السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
A’udzubillah, kami berlindung kepada Allah daripada kekejaman manusia kejam, daripada reka perdaya manusia dengki, daripada kezaliman manusia zalim,
Kami memuji Dia atas pujian semua yang memuji.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam. ampuni dosa ibubapa kami, dosa pasangan kami, dosa kami, dosa keluarga dan zuriat kami, dosa kaum kerabat kami, dosa sahabat-sahabat dan rakan-rakan kami, dosa jiran tetangga kami, guru-guru kami dan sekelian muslim muslimat, mukminin mukminat, yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Kasih dan sayangilah kedua ibubapa kami sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi kami sejak kecil. Tempatkanlah mereka di syurga FirdausMu.
Ya Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam.
Berikanlah pertolongan, kesabaran, keselamatan, kekuatan, kecukupan dan keampunan untuk saudara-saudara seiman kami khususnya di Palestin, Syiria, Uighur, Mesir, Afghanistan, Yaman, Rohingya, Afrika, India dan di mana-mana jua mereka berada. Lindungilah keimanan mereka dalam menghadapi setiap ujian berat yang mereka hadapi. Hancurkan dan musnahkanlah terhadap sesiapapun yang menzalimi saudara-saudara seiman kami ini Yaa ALLAH.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam.
Bimbinglah kami untuk mensyukuri segala nikmatMu yang memungkinkan kami mencapai redaMu.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal jalali wal ikhraam. kurniakanlah taufiq dan hidayahMu buat semua manusia dan jin agar mereka beriman kepadaMu. Yaa Allah, sesungguhnya mereka tak tahu, mereka tidak faham, mereka lupa. Yaa Allah, beri taufiq dan hidayahMu kepada mereka semua. Sesungguhnya hanya Engkau sahaja yang berkuasa memberi taufiq dan hidayah kepada mereka.
Yaa ALLAH Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam, kurniakanlah kami, anak-anak yang soleh dan solehah, anak-anak yang menghafaz al Quran dan mengamalkannya, anak-anak yang tidak meninggalkan solat walaupun apa keadaan sekalipun dan sentiasa bersyukur atas segala nikmat kurniaanMu Yaa Allah.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam. bimbinglah kami ke jalan yang lurus, jalan yang Engkau redai.
Bantulah kami mentaatiMu dan melazimkan ibadah padaMu, memastikan ganjaranMu dengan kurnia pertolonganMu...
Kasihanilah kami, palingkanlah kami daripada segala maksiat kepadaMu, selama Engkau menghidupkan kami, tuntunlah kami kepada apa yang bermanfaat bagi kami selama Engkau menghidupkan kami
dengan kitabMu, legakan dada kami dengan bacaannya, ringankan beban kami.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam, tetapkanlah keimanan kami kepadaMu dan matikan kami dalam Husnul Khatimah (kematian yang baik).
Kurniakan kepada kami keselamatan agama dan diri kami,
Jangan terlantarkan kami daripada semua orang yang menjadi kerinduan kami,
Sempurnakanlah kebaikanMu kepada kami, pada seluruh sisa umur kami, seperti Engkau telah berbuat baik, pada umur kami yang telah lalu..
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Tiada ulasan:
Catat Ulasan