1. MEMPAMER WAJAH.
Tidak saja orang yang jahil
bahkan yang mengaku 'alim pun tak ketinggalan ikut serta pamer wajah, illa man
rohimallah.
2. MEMPAMER HARTA.
Terlihat di statusnya,
"lagi di bengkel servis motor/mobil kesayangan."
3. MEMPAMER KEMESRAAN.
Statusnya, "Masyaa Allah
isteriku/suamiku bla bla bla."
4. MEMPAMER PRESTASI.
Contoh, "Alhamdulillah
akhirnya diterima di ....bla bla bla."
5. MEMPAMER KEBAIKAN.
Contoh, "Alhamdulillah
sudah boleh bantu/mengasihani.... bla bla bla."
6. MEMPAMER REZEKI
Contoh, "Alhamdulillah
sudah laku ......bla bla bla."
TABIAT manusia adalah suka mempamer,
Kita paling tidak boleh lepas dari sifat yang satu ini.
Jika memiliki wajah yang
tampan, harta berlebih, amalan kebaikan, prestasi, banyak rezeki dan harta yang
terlihat mentereng dan mahal, pasti ingin sekali dipamer-pamerkan. Selalu
berbangga dengan harta dan perhiasan dunia, itulah jadi watak sebahagian kita.
Semoga Allah SWT memberikan
taufik pada kita untuk merenungkan firman Allah SWT berikut ini.
“Bermegah-megahan telah
melalaikan kamu, (1) sampai kamu masuk ke dalam kubur. (2) Janganlah begitu,
kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu), (3) dan janganlah begitu,
kelak kamu akan mengetahui. (4) Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan
pengetahuan yang yakin, (5) nescaya kamu benar-benar akan melihat neraka
Jahiim, (6) dan sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan ‘ainul
yaqin. (7) kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan
(yang kamu megah-megahkan di dunia itu) (8).”
( At Takatsur: 1-8)
Semoga Allah SWT melindungi
kita dari buruknya sifat suka berbangga atau menunjuk-nunjuk, aamiin.
Akaun FB Fachril Fakot
Catatan
Hal yang dianjurkan adalah
tahaddust bi nikmat, iaitu menceritakan nikmat dalam rangka bersyukur kepada
ALLAH SWT, sebagaimana di akhir surah adh dhuha
Bagaimana cara membezakannya?
Caranya adalah tergantung
dari niat pelakunya, apakah yang ia ceritakan dalam rangka mempamer, ataukah
menceritakan nikmat ALLAH SWT.
Ingat, bahawa ALLAH mengetahui isi hati setiap
hambaNya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan