Seperti
yang telah kita ketahui bersama bahawa perang antara Israel - Palestin (HAMAS) tidak akan ada hentinya. Israel terus melakukan
pembunuhan demi pembunuhan terhadap warga Palestin.
Perlu
diketahui bahawa dari ribuan jiwa yang terkorban mangsa keganasan perang
Israel, 75 % di antara mereka adalah kanak-kanak dan wanita.
Pelbagai
alasan yang diberikan oelh pihak Yahudi mengenai korban tersebut. Sebahagian
besar alasannya sangat tidak masuk akal sama sekali. Lebih mengecewakan lagi
apabila negara-negara dunia seakan tidak mampu menghentikan ini semua, termasuk
negara-negara Arab sendiri.
Banyak
dari kita yang mempersoalkan kenapa tentera yahudi membunuh kanak-kanak
Palestin? Ada yang berkata memang tabiat tentera yahudi yang kejam dan biadab.
Ada juga yang berkata tentera Yahudi takut akan pertumbuhan kanak-kanak
Palestin kerana kanak-kanak yang terlahir adalah generasi masa depan Islam yang
gemilang. Mungkin pendapat yang kedua ada benarnya dan masuk akal juga.
Berikut
adalah sebab mengapa tentera Yahudi laknatullah menjadikan kanak-kanak Palestin
sebagai sasaran operasi mereka selain kumpulan HAMAS.
Semasa
serangan tentera yahudi terhadap Palestin pada Disember 2008 yang berlaku
ketika bulan suci Ramadhan tahun 1429 H, pimpinan HAMAS Ismail Haniyah melantik
sekitar 3500 kanak-kanak Palestin yang telah hafal Al Quran. Kanak-kanak
tersebut sudah menghafal 30 juz Al Quran. Ini menjadi sumber ketakutan Zionis
Yahudi.
“Jika
dalam usia semuda itu mereka sudah menguasai Al Quran, bayangkan 20 tahun lagi
mereka akan jadi seperti apa? ” Demikian pemikiran yang berkembang di dalam
fikiran orang-orang Yahudi.
Tidak
hairan jika kanak-kanak Palestin menjadi para penghafal Al Quran. Keadaan Gaza
yang dikepung dari segala arah oleh tentera yahudi laknatullah menjadikan masa
mereka terus berinteraksi dengan Al Quran. Tidak ada yang bermain Play Station
atau ‘game’ bagi mereka.
Keadaan
tersebut memangkin mereka untuk menjadi para penghafal Al Quran ketika masih
begitu muda. Ketakutan Zionis Yahudi laknatullah terhadap keadaan ini
menyebabkan kira-kira 500 kanak-kanak penghafal Quran itu telah syahid.
Itulah
sebahagian sebab mengapa HAMAS mengenakan syarat-syarat yang amat berat untuk
menjadi anggota mereka antaranya hafiz Al Quran dan tidak pernah meninggalkan
solat fardhu berjemaah terutama solat subuh.
Teringat
zaman emas tentang kejayaan Islam di masa kekhalifahan dahulu. Rahsia besar
yang perlu dicatat dalam masa itu adalah umat Islam tidak pernah jauh dengan Al
Quran, tidak pernah melepaskan hadis RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM
menjadi pedoman. Seperti dalam sebuah hadis RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI
WASSALLAM pernah bersabda.
“Telah kutinggalkan untuk kalian
dua perkara. Jika kalian berpegang teguh dengan keduanya, maka kalian tidak
akan pernah sesat , iaitu Kitab ALLAH dan Sunnah NabiNya.”
(
HR. Malik)
Belajarlah
dari Palestin, walaupun mereka dikurung oleh penjajahan Zionis, nyawa mereka
diancam setiap saat, setiap minit bahkan setiap detik, tapi itu semua tidak
melunturkan niat mereka untuk dekat dengan Sang Khalik dan mendalami lebih
dalam dan lebih jauh tentang Agama Islam.
Israel
memang unggul dalam segi jumlah pasukan dan kelengkapan tempur yang
berteknologi tinggi. Tapi rakyat Palestin memiliki semangat juang yang tinggi,
mereka berani mati demi kebebasan mereka dan anak cucu mereka.
Antara
syarat utama menjadi tentera hamas ialah hafaz Al Quran & tidak pernah
tinggal solat berjemaah terutamanya solat subuh...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan