Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 30 Disember 2016

R 135 SEPULUH JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA ALLAH SWT

Sabda RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM yang bermaksud:

"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya."

RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM juga telah bersabda yang bermaksud:

"10 orang yang solatnya tidak diterima oleh
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA ialah:

1   Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

  Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3   Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).

4   Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

5   Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibubapanya.

6   Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.

  Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.

8   Orang perempuan yang tidak menutup aurat.

9   Orang yang suka makan riba.

10 Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Sabda
RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM yang bermaksud:

"Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemungkaran ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan jauh daripada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA."

Hassan ra berkata : 

"Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."


Oleh itu, kita haruslah bertaubat ke jalannya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan