Pesanan
buat diri.
Andai terasa beban yang berat di dada.
Andai terasa beban yang berat di dada.
Sentiasalah
basahkan lisanmu dengan kalimah:
لا حول ولا قوة إلا بالله
[tiada daya dan kekuatan (untuk menolak sesuatu kemudaratan
dan mendatangkan suatu yang manfaat) selain ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA]
RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda :
RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda :
“Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi,
maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah
kebimbangan.”
(Hadis Riwayat
Tabrani)
Ucapan itu dinamakan Hauqalah. Apabila kita ditimpa sesuatu yang kita tidak sukai, banyakkan menyebut hauqalah. Imam a-Nawawi berkata:
“La haula wa
la quwwata illa billah,” itulah kalimah yang digunakan untuk menyerah diri dan
menyatakan bahawa kita tidak mempunyai hak untuk memiliki sesuatu urusan. Ia
kalimah yang menyatakan bahawa seseorang hamba tiada mempunyai daya upaya untuk
menolak sesuatu kejahatan (kemudaratan) dan tiada mempunyai daya kekuatan untuk
mendatangkan kebaikan kepada dirinya melainkan dengan kudrat iradat ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA juga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan