Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 13 Disember 2019

T 185 : KEMUSYRIKAN DALAM ISLAM


Tuhid Ilahi merupakan perhatian utama dakwah RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM. Sebaliknya syirik atau kemusyrikan adalah hal utama yang diperangi oleh RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM. Tauhid dan Syirik (kemusyrikan) adalah dua hal yang tidak dapat bersatu itulah pesan yang harus kita camkan sebagai pengikut RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM. Bagaimana kenyataannya sekarang? Ada baiknya kita merenungkan tulisan berikut:

Titik pusat agama, tempat segala masalah berputar di sekitarnya, atau akar pohon Islam yang baginya semua akidah dan amal perbuatan lainnya merupakan dahan-dahannya, adalah Iman kepada
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Semua akidah adalah untuk mendukungnya, dan semua amal perbuatan adalah untuk menguatkannya. Di antara rukun-rukun keimanan kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, yang terbesamya adalah iman kepada Tauhid.  RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM semenjak beliau mendakwahkan risalat hingga akhir hayat beliau, terus menerus mengumandangkan ajaran laa ilaaha Illallah yakni, tiada yang layak disembah kecuali ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Beliau menanggung segala macam penderitaan, namun beliau tidak henti-hentinya mengemukakan ajaran ini. Sehingga, pada saat beliau meninggal dunia pun, andaikata âda sesuatu yang difikirkan oleh beliau, sesuatu itu tak lain melainkan kekuatiran menghilangnya dari dunia ini ajaran yang telah ditegakkan oleh beliau dengan memberikan banyak pengorbanan.

Hati seorang muslim akan meleleh dan jantungnya akan remuk redam apabila ia membaca di dalam buku-buku hadis dan sejarah, betapa keadaan RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM tatkala beliau menanggung derita sakit yang mengantar beliau ke gerbang maut, yang kerana kehebatan penderitaan itu jisim beliau mengeluarkan air keringat dan penyakit beliau kian mempengaruhi  saraf-saraf beliau yang sehalus-halusnya, dan kegelisahan serta keresahan beliau kian memuncak ketika beliau memikirkan dengan rasa khuatir bahawa jangan-jangan orang-orang sepeninggal beliau akan melalaikan ajaran ini dan orang-orang akan dihinggapi lagi kemusyrikan. Dan, pada saat ketika beliau berada dalam keadaan menderita pun, beliau melupakan diri peribadi beliau sendiri dan dari kekhuatiran memikirkan nasib umat, beliau membolak-balikkan badan beliau dari kanan ke kiri dan dari kiri ke kanan seraya berucap,

"ALLAH melaknat umat Yahudi dan umat Kristian, kerana mereka telah menjadikan kuburan nabi-nabi mereka masjid-masjid."
(Bukhari, Bab Mardhun-Nabi)

Yang dimaksudkan oleh beliau sebagai peringatan untuk berwaspada agar sepeninggal beliau jangan sampai orang-orang mukmin menyembah beliau juga, kerana perbuatan itu bertentangan dengan ajaran yang sentiasa diajarkan beliau sepanjang hidup beliau, dan jangan melupakan ajaran Tauhid llahi.

Kegelisahan beliau waktu sakit menjelang wafat dan kecintaan beliau terhadap Tauhid llahi merupakan suatu peristiwa yang amat mengharukan, sehingga setiap orang yang mencintai beliau, kerana terbawa oleh pengaruh peristiwa yang memilukan itu, tidak akan sekali-kali menghampiri kemusyrikan.

Namun demikian, kita menyaksikan bahawa di antara orang orang yang menyebut diri mereka orang-orang Islam, kebanyakan dari mereka dengan terang-terangan berbuat hal-hal yang bertentangan dengan ajaran Islam ini. Siapakah di antara orang-orang Islam yang hidup seribu tiga ratus tahun yang lalu menyangka bahawa pada suatu ketika kelak orang-orang yang memikul panji laa ilaaha illallah akan bersujud kepada kuburan-kuburan? Siapakah menyangka bahawa mereka akan bersembahyang dengan menghadapkan muka ke arah tempat-tempat orang-orang suci mereka dan mereka mempercayai manusia-manusia yang mengetahui ghaib? Siapakah menyangka bahawa mereka akan menganggap para wali memiliki kekuasaan
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan memohon kepada orang-orang mati supaya maksud-maksud mereka terkabul? Siapakah menyangka bahawa mereka akan mempersembahkan sesajen-sesajen di atas kuburan-kuburan? Adapun tentang orang-orang keramat, mereka berkeyakinan bahawa apa pun yang diinginkan orang orang keramat itu akan dikabulkan oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan menyangka bahawa wujud mereka itu hadir di mana-mana. Mereka memberikan korbanan yang dialamatkan kepada orang-orang lain selain ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Kemudian, paling celaka lagi, mereka mengatakan bahawa semua ajaran itu merupakan ajaran al Quran  Suci dan ajaran junjungan kita RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM. Akan tetapi, dari timur sampai barat dan dari utara sampai selatan, di tempat-tempat orang-orang Islam tinggal, semua hal yang disebutkan di atas tengah dilakukan; dan sebahagian besar orang-orang Islam melakukan paling tidak satu di antara hal-hal tersebut di atas.

Melihat kesedihan dan kepiluan hati RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM,
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA telah menyelamatkan makam keramat beliau dari bidaah-bidaah itu. Akan tetapi di makam-makam para wali Islam lainnya dewasa ini, upacara-upacara berbau kemusyrikan berlangsung tak kurang ramainya daripada di kuil-kuil orang-orang Hindu. Andaikata RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM datang pada masa ini dan menyaksikan apa yang sedang berlangsung, nescaya beliau tidak akan menyangka bahawa orang-orang ini umat Islam, bahkan beliau akan menyangka mereka itu pengikut-pengikut suatu agama musyrik lain.

Mungkin ada orang yang mengatakan bahawa semua khayalan itu digandrungi oleh orang-orang bodoh dan para ulama memandang jijik semua khayalan itu. Akan tetapi, sesungguhnya keadaan suatu bangsa dinilai dari bahagian terbesar bilangan perorangan bangsa itu. Apabila kebanyakan orang-orang Islam adalah penganut khayalan-khayalan itu, maka kita harus mengambil ketetapan bahawa keadaan orang-orang Islam, ditilik dari segi ketauhidan, telah jatuh. Mereka telah melupakan sendi kalimah  laa ilaaha illallah, jiwa Islam.

Akan tetapi ini pun tidak benar kalau dikatakan bahawa orang-orang awam saja yang mempercayai akidah-akidah itu. Mereka yang dikeramatkan oleh orang-orang kebanyakan dan para kyai pun menyetujui khayalan-khayalan orang- orang kebanyakan itu.  Dan apabila sebahagian dari antara mereka tidak menyetujui dengan sepenuh hati, maka paling kurang keadaan mereka pun demikian rosaknya, sehingga mereka tidak dapat secara terbuka melawan khayalan-khayalan orang-orang kebanyakan. Hal demikian itu pun merupakan suatu gejala bahawa keimanan telah rosak.

Sebahagian dari aliran-aliran Islam menyatakan bahawa mereka sama sekali jauh dari kemusyrikan dan mereka marah terhadap orang-orang lain yang kerana praktik-praktik kemusyrikan mereka itu — telah merugikan Islam. Akan tetapi ajaibnya ialah mereka sendiri pun menjadi mangsa musibah kemusyrikan. Yang memperbezakan dari orang lain hanya kenyataan bahawa mereka ini tidak menyekutukan tiap orang dengan
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA hanya saja menganggap orang-orang Islam selebihnya, meyakini bahAwa Nabi Isa as masih hidup di langit. Mereka ini berpendapat bahawa junjungan kita RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM, Nabi yang termulia dari antara sekalian nabi, terkubur di dalam tanah, sedangkan Nabi Isa as (Almasih) masih hidup di langit semenjak dua ribu tahun yang lalu —naudzubîllah min dzalik. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tidak mendatangkan maut kepada beliau. Mereka membaca dengan jelas di dalam al Quran bahawa orang orang suci  yang diseru oleh manusia, selain ALLAH SUBHANAHU WA TAALA  semuanya telah mati, tidak hidup; dan mereka tidak mengetahui bila beliau akan dibangkitkan. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman,

أَمْوَاتٌ غَيْرُ أَحْيَاءٍ ۖ وَمَا يَشْعُرُونَ أَيَّانَ يُبْعَثُونَ


"Mereka itu mati, tak hidup. Dan mereka tidak mengetahui bila akan dibangkitkan."
(Surah 16  AN NAHL : 21)

Kemudian mereka menyaksikan, orang-orang Kristian telah menjadikan Nabi Isa as sebagai objek sembahan selain
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Kendati demikian mereka tidak melepaskan kepercayaan tentang hidupnya Almasih as, lagi tidak malu-malu mengatakan akan hal diri mereka sendiri sebagai orang-orang bertauhid. Demikian pula, benar orang-orang ini dengan lantang menentang kemusyrikan, namun daripada itu mereka meyakini bahawa Nabi Isa Almasih as pernah menghidupkan orang-orang mati. Padahal, ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman bahawa Dia pun tidak menghidupkan kernbali orang mati di dunia ini, sebagaimana Dia berfirman,

وَحَرَامٌ عَلَىٰ قَرْيَةٍ أَهْلَكْنَاهَا أَنَّهُمْ لَا يَرْجِعُونَ


"Dan sungguh tidak mungkin atas penduduk suatu negeri yang telah Kami binasakan, bahawasanya mereka tidak akan kembali." 
(Surah 21  AL ANBIYAA' : 95)

Yakni, Dia telah memutuskan bahawa orang-orang yang telah meninggal dunia tidak akan kembali lagi ke dunia.

Demikian pula Dia berfirman,

وَمِن وَرَائِهِم بَرْزَخٌ إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ


"Dan di belakang mereka ada dinding penghalang hingga hari tatkala mereka akan dibangkitkan lagi." 
(Surah 23  AL MUKMINUUN : 100)

Di dalam hadits RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM kita dapati bahawa tatkala ayah Jabir ra, yakni Abdullah ra sudah syahid,
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman kepada Abdullah bahawa beliau boleh meminta apa yang beliau menghendaki. Atas firman itu beliau mengatakan bahawa beliau hanya ingin dihidupkan kembali untuk turut bersama-sama RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM berjihad dan sekali lagi mati syahid pada jalan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA lalu dihidupkan kernbali dan sekali lagi mati syahid. Atas ujar itu ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman bahawa, seandainya Dia tidak bersumpah atas nama ZatNya, nescaya Dia akan menghidupkan kembali beliau. Jadi, kerana Dia telah berjanji bahawa Dia tidak akan berbuat serupa itu, maka Dia tidak akan melakukannya.
(Tirmidhi, Kitabut Tafsir, Surah Ali lmran, lbnu Majah, dan Misykat)

Tidak terfikir oleh orang-orang itu, betapa sesuatu yang tidak dilakukan oleh
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA sendiri di dunia ini dan sesuatu yang merupakan salah satu di antara Sifat-sifat khasNya, pernah dikerjakan oleh nabi Isa as, mereka telah terkelabui oleh perkataan di dalam al Quran yang berbunyi “uhyil mautaa”-

"Aku (Nabi Isa as) menghidupkan orang yang telah mati."
(Surah 3  ALI  IMRAN : 50)

Akan tetapi tatkala perkataan yang sama dipergunakan bagi RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM dalam al Quran yang berbunyi :

"Hai orang-orang yang beriman, terimalah seruan ALLAH dan RasulNya apabila ia memanggil kamu kepada apa yang menghidupkan kamu."
(Surah 8  AL ANFAAL : 24)

Maka perkataan itu, yakni perkataan menghidupkan, diertikan oleh mereka itu berkaitan dengan kehidupan rohani. Kalau kata ahya bererti juga memberi kehidupan rohani, dan jika tiada wujud dapat menghidupkan orang mati selain
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, dan bila ALLAH SUBHANAHU WA TAALA pun tidak menghidupkan kembali di dunia ini orang orang yang sudah mati, maka mengapa pula mereka tidak mengertikan kata ahya sesuai dengan Kalam llahi, sehingga tidak menimbulkan syirik?
Demikian pula orang-orang yang mengaku bertauhid ini meyakini bahawa Nabi Isa as dahulu pernah menciptakan burung-burung. Padahal mereka membaca di dalam al Quran bahawa selain ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tiada seorangpun dapat menciptakan sesuatu pun. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman,

“Dan orang-orang yang menyeru selain ALLAH, mereka itu tidak menjadikan sesuatu pun, bahkan mereka sendiri yang telah diciptakan.” 
(Surah 16  AN NAHL : 20)

Kemudian Dia berfirman:


ۗ أَمْ جَعَلُوا لِلَّهِ شُرَكَاءَ خَلَقُوا كَخَلْقِهِ فَتَشَابَهَ الْخَلْقُ عَلَيْهِمْ ۚ قُلِ اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ وَهُوَ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ


“Atau, apakah mereka itu menjadikan bagi ALLAH sekutu yang telah menciptakan seperti ciptaanNya, sehingga kedua jenis ciptaan itu nampak serupa saja bagi mereka? Katakanlah, 'Hanya ALLAHlah Yang telah menciptakan segala sesuatu dan Dialah Yang Maha Esa, Maha Perkasa.”
(Surah 13  AR RA'D :16)

Demikian pula
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman,


إِنَّ الَّذِينَ تَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ لَن يَخْلُقُوا ذُبَابًا وَلَوِ اجْتَمَعُوا لَ


“Sesungguhnya, mereka yang kamu sembah selain ALLAH tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka itu bergabung untük maksud itu.”
(Surah 22  AL HAJJ :74)

Sedangkan Nabi Isa as sendiri termasuk di antara mereka yang diseru selain
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Pendek kata, kendatipun ada di dalam  al Quran  tercantum dengan jelas bahawa tiada seorang pun dapat mencipta sesuatu, selain ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, dan kalau pun ada seseorang yang berbuat serupa itu toh Dia lah satu-satunya Wujud sembahan, mereka mengertikan ayat,

أَنِّي أَخْلُقُ لَكُم مِّنَ الطِّينِ كَهَيْئَةِ الطَّيْرِ فَأَنفُخُ فِيهِ فَيَكُونُ طَيْرًا بِإِذْنِ ال


"Aku (Nabi Isa as) akan membuat untuk kemanfaatanmu dari peribadi-peribadi yang mengandung sifat seperti tanah, sesuatu makhluk dengan cara yang serupa burung mengeram."
(Surah 3  ALI  IMRAN : 50)

Bertentangan dengan ajaran  al Quran   yang muhkam (tegas). Lagi mereka tidak berfikir bahawa sebuah perkataan dapat dipergunakan dalam berbagai makna. Jadi, hendaknya mengertikan perkataan itu sesuai dengan bunyi ayat-ayat   al Quran   Suci lainnya dan selaras dengan kemuliaan seorang hamba ALLAH. Hendaknya jangan bertentangan dengan hal-hal yang muhkam (tegas) dan menyalahi kemuliaan
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Pula hendaknya, sementara menyatakan diri bertauhid, jangan terjerumus ke dalam lembah kemusyrikan.

Kepercayaan-kepercayaan berbahaya itulah yang terdapat dewasa ini di kalangan orang-orang Islam — baik dari kaum alim ulama mahupun dari orang-orang bodoh, baik dari mereka yang taklid mahupun dari mereka yang tidak takiid, baik dari golongan Ahli Sunah mahupun dari golongan Syiah. Dan, kerana kehadiran kepercayaan-kepercayaan itu, tiada seorang pun dapat mengatakan bahawa orang-orang Islam berpijak pada asas laa ilaaha illallah. Tidak syak lagi bahawa dewasa ini pun kalimah  laa ilaaha illallah  diucapkan oieh orang-orang Islam. Akan tetapi, disebabkan oleh kepercayaan-kepercayaan tersebut di atas, mereka telah begitu menjauhnya dari mafhumnya tak ubah halnya seperti bangsa-bangsa musyrik lainnya.

Ajaran yang diberikan oleh Hadhrat Mirza Ghulam Ahmad berkenaan dengan segala kegelapan itu merupakan ajaran yang demikian saratnya dengan ketauhidan dan padat dengan upaya menegakkan kegagahan
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA sehingga hati manusia - dengan menerimanya - akan dipenuhi dengan kecintaan kepada kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, dan manusia akan benar-benar terpelihara dari api kemusyrikan. la akan mencapai darjat ketauhidan itu seperti dahulu pernah dicapai oleh para sahabat di zaman RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM. Beliau berupaya membuktikan kesalahan semua kepercayaan tersebut di atas berlandaskan pada dalil-dalil dan menerangkan bahawa ALLAH SUBHANAHU WA TAALA itu Esa adanya. Semua perbuatan itu—seperti memohon kepada seseorang yang sudah mati dan bukan kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA agar segala keinginannya terkabul, atau mempersembahkan sesajen di atas kuburan, atau bersujud kepada seseorang yang masih hidup atau yang sudah mati, atau menganggap seseorang memiliki kekuasaan seperti Tuhan, atau menganggap nabi ataupun bukan nabi mengetahui ghaib, atau menyembelih haiwan atau memberikan sesuatu sebagai sedekah dengan mengalamatkannya kepada seseorang selain Tuhan guna memperoleh keredaannya, atau meyakini seseorang bahawa apa pun yang diinginkannya ALLAH SUBHANAHU WA TAALA selalu memperkenankan-semua itu adalah perbuatan syirik. Hendaknya orang mukmin menjauhi hal itu.

Demikian pula beliau membuktikan bahawa Nabi Isa Almasih as telah wafat, seperti para nabi lainnya, dan telah dikebumikan. Beliau pernah menghidupkan orang-orang yang mati rohani. Seperti halnya manusia lainnya dapat mencipta sesuatu, demikian pula beliau dahulu mencipta. Beliau tidak memiliki kemampuan memberi nyawa kepada sesuatu yang tak bernyawa atau menghidupkan orang mati, baik tanpa mahupun dengan seizin
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Sebab, tidak lazim pada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA melimpahkan Sifat-sifat  khususNya  kepada seorang hamba pun.  KalamNya jelas-jelas membantah adanya Sifat-sifat semacam itu pada wujud Nabi Isa as atau pun pada seseorang yang lain. Selama orang-orang menganut kemusyrikan, selama itu mereka akan membuat-buat idea bahawa ALLAH SUBHANAHU WA TAALA telah melimpahkan kekuatan-kekuatanNya kepada si Fulan. Seorang pun tidak adà yang mengatakan bahawa apa yang dijadikan sembahannya itu telah bebas dari kekuasaan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan ia berkuasa sendiri di muka bumi. Beliau menghalau kegelapan syirik dengan suatu ajaran yang sesuai atau mengembalikannya kembali Al Quran dan sesuai dengan akal. Beliaupun menunjukkan pula kepada orang-orang Islam jalan lurus yang telah semenjak lama ditinggalkan oleh mereka. Dengan demikian beliau telah melaksanakan tugas yang telah ditetapkan untuk diemban oleh Almasih yang akan datang kedua kalinya.

 (Da'watul Amir” karangan Hazrat Mirza Bashiruddin Mahmud Ahmad, terj, Sayyid Syah Muhamamd al-Jaelani dan R. Ahmad Anwar, Jemaat Ahmadiyah Indonesia (Bandung: Guna Bakti Grafika, 1989), cet ke-1, hal. 175-183)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan