Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Isnin, 11 Mei 2020

V 74 : DOA HARI JUMAAT

Doa  5 - Jumaat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
        
  بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ    
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                               
Yaa الله,  janganlah Engkau sibukkan diri kami dan  lalaikan kami dengan dunia dan segala isinya sehinggakan kami melupakan dosa dan kesalahan kami kepadaMu Yaa الله.
Yaa الله, berikan kepada kami jalan petunjuk kebenaran mudah-mudahan kami menjadi hambaMu yang  beriman dan bertaqwa.
Yaa الله, terima kasih di atas kehidupan kami, nafas kami dan rezeki yang Engkau limpahkan kepada kami hari ini. 
Yaa الله, jadikanlah hari ini penuh semangat, dimudahkan rezeki, kesihatan yang baik, mendapat ilmu yang bermanafaat dan terlepas dari segala kesulitan.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal jalali wal ikhraam. kurniakanlah taufiq dan hidayahMu buat semua manusia dan jin agar mereka beriman kepadaMu.   Yaa Allah, sesungguhnya mereka tak tahu, mereka tidak faham, mereka lupa. Yaa Allah, beri taufiq dan hidayahMu kepada mereka semua. Sesungguhnya hanya Engkau sahaja yang berkuasa memberi taufiq dan hidayah kepada mereka.
Yaa الله, ampunkanlah dosa-dosa kami, rahmatilah kami, berilah kami hidayahMu agar kami sentiasa dekat denganMu Yaa Allah.
Yaa الله, kami memohon kepadaMu kebaikan, kemenangan, pertolongan, cahaya, keberkatan dan petunjuk hari ini dan selama-lamanya.
Yaa الله, permudahkanlah segala urusan kami, murahkan rezeki kami dan kurniakanlah kami keluarga yang bahagia. 
Yaa الله, tanamkanlah perasaan kasih sayang kami kepada sahabat kami dan tanamkan perasaan kasih sayang mereka kepada kami dan semoga hubungan silaturrahim antara kami sentiasa teguh.
Yaa الله, kami berdoa Yaa Allah muliakanlah diri kami, lapangkanlah hati kami, bahagiakanlah keluarga kami, kaum kerabat kami  dan luaskanlah rezeki kami dan moga segala urusan kami dipermudahkan.
Yaa الله, kami bermohon, kabulkanlah cita-cita kami, jauhkan kami dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar dan jauhkan kami dari segala Musibah.
Yaa الله, kami bermohon, terimalah amal ibadah kami yang tak seberapa ini dan mudah-mudahan ia dapat menerangi kubur kami.
Yaa الله, perbanyakkanlah sedekah kami, solat kami,  semoga kami bebas dari seksa kubur.
Yaa ALLAH Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam, kurniakanlah kami, anak-anak dan zuriat keturunan yang soleh dan solehah, anak-anak yang menghafaz al Quran dan mengamalkannya, anak-anak yang tidak meninggalkan solat walaupun apa keadaan sekalipun dan sentiasa bersyukur atas segala nikmat kurniaanMu Yaa Allah.
Yaa الله, tutuplah aib kami dan tenteramkanlah kami dari rasa takut. 
Yaa الله, peliharalah kami dan kami berlindung dengan kebesaranMu agar kami tidak disiksa di padang mashyar.
Yaa الله,  sesungguhnya Engkalulah yang  menetapkan rezeki kami,  Engkau lapangkanlah kami. Yaa Allah,  janganlah kami tidak sabar dalam mendapatkan rezeki. Yaa Allah Yaa Rahman, berilah kami ketakwaan dalam mencari rezeki.
Yaa الله, Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam, tunjukkan kepada kami perkara yang benar itu adalah benar dan rezekikan kepada kami untuk kami melakukannya dan Yaa الله, Yaa Azizz.. Tunjukkan kepada kami perkara yang Bathil  itu adalah Bathil, dan rezekikan kepada kami agar kami  tidak melakukannya.

اَللّهُمَّ اغْفِرْلِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَاكَمَارَبَّيَانِيْ صَغِيْرَا.

“Alloohummaghfirlii waliwaalidayya war hamhumaa kama rabbayaanii shagiiraa.”
Ertinya :  “Wahai Tuhan kami, ampunilah kami dan Ibubapa kami, sayangilah mereka seperti mereka telah menyayangi kami di waktu kecil dahulu.”  
dan َYaa الله, kami memohon Yaa Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Yaa Allah. َ
Yaa الله,  Yaa Ghaffar, ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada, samada yang masih ada hidup atau telah meninggal dunia.  
Ya Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam.
Berikanlah pertolongan, kesabaran, keselamatan, kekuatan, kecukupan dan keampunan untuk saudara-saudara seiman kami khususnya di Palestin, Syria, Uighur, Mesir, Afghanistan, Yaman, Rohingya, Afrika, India dan di mana-mana jua mereka berada. Lindungilah keimanan mereka dalam menghadapi setiap ujian berat yang mereka hadapi. Hancurkan dan musnahkanlah terhadap sesiapapun  yang menzalimi saudara-saudara seiman kami ini Yaa ALLAH.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam, tetapkanlah keimanan kami kepadaMu dan matikan kami dalam husnul Khatimah (kematian yang baik). 
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. 
Segala puji pujian hanya untukMu, 

Yaa الله, 
                                                  
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً و َقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan