Salah satu hal yang
dikaitkan terhadap Islam adalah adanya bentuk-bentuk peperangan di dalam al Quran
dan peperangan yang telah dilakukan oleh RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI
WASSALLAM, yang mana hal itu telah meletakkan dasar kuat bahawa prinsip dasar
dakwah Islam adalah dengan cara kekerasan, benarkah demikian?
Analisis secara objektif tentang doktrin hukum Islam menunjukkan bukti bahawa kekuatan tak pernah merupakan unsur pertama dari ekspansi Islam. Prasangka tersebut yang mengatakan bahawa tersiarnya Islam dengan cepat itu disebabkan oleh kekuatan pedang harus ditolak atau sedikitnya kekuatan pedang harus diperkecil sehingga menjadi faktor nombor dua yang memudahkan dan memungkinkan berhasilnya faktor-faktor lain yang bersifat spiritual. Kerana tanpa faktor spiritual kekuatan brutal dari perang suci akan tak ada gunanya. Satu-satunya fakta bahawa Bangsa Arab yang dikalahkan oleh kaum muslimin Arab kemudian mereka berhasil menggulingkan dominasi tersebut, tetapi tetap memeluk agama Islam, merupakan suatu fakta yang nyata. Dan justeru melalui hal yang spiritual itulah Islam telah tertanam dalam hati orang-orang Arab pada waktu itu.
Dalam dakwah Islam pedang tidak berperanan apa-apa, justeru peperangan defensif umat Islam tersebut sebenarnya merupakan penghalangan bagi lajunya penyiaran agama Islam dengan cepat. Mengapa, kerana:
·
Pertempuran-pertempuran itu telah dijadikan sarana untuk menyemaikan
sentimen kebencian terhadap Islam. Api telah menyalakan api yang lebih besar
lagi.
·
Keturunan dari para korban perang boleh bersumpah untuk membalas dendam,
dan seluruh keluarga atau suku menganggap umat Islam bertanggungjawab terhadap
terbunuhnya mereka itu. Dengan demikian agama yang teraniaya ini menjadi
sasaran kebencian mereka yang tak beralasan itu.
·
Dalam keadaan dan situasi yang tidak bersahabat itu menjadi mustahil
untuk menyiarkan seruan Islam kepada sebahagian besar orang Arab dan sulit
pulalah menghilangkan kesalahfahaman dari hati mereka. Sebagai akibatnya dengan
sendirinya pertablighan itu terbatas kepada lingkungan yang amat sempit.
·
Dari antara orang-orang yang kepada mereka amanat sempat sampai dan
mereka telah mengakui pula kebenarannya pun ada sebahagian yang terdiri dari
orang-orang lemah dan tidak berani menyatakan kebenaran, kerana takut akan
lingkungan yang tidak bersahabat itu, maka peperangan itu telah menimbulkan
rasa ketakutan dahsyat dalam hati mereka.
·
Waktu yang dipakai umat Islam dalam rangka mengambil langkah bela diri
memberi kesempatan sedikit sekali untuk menyibukkan diri dalam
kegiatan-kegiatan tabligh (dakwah).
Dan memang faktanya
ternyata Islam berkembang pesat adalah setelah masa-masa damai. Kita boleh
melihat jumlah orang-orang yang memeluk agama Islam dalam masa yang penuh
dengan cubaan-cubaaan selama 19 tahun mulai dari penerimaan wahyu pertama RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM sampai dengan peristiwa Perdamaian Hudaibiyah
adalah tak bererti sedikitpun jika dibandingkan dengan masa dua tahun masa
damai sesudah Hudaibiah. Perkiraan paling banyak jumlah kaum lelaki yang ikut
serta dalam perang sebelum Hudaibiah itu kurang lebih tiga ribu orang. Inilah
jumlah yang paling banyak menurut perkiraan selonggar-longgarnya tentera yang
ikut pada perang Ahzab. Dibandingkan dengan itu jumlah tentera Islam pada
peristiwa penaklukan Mekah meliputi 10,000 orang Islam. Tambahan tujuh ribu tentera
itu sedikit sekali yang masuk di antara masa Ahzab dan Hudaibiah dan dengan
pasti jumlah yang sangat besar itu memeluk Islam dalam masa damai dua tahun
sesudah peristiwa Hudaibiah.
Jadi dari sini kita boleh lihat bahawa perkembangan Islam bukan dengan jalan pedang melainkan orang-orang-orang kafir Mekah memeluk Islam pada masa-masa damai. Orang-orang Mekah tidak akan mahu masuk Islam jika kita melihat alasan-alasan objektif di atas, kerana kalaupun Islam menang belum tentu peperangan itu memenangkan hati juga. Sebaliknya dakwah Islam berkembang dengan cara menaklukkan hati yang dilakukan dengan dakwah penuh hikmah dan kedamaian melalui contoh-contoh nyata yang diperlihatkan oleh umat Islam pada waktu itu.
Posted By Jusman At 3:13 Pm
Labels: Artikel Islam, Islam Damai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan