Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 20 Januari 2017

R 143 MENUTUPI AIB SESAMA MUSLIM

Ceramah Habib Saleh Al Habsyi Jum'at kemarin (24-2-2012) menyatakan bahawa manusia itu sebetulnya penuh dengan aib. Seandainya kita tahu aib masing-masing, tentu kita tak akan mahu menguburkan sesama Muslim. 

Namun ALLAH SUBHANAHU WA TAALA memelihara sebahagian besar aib kita sehingga tidak nampak. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA juga memerintahkan kita untuk menutupi aib sesama Muslim dengan larangan Ghibah pada surah Surah 49  AL HUJURAAT, ayat 12. Demikian pula RasulNya.

ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman yang bermaksud : 

"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), kerana sebahagian dari purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukkan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."
(Surah 49  AL HUJURAAT : 12)

Oleh kerana itu jika satu aib disebar-luaskan dan dijadikan hiburan, itu sangat tidak baik.

Daripada Abu Hurairah ra, RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda,

“Barangsiapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, nescaya ALLAH akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barangsiapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya ALLAH akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barangsiapa menutup aib seorang muslim, maka ALLAH akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. ALLAH akan menolong seorang hamba, selama hamba itu sentiasa menolong saudaranya. Barangsiapa menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, maka ALLAH akan memudahkan jalan baginya menuju syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah ALLAH untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya bersama-sama, melainkan akan turun kepada mereka ketenteraman, rahmat ALLAH akan menyelimuti mereka, dan ALLAH memuji mereka di hadapan (para malaikat) yang berada di sisiNya. Barangsiapa amalnya lambat, maka tidak akan disempurnakan oleh kemuliaan nasabnya.”
(Hadits dengan redaksi seperti ini diriwayatkan oleh Muslim)

Alangkah baiknya orang-orang yang sibuk meneliti aib diri mereka sendiri dengan tidak mengurusi (membicarakan) aib-aib orang lain.
(HR. Ad-Dailami)

Ada pun Ustad Hidayat pada ceramah Minggu menyatakan seharusnya kita menjaga aurat para pemimpin dan ulama kita selama masalahnya masih Furu'iyah. Jangan sampai aib ulama dibongkar sehingga umat tidak mahu lagi mendengar ceramahnya. Ini merosakkan Dakwah Islam.

Sesungguhnya pemuka agama lain juga punya aib, namun mereka pandai menjaga aurat mereka sehingga tetap berwibawa.

Jika memberi nasihat, sebaiknya berikan secara langsung. Jangan di depan umum. Sebab jika di depan umum, itu namanya menghina. Menjatuhkan orang.

Daripada Abu Ruqayyah Tamim ad-Dari, bahawa RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM telah bersabda, 

“Agama (Islam) itu adalah nasihat.” (beliau mengulanginya tiga kali), Kami bertanya, “Untuk siapa, wahai RASULULLAH?” Beliau menjawab, “Untuk ALLAH, kitabNya.
(HR Bukhari-Muslim)

Lihat bagaimana ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menutupi kesalahan orang-orang yang beriman. Sebab sebaik-baiknya orang, dia bukan Nabi yang maksum. Tetap punya kesalahan entah kerana tak disengaja atau pun kejahilannya :

ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman yang bermaksud : 

"Supaya Dia memasukkan orang-orang mukmin lelaki dan perempuan ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dan supaya Dia menutupi kesalahan-kesalahan mereka. Dan yang demikian itu adalah keberuntungan yang besar di sisi ALLAH."
(Surah 48  AL FATH : 5)

Hendaknya kita mudah memaafkan kesalahan seseorang :

ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman yang bermaksud : 

"(Iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. ALLAH menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan."
(Surah 3  ALI  IMRAN : 134)

Lihat bagaimana ALLAH yang Maha Pengampun mengampuni kesalahan-kesalahan hambaNya :

ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman yang bermaksud : 

"Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar (seruan) yang menyeru kepada iman, (iaitu): "Berimanlah kamu kepada Tuhanmu," maka kamipun beriman. Ya Tuhan kami, ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami beserta orang-orang yang banyak berbakti."
(Surah 3  ALI  IMRAN : 193)

ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman yang bermaksud : 

 "Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) bagi orang-orang yang mengerjakan kesalahan kerana kebodohannya, kemudian mereka bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya), sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

(Surah 16  AN NAHL : 119)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan