RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM memiliki tingkat darjat kekuatan rohani dan kesempurnaan batin serta
akhlak yang sempurna (QS 68:4), sehingga tidak hairan kalau beliau dijadikan
sebagai teladan bagi umat manusia. (QS 33:21). Segala nilai akhlak tinggi
berpadu pada peribadi beliau dalam suatu keseluruhan yang sempurna lagi serasi.
Siti ‘Aisyah ra, isteri RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM yang sangat berbakat, ketika pada sekali peristiwa diminta menerangkan
peri keadaan RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM,
“Beliau memiliki segala
keagungan akhlak yang disebut dalam Al Quran sebagai ciri-ciri istimewa seorang
abdi ALLAH yang sejati.”
(Bukhari)
Salah satu hal penting dari akhlak NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM adalah kejujuran. Kejujuran adalah satu barometer untuk menilai kebenaran risalah kenabian para utusan ALLAH iaitu sosok yang terkenal jujur yang mana para musuh para nabipun mengakuinya, maka tidak mungkin ia tiba-tiba membawa kebohongan yang mengatasnamakan Tuhan. Hal itulah yang disentuh di dalam Al Quran berkaitan dengan RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM :
Salah satu hal penting dari akhlak NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM adalah kejujuran. Kejujuran adalah satu barometer untuk menilai kebenaran risalah kenabian para utusan ALLAH iaitu sosok yang terkenal jujur yang mana para musuh para nabipun mengakuinya, maka tidak mungkin ia tiba-tiba membawa kebohongan yang mengatasnamakan Tuhan. Hal itulah yang disentuh di dalam Al Quran berkaitan dengan RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM :
Katakanlah: "Jikalau
ALLAH menghendaki, nescaya aku tidak membacakannya kepada kalian dan ALLAH
tidak (pula) memberitahukannya kepada kalian. Sesungguhnya aku telah tinggal
bersama kalian beberapa lama sebelumnya. Maka apakah kalian tidak
memikirkannya?"
(QS
10:17)
Dengan kata lain RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM hendak mengatakan, Saya bukanlah orang yang berdusta dan mengada-ada. Lihatlah, saya selama 40 tahun sebelumnya tinggal di antara kalian. Apakah kalian telah membuktikan kedustaan saya atau saya sebagai orang yang mengada-ada? Jika tidak seharusnya kalian berfikir dan timbul pemahaman bahawa seorang yang sampai hari ini tidak pernah berdusta dalam corak apapun dan sekecil apapun, maka bagaimana mungkin tiba-tiba pada hari ini ia berdusta atas nama Tuhan?"
Pengakuan akan Kejujuran RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM
Kejujuran RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM sendiri telah diakui tidak saja oleh orang terdekat beliau tetapi oleh para musuh beliau sendiri.
Kejujuran di Masa Muda
Di masa muda, jauh sebelum pendakwaan beliau sebagai nabi, para pemuka Arab telah mengakui kejujuran RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM dan menyebutnya sebagai al-amin. Hal itu dapat kita jumpai dalam peristiwa pemugaran Kaabah, suku-suku berselisih tentang siapa yang paling berhak memindahkan Hajar Aswad, sampai akhirnya diambil kesimpulan bahawa siapa yang datang paling pertama kesokan harinya maka apapun keputusannya, itulah yang akan diterima. Keesokan harinya ternyata yang datang pertama kali adalah NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM. Maka mereka yang melihat RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM yang datang pertama, mereka langsung mengatakan: – haa dzal amiin (ini adalah orang yang jujur), kita senang kerana orangnya adalah Muhammad (SAW). Tetapi dalam pelaksanaannya NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM tidak egois melainkan beliau menyuruh untuk membawa sehelai kain, yang mana setiap pemuka suku masing-masing memegang setiap sudut kain dan mengangkat Hajar Aswad secara bersama-sama. (Assiratunnabawiyyah li ibni Hisyam isyaaratu abi umayyata bitahkiimi awwali daakhilin fakaana Rasulullah saw).
Kesaksian Siti Khadijah ra.
Kemudian perhatikanlah akhlak NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM di masa muda yang beliau jalani. Setelah Khadijah ra mendengar perihal kebenaran tutur kata, kejujuran dan keluhuran budi pekerti beliau (SAW) maka beliau (ra) mempercayakan kepada NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM untuk berniaga dengan menyerahkan hartanya kepada beliau SAW. Dalam perjalanan itu Maisarah, pembantu Siti Khadijah ra, juga ikut bersama beliau SAW. Pada saat kembalinya, Maisarah menceritakan ihwal perjalanan beliau SAW. Setelah mendengar kisah perjalanan itu Khadijah sangat terkesan dengan kisah perjalanan itu. Maka kemudian beliau menyuruh mengirim pinangan kepada RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM. Beliau terkesan kerana beliau (SAW) sangat memperhatikan ikatan tali kekerabatan, terpandang di masyarakat, seorang yang jujur dan memiliki budi pekerti yang luhur serta sentiasa berkata benar. (Assiratunnabawiyyah liibni Hisyam hlm. 149.)
Kesaksian Isteri
Isteri-isteri merupakan pemegang rahsia baik buruknya perilaku suami, merekalah yang dapat memberikan kesaksian akan kondisi rumahtangga dan urusan-urusan sehari-hari; kesaksian mereka itulah yang boleh dipegang dan memiliki nilai bobot yang dapat dijadikan standar. Begitu juga yang tertera dalam sebuah riwayat Ummul mu'minin, Aisyah ra dalam meriwayatkan tentang turunnya wahyu pertama kepada RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM. Menyebutkan bahawa RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM menumpahkan kerisauan beliau kepada Ummulmu'minin Khadijah ra saat turunnya wahyu pertama. Maka seraya menghibur kepada beliau Khadijah ra berkata kepada beliau: "Tidaklah seperti apa yang Tuan fikirkan. Selamat sejahtera atas Tuan. Demi ALLAH, ALLAH tidak akan pernah menghinakan Tuan. Tuan menyambung tali ikatan silaturrahmi dan sentiasa berkata benar dan berperilaku dan berbudi pekerti baik. (kitabutta'biir awwalu bab maa bada'a bihi Rasulullaah saw minal wahyi arru'ya shaalihah )
Kesaksian Abu Bakar Shiddiq ra.
Kemudian perhatikanlah kesaksian sahabat beliau. Sahabat yang dari sejak kecil bermain bersama-sama, tumbuh remaja hingga dewasa, yakni Abu Bakar ra. Sahabat ini dalam setiap keadaan sentiasa membenarkan beliau dan hanya melihat dan mendengar beliau SAW sebagai seorang yang senantiasa menekankan akan kebenaran. Oleh kerana itu di dalam benak beliau sama sekali tidak dapat terbayangkan bahawa Rasulullah dapat mengucapkan kata-kata dusta.
Sebagaimana tertera dalam sebuah riwayat bahawa Abu Bakar ra ketika mendengar pendakwaan beliau sebagai nabi, maka kendati berbagai penjelasan telah diberikan oleh RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM, Abu Bakar ra tidak meminta argumentasi; sebab sepanjang hidup Abu Bakar ra, inilah yang beliau saksikan bahawa RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM sentiasa berkata jujur. Beliau hanya bertanya kepada RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bahawa, apakah benar RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM telah mendakwakan diri sebagai nabi? Maka RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM ingin terlebih dulu memberikan penjelasan, tetapi dalam setiap kali ingin memberikan keterangan, inilah yang beliau tanyakan bahawa, "Berilah jawapan kepada saya ya atau tidak." Atas jawapan ya yang RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM berikan, Abu Bakar ra mengatakan:
"Di hadapan saya
terbentang seluruh kehidupan Tuan di masa lalu. Oleh kerana itu bagaimana saya
boleh dapat mengatakan bahawa seorang hamba ALLAH yang sentiasa berkata benar
tiba-tiba menjadi orang yang berdusta kepada Tuhan?"
(Dalaailunnubuwwah lil Baihaqi jilid 2 hlm. 164 darul kutub alilmiyyah Bairut)
Kesaksian Pihak Lawan
Kejujuran RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM diakui juga oleh musuh-musuh beliau sendiri, tetapi tidak seperti halnya Abu Bakar Siddiq yang menerima beliau dengan suatu pemikiran yang dilandasi hati yang bersih, iaitu seseorang yang selalu berkata benar maka tidak mungkin dia tiba-tiba berdusta untuk hal yang sangat besar iaitu berdusta atas nama Tuhan. Para musuh RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM kendati di satu sisi mengakui kejujuran dan kelurusan RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM tetapi mereka tidak boleh menangkap rahsia dibalik pengakuan kejujuran dari mereka tersebut.
Satu contohnya adalah ketika terjadi usaha stigmatisasi pada diri NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM. Para pemuka Quraisy berkumpul yang di dalamnya terdapat Abu Jahal dan musuh yang paling besar beliau Al-Akhdhar bin Haris. Salah seorang berkata bahawa hendaknya RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM dianggap sebagai tukang sihir atau beliau dinyatakan sebagai seorang yang pendusta, maka Nadhar bin haris berdiri lalu berkata,
"Hai kelompok Quraisy!
Kalian terperangkap dalam suatu masalah yang untuk menghadapinya tidak ada cara
yang kalian dapat tempuh. Muhammad (SAW) di antara kalian adalah seorang pemuda
yang kalian paling cintai, merupakan pemuda yang paling benar dalam ucapan. Di
antara kalian merupakan orang yang paling jujur. Kini kalian telah melihat
tanda-tanda umur di keningnya dan amanat yang dibawanya dan kalian mengatakan
bahawa itu adalah sihir? Di dalam dirinya tidak ada bau-bau sihir. Kamipun
telah melihat tukang tenung. Kalian mengatakan bahawa dia adalah seorang
theosopi (yang berbicara dengan jin/kahin), kamipun telah melihat theosopi
(tukang jin/kahin). Dia sama sekali bukanlah ahli teosopi (kahin). Kalian
mengatakan bahawa dia adalah seorang penyair. Dia sama sekali bukanlah seorang
penyair. Kalian mengatakan bahawa dia adalah orang gila, tetapi di dalam
dirinya sama sekali tidak ada tanda-tanda orang gila. Hai kelompok Quraisy,
renungkanlah, kalian tengah berhadapan dengan suatu masalah yang besar."
(Assiratunnabawiyyah li-ibni Hisyam hlm. 224.
)
Kesaksian Abu Jahal
Kemudian satu kesaksian lain iaitu kesaksian musuh beliau, Abu Jahal. Ali ra meriwayatkan bahawa Abu Jahal berkata kepada NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM,
"Kami tidak mengatakan
engkau dusta. Namun, kami menganggap dusta ajaran yang engkau bawa."
Apabila hati sudah tertutup, jika akal
seseorang tidak bekerja lagi maka baru seperti itulah yang dia akan katakan.
Oleh kerana itulah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA
berfirman, "Cubalah gunakan sedikit akal kalian, apakah seorang yang benar
dapat mengajarkan ajaran yang dusta? Orang yang benar tentu yang pertama dilakukannya
adalah berdiri melawan ajaran yang tidak benar."
Kesaksian Abu Sufyan
Ibni Abbas ra meriwayatkan bahawa Abu Sufyan bin Harb memberitahukan kepada beliau bahawa,
"Pada saat saya pergi
ke Syam bersama kafilah para pedagang, Raja Romawi Heraklius memanggil kafilah
kami supaya dia boleh menanyakan beberapa pertanyaan berkenaan dengan RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM. Abu
Sufyan memberikan keterangan mengenai pembicaraan beliau di istana Raja Roma
kepada Heraklius bahawa, "Dia (Heraklius) menanyakan kepada saya beberapa
pertanyaan. Salah satu diantara pertanyaan itu adalah bahawa: Apakah sebelum
pendakwaannya kalian telah menuduh dia berkata dusta?
Sebagai jawapan kepadanya saya mengatakan bahawa kami tidak pernah menuduhnya berdusta. Maka Heraklius berkata bahawa ketika kamu memberikan jawapan dalam bentuk negatif (kata tidak), maka saya dapat memahami dalam keadaan seperti itu tidak pernah terjadi bahawa seseorang yang tidak pernah berdusta kepada siapapun tetapi tetapi kepada Tuhan dia berdusta."
Heraklius bertanya, "maa dzaa ya'murukum - apa yang Muhammad perintahkan kepada kalian?" Abu Sofyan menjawab, "Dia memerintahkan kepada kami, sembahlah ALLAH yang merupakan sembahan yang benar dan Tuhan Yang Esa dan janganlah menyekutukanNya dengan apapun dan tinggalkanlah apa yang nenek-moyang kalian katakan. Dan dia memerintahkan kepada kami untuk melakukan solat, sentiasa berkata benar, menjadi orang yang suci bersih dan memperhatikan ikatan tali silaturrahmi." Maka selanjutnya Heraklius mengatakan bahawa, "Apa yang engkau katakan jika itu benar maka tidak lama lagi dialah yang akan menjadi pemilik di mana tempat kaki saya berpijak sekarang ini."
(Bukhari kitab badul wahyi nomor 7)
Kehebatan Ru'ub (Kharisma) RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM
Kendati tidak beriman, terdapat pengaruh wibawa kebenaran beliau SAW, yang menggetarkan hati para penentang. Dan mereka sentiasa dalam keresahan bahawa seandainya perkataan dan ajaran yang dibawa oleh Muhammad (SAW) benar maka apa yang akan terjadi dengan mereka.
Berkenaan dengan ini terdapat sebuah riwayat di mana pada suatu kali orang-orang Quraisy mengirimkan Utbah seorang pemuka Quraisy sebagai delegasi Quraisy untuk menghadap RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM. Dia berkata,
"Kenapa engkau mencela sembahan kami,
dan mengapa mengatakan nenek moyang kami sesat? Apapun keinginan Anda akan kami
penuhi dengan syarat berhentilah engkau dari hal-hal tersebut." RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM mendengarkan semua
perkataannya dengan tenang dan sabar. Ketika dia telah mengatakan semuanya,
maka RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM membaca beberapa ayat
surah -- Haa miim Fushshilat. Ketika beliau sampai kepada ayat bahawa,
"Aku memperingatkan kalian dengan azab kaum 'Ad dan kaum Tsamud,"
maka Utbah mencegah beliau, supaya berhenti dan dengan rasa ketakutan dia
segera bangkit dan pergi.
Sesampainya kepada orang Quraisy ia berkata, “Apakah kalian mengetahui bahawa Muhammad SAW apabila dia mengatakan sesuatu maka dia tidak pernah berdusta. Saya khuatir jangan-jangan akan turun azab kepada kalian yang dia peringatkan kepada kalian.” Semua para pemuka itu setelah mendengar ini menjadi terdiam.
(Assiratul halbiyyah dari Allamah Burhanuddin
jilid I hlm. 303 cetakan Bairut)
Kesaksian Para Pemuka Qurays
Kemudian kesaksian akan kebenaran beliau tidak hanya keluar dari orang perseorangan saja bahkan semua kaum memberikan kesaksian akan kebenaran ucapan beliau. Ketika perintah wa andzir ‘asyiira takalaqrabiin, "Dan berilah kepada kerabat-kerabat engkau yang terdekat, apa yang ALLAH telah turunkan kepada engkau." Maka RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM naik ke bukit Safa dan dengan suara lantang beliau memanggil nama-nama semua kabilah Quraisy. Ketika semua orang berkumpul maka beliau bersabda bahawa,
"Hai Quraisy! Jika
saya memberitahukan kepada kalian bahawa di belakang gunung itu ada tentera
yang bersembunyi yang tidak lama lagi akan melakukan penyerangan terhadap
kalian, apakah kalian akan meyakini kata-kata saya?"
Padahal ketinggian bukit tersebut tidak dapat memungkin untuk dijadikan sebagai tempat persembunyian, tetapi oleh sebab mereka mengetahui bahawa NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM tidak pernah berdusta, semua dengan suara bulat mengatakan ya, kami pasti akan mempercayainya, sebab kami sentiasa mendapatkan engkau sebagai orang yang selalu berkata benar.
Maka beliau SAW kemudian bersabda lagi, "Kalau begitu dengarlah, saya memberitahukan kepada kalian bahawa tentera azab Tuhan telah sampai kepada kalian, berimanlah kepada Tuhan dan hindarilah diri kalian dari azab Ilahi."
(Sirat Khatamunnabiyyin
Pengarang Hadhrat Mirza Basyir Ahmad MA hlm. 128)
Kali ini setelah mendengar kata-kata ini orang-orang Quraisy meninggalkan tempat itu dan mereka mulai mengolok-olok dan mentertawakan ajaran beliau. Tetapi satu hal yang pasti mereka sama sekali tidak mengatakan bahawa beliau pendusta. Jika ada kata-kata yang keluar dari mulut mereka maka itu adalah bahawa beliau sentiasa berkata benar dan sungguh beliau sentiasa berkata benar. Standard dan mutu kebenaran beliau sedemikian tinggi, jelas dan terang sehinga tidak mungkin timbul masalah bahawa ada yang boleh menuduh beliau berdusta, kendati secara isyarah sekalipun.
Setelah membaca sebahagian dari kesaksian-kesaksian di atas siapa yang boleh mengatakan bahawa beliau bukanlah seorang yang berkata benar dan bukan seorang Nabi ALLAH. Tidak ada yang dapat mengatakan hal seperti itu ini, kecuali yang hati, telinga, dan matanya telah dicap dan telah ditutupi tirai, tidak ada lagi yang dapat mengatakan hal seperti itu. Dan RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM sendirilah yang menzahirkan kebenaran dan kejujuran itu dan tidak hanya menyebarkan bahkan di dalam hati orang yang mengimani beliaupun beliau ciptakan di dalam hati mereka pun beliau penuhi dengan sepenuh-penuhnya.
Dan dengan mengatakan kebenaran dan dengan mengimani kebenaran itulah banyak sekali orang-orang di masa-masa awal siap untuk menemui ajalnya. Tetapi mereka mengatakan yang benar itu benar. Sebagaimana saya telah katakan bahawa suatu ajaran yang tinggi dan untuk memeriksa karakter orang yang membawanya sangat perlu melihat juga standard kebenaran dalam kehidupan orang itu. Dan standard ini yang paling besar kita dapat lihat adalah di dalam kehidupan RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM.
Standard kebenaran beliau di masa kanak-kanak dan ketika telah dewasa sangat tinggi sekali, yang mengenainya kita telah melihat kesaksiannya dalam berbagai kesempatan. Musuhpun kendati tidak yakin terhadap ajaran beliau dan tidak yakin kepada Tuhan namun setelah mendengar peringatan dari pihak beliau, setelah mendengar sesuatu yang memperingatkan maka mereka menjadi ketakutan. Semoga kejujuran itu juga menjadi standar kita dalam semua bidang kehidupan. Aamiin.
Sumber: Khutbah Jumat Hazrat Mirza
Masroor Ahmad, Khalifah Islam dan Pemimpin Jemaat Ahmadiyah seluruh dunia.
Tanggal 2 Muharram 1426 H di Masjid Baitul-Futuh, Morden, London, Inggeris
Terjemah Mln. Komaruddin Syahid
Disadur oleh: Jusman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan