Orang yang tidak mengetahui fitnah dan akibat
buruknya, akan jatuh ke dalam suatu fitnah dan bahkan bergelumang dengan fitnah
tersebut.
Mengenal buruk sesuatu fitnah dan bahaya-bahayanya memberikan kepada seseorang bekal berupa sikap menjaga diri dari akibat buruk tersebut dan sikap berhati-hati terhadapnya.
Al-Azhari rahimahullah mengatakan, “Inti makna fitnah di dalam Bahasa Arab terkumpul pada makna cubaan dan ujian.”
Dan asalnya diambil dari ucapan seseorang: “Saya menguji perak dan emas.”
Maksudnya adalah saya melelehkan keduanya dengan api agar terpisahkan antara yang buruk dengan yang bagus. Makna inilah makna yang ditunjukkan oleh firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA:
يَوْمَ هُمْ عَلَى النَّارِ يُفْتَنُونَ
“(Hari pembalasan itu) ialah pada hari ketika
mereka diazab di atas api Neraka.”
(Adz -Dzaariyaat: 13)
Maksudnya adalah dibakar dengan api Neraka”
(Tahdziibul Lughah: 14/296).
Ibnu Faris rahimahullah berkata:
“الفاء والتاء والنون أصل صحيح يدل على الابتلاء
والاختبار” ( مقاييس اللغة 4/ 47)
“Huruf Fa`, Ta`, dan Nun adalah huruf dasar yang shahih
menunjukkan kepada cubaan dan ujian.”
(Kitab Maqayisul Lughah: 4/472).
Ibnul
Atsiir rahimahullah berkata:
الامتحان والاختبار … وقد كثر استعمالها فيما أخرجه
الاختبار من المكروه، ثم كثر حتى استعمل بمعنى الإثم والكفر والقتال والإحراق
والإزالة والصرف عن الشيء (النهاية 3 / 410).
“(Secara bahasa maknanya) “Ujian… dan (kata
fitnah) banyak penggunaannya dalam perkara yang tidak disukai, kemudian setelah
itu banyak digunakan untuk makna-makna: dosa, kekafiran, perang, pembakaran,
penghilangan dan memalingkan sesuatu.”
(An-Nihayah 3/410)
Ibnul A’rabi telah meringkas makna-makna fitnah secara bahasa, iaitu:
“الفتنة الاختبار، والفتنة المحنة، والفتنة :
المال، والفتنة الأولاد، والفتنة الكفر، والفتنة اختلاف الناس بالآراء والفتنة
الإحراق بالنار” . (لسان العرب لابن منظور).
“Fitnah
bermakna ujian, fitnah bermakna cubaan, fitnah bermakna harta, fitnah bermakna
anak-anak, fitnah bermakna kekafiran, fitnah bermakna perselisihan pendapat
diantara manusia, fitnah bermakna pembakaran dengan api.”
(Lisanul Arab, Ibnu Manzhur)
Makna kata fitnah dalam Al Quranul Karim.
Kata fitnah banyak disebutkan dalam Al Quranul Karim dalam beberapa surah Di antaranya:
1. Cubaan dan Ujian (الابتلاء والاختبار)
Firman
ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA :
أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ
يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka
dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman,” sedang mereka tidak diuji
lagi?”
(Surah
29 AL 'ANKABUUT : 2)
Maksud
{وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ} adalah
وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ
“Sedang mereka tidak diuji lagi?”
(Tafsir
Ibnu Jarir)
2. Memalingkan dari jalan kebenaran dan menolaknya.
Firman ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA :
وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا
أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ
“Dan
berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari
sebahagian apa yang telah diturunkan ALLAH kepadamu.”
(Surah 5
AL MAA'IDAH : 49)
Al-Qurthubi rahimahullah mengatakan,
معناه: يصدوك ويردوك
“Maknanya adalah
menghalangimu dan menolakmu.”
3. Siksa
Firman
ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA :
ثُمَّ إِنَّ رَبَّكَ لِلَّذِينَ هَاجَرُوا مِنْ
بَعْدِ مَا فُتِنُوا
“Dan
sesungguhnya Tuhanmu (pelindung) bagi orang-orang yang berhijrah sesudah
mendapatkan siksaan.”
(Surah
16 AN NAHL : 110)
Maksud
{فُتِنُوا} adalah mereka disiksa.
4. Syirik dan kekufuran
Firman
ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA :
وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّىٰ لَا تَكُونَ فِتْنَةٌ
“Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi.”
(Surah
2 AL BAQARAH : 193)
Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan fitnah dalam ayat ini berkata;
أي شرك
“iaitu syirik.”
5. Terjatuh di dalam perkara maksiat dan
kemunafikan.
Firman
ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA ;
يُنَادُونَهُمْ أَلَمْ نَكُنْ مَعَكُمْ ۖ
قَالُوا بَلَىٰ وَلَٰكِنَّكُمْ فَتَنْتُمْ أَنْفُسَكُمْ
“Orang-orang munafik itu memanggil mereka
(orang-orang mukmin) seraya berkata: “Bukankah kami dahulu bersama-sama dengan
kamu?” Mereka menjawab benar, tetapi kalian mencelakakan diri kalian sendiri.”
(Surah
57 AL HADIID : 14)
Al-Baghawi
rahimahullah berkata,
أي أوقعتموها في النفاق وأهلكتموها باستعمال
المعاصي والشهوات.
“Maksudnya kalian menjerumuskan diri kalian
sendiri ke dalam nifak dan kalian binasakan diri kalian dengan melakukan
kemaksiatan dan (mengikuti) syahwat.”
6. Kesamaran antara kebenaran dengan kebatilan
Firman
ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA :
إِلَّا تَفْعَلُوهُ تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي
الْأَرْضِ وَفَسَادٌ كَبِيرٌ
“Jika
kalian (hai para muslimin) tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan ALLAH
itu, nescaya akan terjadi kesamaran antara kebenaran dengan kebatilan di muka
bumi dan kerosakkan yang besar.”
(Surah
8 AL ANFAAL : 73).
Ibnu
Jarir berkata Maksudnya:
إلا يوالى المؤمن من دون الكافر ، وإن كان ذا
رحم به {تكن فتنة في الأرض} أي شبهة في الحق والباطل
“Jika tidak wala’ (cinta) kepada kaum mukminin
tanpa orang kafir walaupun (orang kafir tersebut) kerabat yang ada hubungan
rahimnya, {تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الْأَرْضِ}, iaitu: akan terjadi syubhat / kesamaran
antara Kebenaran dengan kebatilan.”
(Tafsir
Jami’ul Bayan, Ibnu Jarir).
7. Kesesatan
Firman
ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA :
وَمَنْ يُرِدِ اللَّهُ فِتْنَتَهُ فَلَنْ
تَمْلِكَ لَهُ مِنَ اللَّهِ شَيْئًا
“Barangsiapa yang ALLAH
menghendaki
kesesatannya, maka sekali-kali kamu tidak akan mampu menolak sesuatupun (yang
datang) daripada ALLAH.”
(Surah
5 AL MAA'IDAH : 41)
Sesungguhnya makna fitnah di sini adalah Penyesatan.
(Al-Bahrul
Muhith).
8. Pembunuhan dan penawanan
Firman
ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA :
وَإِذَا ضَرَبْتُمْ فِي الْأَرْضِ فَلَيْسَ
عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَنْ تَقْصُرُوا مِنَ الصَّلَاةِ إِنْ خِفْتُمْ أَنْ
يَفْتِنَكُمُ الَّذِينَ كَفَرُوا
“Dan apabila kalian bepergian di muka bumi,
maka tidaklah mengapa kalian men-qashar solat(mu), jika kalian takut diserang
orang-orang kafir.”
(Surah
4 AN NISAA' : 101)
Dalam
Tafsir Ibnu Jarir disebutkan :
حملهم عليهم وهم فيها ساجدون حتى يقتلوهم أو
يأسروهم
“Serangan
orang kafir terhadap kaum mukminin, sedangkan mereka dalam keadaan solat, saat
sujud, hingga orang-orang kafir tersebut membunuh kaum mukminin atau menawan
mereka.”
(Tafsir
Ibnu Jarir).
9. Perselisihan pendapat dan tidak bersatunya
hati mereka
Firman
ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA :
لَوْ خَرَجُوا فِيكُمْ مَا زَادُوكُمْ إِلَّا
خَبَالًا وَلَأَوْضَعُوا خِلَالَكُمْ يَبْغُونَكُمُ الْفِتْنَةَ
“Jika mereka berangkat bersama-sama kalian, nescaya
mereka tidak menambah kalian selain dari kerosakkan belaka, dan tentu mereka
akan bergegas maju ke muka di celah-celah barisan kalian, untuk mengadakan
perselisihan di antara kalian.”
(Surah
9 AT TAUBAH : 47)
Maksud dari {يَبْغُونَكُمُ الْفِتْنَةَ} adalah mereka menjerumuskan kalian ke dalam perselisihan di antara kalian.
10. Gila
Firman
ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA :
بِأَيْيِكُمُ الْمَفْتُونُ
“Siapa di antara kalian
yang gila.”
(QS.
Al-Qolam: 6)
Maksud
{الْمَفْتُونُ} adalah gila.
11. Pembakaran dengan api
إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ
وَالْمُؤْمِنَاتِ
"Sesungguhnya orang-orang yang
mendatangkan cubaan kepada orang-orang yang mukmin lelaki dan perempuan.”
(QS.
Al-Buruuj:10).
Makna
fitnah dalam Ayat di atas adalah:
{إن الذين فتنوا} عذبوا وأحرقوا
Makna
{إن الذين فتنوا} mereka diazab dan dibakar..
Ya ALLAH, jauhkan diri kami dari fitnah-fitnah
dunia yang menyesatkan hidup kami dan menjauhkan diri kami dari jalan
kebenaran, serta kuatkan iman kami dalam menghadapi ujian dan cabaran serta
fitnah dunia tersebut.
Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!
Catatan:
Ilmu Itu Hanya Milik ALLAH SUBHANAHU WA TAALA Untuk Dikongsikan.
Mudah-Mudahan bermanfaat Untuk kita Semua.
Di Dunia Dan Di Akhirat Nanti. In sya ALLAH. Aamiinn !!!
Ilmu Itu Hanya Milik ALLAH SUBHANAHU WA TAALA Untuk Dikongsikan.
Mudah-Mudahan bermanfaat Untuk kita Semua.
Di Dunia Dan Di Akhirat Nanti. In sya ALLAH. Aamiinn !!!
Fwd
by Rahman Hadzari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan