalah 3/7 kali selepas solat subuh dan maghrib.
17 rakaat kita solat setiap hari umpama 17 jam bekerja
setiap hari.
Doa mulakan dengan puji ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA. Sesungguhnya zat ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA itu hidup. ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA malu orang yang
doa mengangkat tangan dan mendongakkan kepala ke langit.
Nabi bila angkat tangan nabi tak akan alihkan ke bawah
sehingga ia menyapu ke muka. Nabi angkat tangan hingga ke pundak/bahu.
Nabi dalam doa minta hujan nabi akan angkat tangan lebih
tinggi hingga nampak cahaya putih di ketiak nabi.
Berdoalah dalam keadaan berwudhuk.
Sunat makmum menunggu imam habis baca doa baru bangun.
Sunat ada sutrah penghalang diha dapan kita ketika solat. Jangan
jadikan kitab al Quran dan buku kita sebagai sutrah.
Saf pertama yang dekat dengan imam lebih baik dari saf yang
lain. Ganjaran berada di saf lain masih 27 tetapi qualitinya tak sama macam 27
ganjaran berada di saf hadapan.
Diharamkan dengan sengaja melalui antara orang dengan
sutrahnya. Makruh solat di tempat laluan orang masuk masjid. contohnya solat di
pintu masuk masjid.
Solatlah mendepani dinding atau tiang.
Siapa yang tahu besarnya dosanya orang lalu di depan orang yang
sedang solat lebih baik dia menunggu 40 tahun untuk lalu.
Orang yang muqarrobin dekat dengan ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA dia sangat suka lakukan perkara yang
sunat.
Orang yang dah batal solat wajib keluar dari jamaah dengan
tutup hidung. Keluar dengan cara mengiring dan cari tempat keluar yang paling
dekat. Jemaah di belakang perlu beri laluan untuk memudahkannya ambil wudhuk
dan solat semula.
Batas dikira solat jumaat ialah bila dapat rukuk bersama
imam dlm rakaat kedua. Jika tidak dapat rukuk bersama imam maka dia kena solat
zohor.
#Mazhab Syafie sunat melihat mazhaf ketika solat walaupun
kita hafal Quran..
Wallahu'alam moga ada manafaatnya. Was salam, Sekian. Terima
kasih..
CNP Posting by Rahman Hadzari.