Sebaik mana pun diri kita, sebanyak mana pun amalan kita,
setinggi mana pun kedudukan kita, jangan sampai kita mempunyai walau sebesar
zarah pun perasaan bahawa kita lebih baik daripada orang lain.
Hari ini, ramai orang bersolat di masjid, membaca Al Quran,
memberi sedekah, menunaikan solat sunat, menuntut ilmu.. Tetapi ramai juga
dalam masa yang sama terdetik di dalam hatinya bahawa dia lebih baik daripada
sahabat-sahabatnya yang tidak melakukan apa yang dia lakukan..
Jika kita mempunyai perasaan seperti ini, berwaspadalah..
Sesungguhnya perkataan ANA KHAIRUN MINHU (aku lebih baik daripadanya) merupakan
perkataan yang telah menukarkan iblis laknatullah daripada seorang hamba ALLAH
yang paling mulia di sisiNya kepada makhluk yang paling hina sehinggalah ke
hari kiamat..
Iblis yang dahulunya lebih tinggi darjatnya daripada para
malaikat, setelah melafazkan perkataan ANA KHAIRUN MINHU, kini menjadi makhluk
paling dilaknati ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Hanya kerana merasakan dirinya lebih baik dan lebih suci
daripada Adam as dan enggan tunduk hormat kepadanya..
Maka, fikirkanlah sehina mana martabat kita di sisi ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA yang sudah sedia
kala hina lagi apabila kita merasakan diri kita lebih baik daripada
sahabat-sahabat kita, walaupun ilmu dan amalan kita lebih banyak daripada
mereka.
Syaitan lebih menyukai hal ini daripada pelaku maksiat. Ini
kerana pelaku maksiat tahu bahawa mereka melakukan maksiat dan sedar akan
dosanya. Tetapi golongan yang bersifat holier-than-thou ini sampai bila-bila
tidak akan menyedari bahawa dirinya melakukan dosa yang sangat besar impaknya.
Dia akan terus merasakan dirinya suci dan soleh serta mengganggap
sahabat-sahabatnya yang lain sebaliknya..
Semoga ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menjauhkan diri kita daripada sifat yang terkutuk ini..
Moga Bermanfaat....
Berikut...juga pesanan untuk diri saya sendiri dan Sahabat sekalian
Tujuh sunnah NABI MUHAMMAD
SHALLALLAHU ’ALAIHI WASSALLAM
itu adalah:
Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada
tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir
dengan ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA.
Kedua:
Membaca Al Quran sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid ALLAH.

Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dahsyat dalam mendatangkan rezeki.
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dahsyat dalam mendatangkan rezeki.
Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wuduk terus menerus kerana ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA menyayangi hamba yang berwuduk.
Kata Khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwuduk sentiasa ia akan
merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat
dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya ALLAH.”
Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang
terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA.
Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi
sedikitpun.....Wallahualam
CNP FB Hj.Termizi bin Hj. Mohamad.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan