Perbezaan Agama Islam dengan agama lain
sangat luas cakupannya. Berikut adalah beberapa ciri perbezaan antara Agama
Islam dengan agama lain:
1. Islam mempercayai Tuhan sebagai Maha Pencipta alam semesta ini dan menampilkan keesaanNya dengan kata-kata yang amat bersahaja, komprehensif dan menarik. Minat seorang pedusunan ataupun seorang terpelajar. Islam menyebut Tuhan sebagai Wujud Yang Paripurna(sempurna/lengkap), sumber segala keindahan dan bebas dari segala cacat. Dia Wujud Yang Maha Hidup yang menjelmakan diriNya di mana-mana dan yang mencintai makhlukNya serta mendengar permohonan-permohonan mereka. Tidak ada dari antara sifat-sifatnya yang telah ditangguhkan. Oleh kerana itu Dia berkomunikasi dengan makhluk manusia seperti halnya Dia berkomunikasi sebelum ini dan tidak menutup jalan untuk mencapai Dia secara langsung.
2. Islam percaya bahawa tidak ada kontradiksi(pertentangan) antara perkataan Tuhan dengan perbuatanNya. Dengan demikian Tuhan membebaskan kita dari permusuhan tradisional antara sains dan agama, dan tidak menghendaki kita mempercayai sesuatu yang berada di luar kawasan hukum-hukum alam yang telah ditetapkan olehNya. Tuhan mendorong kita untuk merenungkan perihal alam dan mengambil faedah daripadanya, sebab segala sesuatu telah diciptakan demi kepentingan umat manusia.
3. Islam tidak mengemukakan pengakuan yang kosong melompong ataupun memaksa kita mempercayai sesuatu yang kita tidak mengerti. Islam mendukung ajaran-ajarannya dengan alasan dan keterangan yang memberi kepuasan kepada fikiran kita dan kepada dasar jiwa kita yang sedalam-dalamnya. Islam tidak berlandaskan pada mitos-mitos atau hikayat-hikayat. Islam mengundang setiap orang untuk bereksperimen(berencana) bagi dirinya sendiri dan berpendirian bahawa kebenaran selamanya dapat dibuktikan dalam satu atau lain bentuk.
4. Kitab wahyu Islam (al Quran) itu unik dan membezakan wajah agama ini dari agama-agama lainnya. Walaupun musuh-musuh Islam berupaya secara terpadu selama berabad-abad, mereka tidak mampu menyamai bahagian kecil sekalipun daripada kitab yang ajaib ini. Kelebihannya tidak hanya terletak hanya di dalam keunikan dan keindahan sasteranya, melainkan juga di dalam kebersahajaannya dan keluasan wawasan serta kepepakan ajarannya. Al Quran memproklamasikan bahawa ajarannya adalah yang terbaik-suatu pengkuan yang tidak dibuat oleh kitab-kitab wahyu lainnya.
Al Quran mangaku telah mengkombinasikan unsur-unsur ajaran samawi yang terbaik yang terdapat di dalam kitab-kitab suci terdahulu dan telah menempatkan di dalamnya semua ajaran yang abadi dan luas rangkumannya. Al Quran mengingatkan:
“Sesungguhnya
inilah yang diajarkan dalam kitab-kitab terdahulu, kitab-kitab suci Ibrahim dan
Musa.”
(Surah 87
AL A´LAA :19)
Sebuah ciri khas Islam yang distingtif ialah kitab sucinya itu berbahasa yang hidup. Apakah tidak menimbulkan tanda tanya kalau bahasa-bahasa semua Kitab Suci lainnya itu mati atau tidak lagi dipakai secara umum? Sebuah kitab suci seharusnya mempunyai bahasa yang hidup dan berlaku abadi.
5. Sebuah ciri pembeza lainnya dari Islam adalah nabinya telah melampaui segala tahapan pengalaman hidup manusia semenjak selaku seorang anak yang keadaannya terlantar lagi yatim piatu hingga akhirnya menjadi seorang penguasa kaumnya. Peri kehidupannya didokumentasikan sampai sekecil-kecilnya, merefleksikan keimanan yang tiada taranya kepada Tuhan dan menggambarkan pengorbanan yang tiada hentinya pada jalanNya. Beliau menjalani hidup yang sarat dengan peristiwa dan tindakan serta meninggalkan teladan amal perbuatan yang sempurna di dalam setiap medan sepak terjang manusia. Hal demikian sangat sesuai dan tepat untuk dikatakan, sebab beliau adalah tafsiran hidup al Quran dan dengan teladan peribadinya menerangi jalan tempuhan manusia untuk segala zaman mendatang-suatu peran(watak) yang tidak dipenuhi secara memadai oleh nabi lain manapun.
6. Sebuah ciri pembeza lainnya dari Islam adalah nubuatan-nubuatannya telah menjadi kenyataan dari abad ke abad, itu telah memperkuat iman para pengikutnya kepada Tuhan Yang Maha menngetahui lagi Maha Hidup. Proses ini terus berlanjut sampai masa kini, sebagaimana dibuktikan dengan penemuan-penemuan baru-baru ini, mumi Firaun yang telah mengusir Nabi Musa dan kaumnya dari negeri Mesir. Contoh segar lainnya adalah adalah mengenai perkembangan sarana baru untuk menciptakan kehancuran, di mana api terkunci di dalam partikel-partikel kecil yang akan mengembang yang boleh menyebabkan gunung-gunung hancur lebur.
7. Sebuah ciri khas Islam lainnya ialah bila mana Islam membahas akhirat dan kehidupan sesudah mati Islam pun meramalkan peristiwa-peristiwa yang akan terjadi di masa yang akan datang di dunia ini, penyempurnaan ramalan ini memperteguh keimanan pengikut-pengikutnya terhadap kehidupan sesudah mati.
8. Islam berbeza dari agama-agama lainnya dalam menyediakan hukum muamalah yang komprehensif mengenai perilaku manusia secara individual, kolektif dan internasional. Perintah-perintah ini meliputi segala situasi dan mencakup hubungan antara kawan-kawan dan mitra-mitra serta bahkan antara lawan-lawan. Peraturan-peraturan dan prinsip-prinsip yang dinyatakan secara tegas itu benar-benar bersifat universal dan teruji ketegarannya sepanjang waktu.
9. Islam memproklamirkan persamaan yang lengkap diantara umat manusia tanpa mengindahkan perbezaan kasta, kepercayaan, dan warna kulit. Satu-satunya tolak ukur kehormatan yang diakuinya ialah ketakwaan, bukan keturunan, kekayaan, ras dan warna kulit. Al Quran mengatakan:
“Sesungguhnya
yang paling mulia di antara kalian di sisi ALLAH ialah yang paling bertakwa di antara
kalian.”
(Surah 49
AL HUJURAAT :140)
dan lagi:
“Barangsiapa
beramal soleh, baik lelaki ataupun perempuan, sedang ia orang yang beriman, mereka
akan memasuki syurga, mereka akan diberi rezeki di dalamnya tanpa perhitungan.”
(Surah 40
AL MUKMIN : 41)
10. Islam mengemukakan definisi tentang baik dan jahat yang membezakan dari agama-agama lainnya. Islam tidak mempercayai nafsu alami manusia sebagai jahat. Islam hanya menyebut pemuasan hawa nafsu yang tak terkendali dan tidak pada tempatnyalah sebagai jahat. Islam mengajarkan bahawa kecenderungan-kecenderungan alami kita harus diatur dan disalurkan agar membuatnya konstruktif lagi bermanfaat bagi masyarakat.
11. Islam tidak hanya membuat kaum wanita ahli waris, namun juga telah memberikan kepada mereka hak yang sama dengan kaum lelaki dan bukan dengan cara yang tidak menghargai ciri-ciri khas anatomi mereka serta tugas-kewajipan khas mereka dalam mengandung dan mengurus anak.
Kutipan ceramah Mirza Tahir Ahmad (Khalifah Ahmadiyah ke IV) yang disampaikan di University of canberra, Ausralia.
LABELS: ARTIKEL ISLAM, ISLAM DAMAI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan