Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Isnin, 11 Mei 2020

V 77 : DOA HARI SELASA

Doa 2 - Selasa

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰن
ِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam, pujian hakNya, milikNya pujian yang teramatnya.
Kami berlindung kepadaMu Yaa Allah daripada kejahatan diri kami, sungguh nafsu menyuruh pada keburukan kecuali yang disayangi Tuhan kami.
Kami berlindung pada Allah daripada kejahatan syaitan yang menambah dosa-dosa kami.
Kami berlindung pada Allah daripada semua perbuatan yang derhaka, daripada semua musuh yang dominan, daripada semua penguasa yang kejam.

Ya Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam.
Berikanlah pertolongan, kesabaran, keselamatan, kekuatan, kecukupan dan keampunan untuk saudara-saudara seiman kami khususnya di Palestin, Syria, Uighur, Mesir, Afghanistan, Yaman, Rohingya, Afrika, India dan di mana-mana jua mereka berada. Lindungilah keimanan mereka dalam menghadapi setiap ujian berat yang mereka hadapi. Hancurkan dan musnahkanlah terhadap sesiapapun  yang menzalimi saudara-saudara seiman kami ini Yaa ALLAH.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam, ampuni segala dosa kedua ibubapa kami, dosa kami yang terlalu banyak ini Yaa Allah, dosa pasangan kami, dosa keluarga dan zuriat kami, kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami, rakan-rakan kami, jiran tetangga kami, guru-guru kami dan juga dosa sekelian muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Kasih dan sayangilah kedua ibubapa kami sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi kami sejak kecil. Tempatkanlah mereka di syurga FirdausMu.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam. Jadikan kami antara pasukanMu, kerana pasukanMu sahaja yang beroleh kemenangan. Jadikan kami antara kekasihMu, kerana kekasihMu sahaja yang tidak mendapat kecemasan dan kesedihan.
Ya Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, baikan agama kami, kerana itulah sandaran urusan kami. Baikkan akhirat kami, kerana itulah kampung kembali kami, tempat lari menjauhi kejahatan kami. Jadikanlah kehidupan tempat menambah kebaikan, Jadikanlah kematian tempat istirehat daripada keburukan. 
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam, tetapkanlah keimanan kami kepadaMu dan matikan kami dalam husnul khotimah (kematian yang baik). 
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam, sembuhkan bila ada keluarga, saudara mara, sahabat-sahabat dan rakan-rakan kami yang sakit, halalkanlah rezeki bila ada yang berhutang dan permudahkanlah mereka menyelesaikan segala hutang piutang mereka.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam.
Sempurnakanlah kebaikanMu pada kami, pada seluruh sisa umur kami, seperti Engkau telah berbuat baik, pada umur kami yang telah lalu. Wahai Yang Terkasih dari segala yang mengasihi.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, bantulah kami untuk sentiasa gemar dan bersemangat Mencari Ilmu-Ilmu Agama Untuk meningkatkan Ibadah KepadaMu.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam, lindungilah kami, keluarga kami dan kaum.kerabat kami dari fitnah akhir zaman, seksa kubur dan seksa api nerakaMu.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal jalali wal ikhraam. kurniakanlah taufiq dan hidayahMu buat semua manusia dan jin agar mereka beriman kepadaMu.   Yaa Allah, sesungguhnya mereka tak tahu, mereka tidak faham, mereka lupa. Yaa Allah, beri taufiq dan hidayahMu kepada mereka semua. Sesungguhnya hanya Engkau sahaja yang berkuasa memberi taufiq dan hidayah kepada mereka.
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Zal Jalali Wal Ikhraam, sampaikan selawat dan salam kepada junjungan kami, nabi Muhammad SAW, serta keluarganya dan para sahabatnya. Berilah kami pada hari ini,  tiga hal; Jangan biarkan pada diri kami dosa kecuali Engkau maafkan. Jangan biarkan pada diri kami kesusahan kecuali Engkau hilangkan. Jangan biarkan pada diri kami musuh kecuali Engkau tolakkan. Dengan asma Allah, sebaik-baik asma. Dengan asma Allah, Tuhan Pengurus langit dan bumi, kami mohon ditolakkan setiap kebencian yang pangkalnya murkaNya. 
Kami mohon diberikan setiap kecintaan yang pangkalnya redhaNya. Akhirilah hidup kami dengan keampunan...

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْ




Tiada ulasan:

Catat Ulasan