Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Khamis, 30 Mei 2013

Bab 157 Apa-apa Yang Dibaca Dalam Solat jenazah




Cara solat jenazah ialah:

Bertakbir empat kali. Sesudah takbir pertama membaca ta'awwudz A'udzu billahi minasy syaithanir rajim lalu membaca Fatihatul kitab yakni surat al-Fatihah, kemudian bertakbir yang kedua kalinya, lalu mengucapkan selawat kepada Nabi s.a.w. mengucapkan: Allahumma shalli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad. Adapun yang lebih utama ialah supaya disempurnakan dengan ucapan: Kama shallaita 'ala Ibrahim sampai ucapan Hamidum majid. Jadi jangan membaca sebagaimana yang dikerjakan oleh sebahagian besar orang awam, iaitu mereka sama mengucapkan: Innallaha wa malaikatahu yushailuna 'alan nabiyyi dan seterusnya sampai habisnya ayat, sebab sesungguhnya saja tidak akan sahlah solatnya, jikalau seseorang itu meringkaskan bacaannya pada yang demikian itu belaka. Selanjutnya lalu bertakbir yang ketiga dan berdoa untuk mayat dan untuk seluruh kaum Muslimin, sebagaimana yang akan kami uraikan Hadis-hadisnya di belakang. In Sya Allah. Seterusnya ialah bertakbir keempat kalinya dan berdoa. Setengah daripada sebaik-baiknya doa ialah: ajrahu wa la taftinna ba'dahu waghfir lana walahu ertinya: Ya Allah, janganlah menghalang-halangi kita untuk memperoleh pahala sebab memperoleh mushibah ditinggalkan mayat itu, jangan pula ada fitnah sepeninggalnya dan ampunilah untuk kita semua dan untuk mayat ini pula. Yang terpilih ialah supaya seseorang itu memperpanjangkan doanya dalam doa sehabis takbir keempat ini. jadi menyalahi apa-apa yang biasa dilakukan oleh sebahagian banyak manusia yang suka memendekkan doa itu. Ini adalah berdasarkan Hadis Ibnu Abi Aufa yang akan kami sebutkan di belakang In Sya Allah. Adapun doa-doa yang datang dari Nabi s.a.w. sesudah takbir ketiga, di antaranya ialah:

932. Daripada Abdur Rahman bin Auf bin Malik r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. menyolati jenazah, lalu saya menghafalkan sesuatu dari doanya, iaitu beliau s.a.w. mengucapkan  yang ertinya: "Ya Allah, ampunilah ia dan belas kasihanilah, selamatkanlah ia dan maafkanlah, muliakanlah tempat kediamannya di dalam kubur  dan luaskanlah tempat masuknya, bersihkanlah ia dengan air, salju dan embun, bersihkanlah ia dari kesalahan-kesalahannya sebagaimana Engkau membersihkan pakaian putih dari kotoran, berilah ia ganti berupa perumahan yang lebih baik dari perumahannya di dunia juga ganti keluarga yang lebih baik dari keluarganya di dunia serta kahwinkanlah ia dengan suami atau isteri yang lebih baik dari suami atau isterinya di dunia. Masukkanlah ia dalam syurga dan lindungilah ia dari siksa kubur dan siksa neraka."
'Aufa berkata: "Sehingga saya mengharapkan hendaknya sayalah yang menjadi mayat ketika itu."
(Riwayat Muslim)

933. Daripada Abu Hurairah, Abu Qatadah dan Abu Ibrahim a|-Asyhali dari ayahnya dan ayahnya adalah seorang sahabat, radhi allahu 'anhum dari Nabi s.a.w. bahawasanya beliau menyolati jenazah, lalu mengucapkan yang ertinya: "Ya Allah, ampunilah untuk yang masih hidup dan yang telah mati dari kita, yang kecil dan yang besar maksudnya yang muda dan yang tua, yang lelaki dan yang perempuan, yang hadir ini dan yang tidak hadir. Ya Allah, barangsiapa yang Engkau hidupkan di antara kita, maka hidupkanlah dengan menetapi Agama Islam dan barang yang Engkau matikan dari kita, maka matikanlah dengan menetapi keimanan. Ya Allah, janganlah menghalang-halangi kita untuk memperoleh pahala sebab mendapatkan mushibah ditinggalkan mayat ini dan jangan ada fitnah sepeninggalnya."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dari riwayat Abu Hurairah dan al-Asyhali. Juga diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dari riwayat Abu Hurairah dan Abu Qatadah. Imam Hakim berkata: Hadis Abu Hurairah ini shahih menurut syaratnya Imam-imam bukhari dan Muslim." Imam Termidzi berkata: "Imam Bukhari berkata: "Selengkap-lengkap riwayat-riwayat Hadis dalam bab ini ialah riwayatnya al-Asyhali." Imam Bukhari berkata: "Sebagus-bagus Hadis dalam bab ini ialah Hadisnya 'Auf bin Malik.

934. Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Saya mendengar rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Jikalau engkau semua menyolati mayat, maka bersikap ikhlaslah dalam mengucapkan doa untuk mayat itu."
(Riwayat Abu Daud)

935. Daripada Abu Hurairah r.a. pula dari Nabi s.a.w. perihal doa menyolati jenazah, iaitu  yang ertinya:

"Ya Allah, Engkau adalah Tuhan jenazah ini, Engkau pula yang menciptakannya, Engkau memberikannya petunjuk untuk memeluk Agama Islam. Engkau mencabut ruhnya dan Engkau lebih mengetahui perihal rahsia dan apa yang kelihatan daripada dirinya. Kita semua datang menghadapMu untuk memohonkan syafaat padanya. Maka dari itu ampunilah jenazah ini."
(Riwayat Abu Daud)

936. Daripada Watsilah bin al-Asqa' r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. menyolatii jenazah seorang lelaki dari kaum Muslimin beserta kita, lalu saya mendengar beliau s.a.w. mengucapkan yang ertinya:

"Ya Allah, sesungguhnya Fulan anak Fulan ini adalah dalam tanggunganMu dan ikatan keamananMu, maka dari itu lindungilah ia dari fitnah kubur dan siksanya. Engkau adalah ahli dalam menetapi janji dan memiliki pujian. Ya Allah, maka ampunilah ia, belas kasihanilah, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pengampun lagi Penyayang."
(Riwayat Abu Daud)

937. Daripada Abdullah bin Abu Aufa radhiallahu 'anhuma, bahawasanya ia bertakbir untuk menyolati jenazah anak perempuannya, lalu ia berdiri sesudah takbir keempat seperti kadar waktu berdirinya antara dua takbir, kemudian ia berkata: "Rasulullah s.a.w. melakukan sedemikian ini."
Dalam riwayat lain disebutkan: Abdullah bin Abu'Aufa bertakbir yang keempat kalinya, lalu berdiam diri sebentar, sehingga saya mengira bahawa ia akan bertakbir untuk kelima kalinya, kemudian bersalam menoleh ke sebelah kanannya lalu ke sebelah kirinya. Setelah ia selesai bersolat, kitapun bertanya padanya: "Apakah ertinya itu tadi? Maksudnya antara takbir keempat dengan salam, mengapa lama sekali? la menjawab: "Sesungguhnya saya tidak akan menambahkan untukmu semua melebihi dari apa yang saya lihat dari Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang beliau lakukan," atau ia berkata: "Memang demikian itulah yang dikerjakan oleh Rasulullah s.a.w."
Diriwayatkan oleh Imam Hakim dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis shahih.







Bab 156 Sunnahnya Memperbanyakkan Orang Yang Menyolati Jenazah Dan Membuat Barisan-barisan Orang-orang Yang Menyolati Itu Menjadi Tiga Deretan Atau Lebih.




929. Daripada Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Tiada satu mayatpun yang disolati oleh sesuatu umat dari kaum Muslimin yang sampai berjumlah seratus orang yang semuanya memohonkan syafaat yakni pertolongan supaya diampuni dosa-dosanya kepada mayat tadi, melainkan Allah akan mengabulkan permohonan syafaat mereka itu pada mayat tersebut."
(Riwayat Muslim)

930. Daripada Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma, katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Tiada seorang Muslimpun yang mati, lalu jenazahnya disolati oleh empat puluh orang yang semuanya tidak menyekutukan sesuatu kepada Allah, melainkan Allah akan mengabulkan permohonan syafaat orang-orang yang menyolati itu, yakni mohon pertolongan kepada Allah agar diampuni dosa-dosanya bagi mayat tersebut."
(Riwayat Muslim)

931. Daripada Martsad bin Abdullah al-Yazani, katanya: "Malik bin Hubairah itu apabila menyolati jenazah dan dianggapnya sedikit orang-orang yang ikut menyolati itu, maka mereka itu dibaginya rnenjadi tiga bahagian yakni tiga baris. Kemudian ia berkata: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang disolati oleh tiga baris, maka hal itu telah mewajibkan jenazah itu mendapatkan syurga."

Diriwayatkan oleh imam-imam Abu Daud dan Termidzi dan ia mengatakan bahawa ia adalah Hadis hasan.





Rabu, 29 Mei 2013

Bab 155 Menyolati Mayat, Mengantarkannya Ke Kubur, Menghadiri Pemakamannya Dan Makruhnya Kaum Wanita Ikut Mengantarkan Jenazah-jenazah




Tentang keutamaan mengantarkan mayat sudah lebih dulu uraiannya (lihat Kitab Meninjau orang sakit dari Hadis no. 891 dan seterusnya).

926. Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang menyaksikan mayat sehingga ia disolati yakni ikut solat mayat pula, maka ia memperoleh pahala seqirath dan barangsiapa yang menyaksikan sehingga di kubur, maka ia memperoleh pahala dua qirath."
Beliau s.a.w. ditanya: "Seberapakah dua qirath itu?" Beliau s.a.w. menjawab: "Iaitu seperti dua gunung yang besar-besar."
(Muttafaq 'alaih)

927. Daripada Abu Hurairah r.a. pula bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : ''Barangsiapa mengikuti jenazahnya seseorang Muslim dengan sebab adanya keimanan serta mengharapkan keredhaan Allah dan ia terus menyertainya sehingga mayat itu disolati dan selesai dikuburkan, maka sesungguhnya orang yang sedemikian itu akan kembali dengan membawa pahala sebanyak dua qirath, setiap seqirath itu adalah sebesar gunung Uhud. Dan barangsiapa yang ikut menyolatinya kemudian kembali sebelum dikuburkan, maka sesungguhnya ia akan kembali dengan membawa pahala seqirath."
(Riwayat Bukhari)

928. Daripada Ummu 'Athiyah radhiallahu 'anha, katanya:
Yang Bermaksud : "Kita semua dilarang untuk mengikuti mengantarkan jenazah ke kubur, tetapi larangan itu tidak diperkeraskan untuk kita maksudnya ialah untuk kaum wanita."
(Muttafaq 'alarh)

Maknanya ialah bahawa larangan mengikuti jenazah ke kubur bagi kaum wanita itu tidak diperkeraskan sebagaimana halnya larangan yang diperkeraskan dalam perkara-perkara yang diharamkan, jadi hukumnya ialah makruh saja.




Bab 154 Menahan, Tidak Menyiar-nyiarkan Sesuatu Yang Tidak Baik Yang Diketahui Dari Seseorang Mayat.




925. Daripada Abu Rafi' iaitu Aslam, hambasahaya Rasulullah s.a.w. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang memandikan mayat, lalu ia menyimpan yakni merahsiakan atas keburukan mayat itu yang diketahui olehnya, maka Allah memberikan pengampunan kepada orang tadi sebanyak empat puluh kali."
Diriwayatkan oleh Imam Hakim dan ia berkata bahawa ini adalah Hadis shahih menurut syarat Imam Muslim.







Isnin, 27 Mei 2013

Bab 153 Bolehnya Menangisi Orang Mati Tanpa Nadab Menghitung hitung Kebaikan Mayat Juga Tanpa Suara Keras Dalam Tangisnya Itu.




Adapun bersuara keras ketika menangisi mayat itu, maka hukumnya adalah haram dan ini akan diuraikan dalam suatu bab tersendiri iaitu Kitab Larangan, Insya Allah.
Adapun menangis biasa, maka ada beberapa Hadis yang menguraikan tentang dilarangnya itu dan bahawasanya mayat itu akan disiksa dengan sebab tangis keluarganya. Hal sedemikian ini ditakwilkan dan ditangguhkan atas orang yang mewasiatkan itu. Adapun yang dilarang itu hanyalah tangis yang di dalamnya disertai nadab atau dengan suara keras luar biasa. Adapun dalilnya tentang bolehnya menangis tanpa nadab dan tidak dengan suara keras ialah beberapa Hadis yang banyak sekali jumlahnya, di antaranya ialah:

922. Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma bahawasanya Rasulullah s.a.w. meninjau Sa'ad bin Ubadah dan besertanya ialah Abdur Rahman bin Auf, Sa'ad bin Abu Waqqash dan Abdullah bin Mas'ud radhiallahu 'anhum. Kemudian Rasulullah s.a.w. menangis. Ketika orang-orang sama mengetahui tangisnya Rasulullah s.a.w., maka merekapun menangislah. Selanjutnya beliau s.a.w. bersabda: "Adakah engkau semua tidak mendengar? Sesungguhnya Allah itu tidak akan menyiksa sebab adanya airmata yang mengalir di mata, tidak pula kerana kesusahan hati, tetapi Allah menyiksa itu ialah dengan sebab perbuatan ini ataupun Allah memberikan kerahmatannya." Beliau s.a.w. menunjuk kepada lisannya.
(Muttafaq 'alaih)

923. Daripada Usamah bin Zaid radhiallahu 'anhuma bahawasanya Rasulullah s.a.w. pada suatu ketika diaturkanlah berita tentang anak dari puterinya yang dalam keadaan akan meninggal dunia, lalu kedua mata Rasulullah s.a.w. mengalirkan airmata. Kemudian Sa'ad berkata pada beliau s.a.w.: "Apakah ertinya ini, ya Rasulullah?" Beliau s.a.w. menjawab: "Ini adalah sebagai tanda belas kasihan yang dijadikan oleh Allah Taala dan hati hamba-hambaNya. Hanyasanya Allah itu mengasihi orang-orang yang mempunyai hati belas kasihan dari golongan hamba-hambaNya itu."
(Muttafaq 'alaih)

924. Daripada Anas r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. masuk ke tempat anaknya iaitu Ibrahim r.a. dan ia sedang berderma dengan jiwanya yakni menghadapi kematian, maka kedua mata Rasulullah s.a.w. itu melelehkan airmata. Abdur Rahman bin Auf berkata kepadanya: "Tuanpun menangis ya Rasulullah?" Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Hai Ibnu Auf, sesungguhnya airmata ini adalah sebagai tanda kasih saying." Selanjutnya airmata pertama itu diikuti airmata kedua dan seterusnya. Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Sesungguhnya matapun dapat mengalirkan airmata dan hatipun dapat berdukacita. Kita tidak mengucapkan melainkan apa yang dapat memberikan keredhaan kepada Tuhan kita dan sesungguhnya kita ini dengan berpisah denganmu itu, hai Ibrahim nescayalah bersedih hati."
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Imam Muslim juga meriwayatkan sebahagiannya. Hadis-hadis dalam bab ini banyak sekali disebutkan dalam kitab shahih dan tersohor sekali.
Wallahu a'lam.






Bab 152 Apa Yang Diucapkan Di Sisi Mayat Dan Apa Yang Diucapkan Oleh Orang Yang Ditinggalkan Oleh Mayat.




917. Daripada Ummu Salamah radhiallahu 'anha, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Jikalau engkau semua mendatangi orang sakit atau orang mati, maka ucapkanlah yang baik-baik saja, sebab sesungguhnya malaikat itu mengucapkan: Amin kepada apa-apa yang engkau semua ucapkan."
Ummu Salamah berkata: "Ketika Abu Salamah meninggal dunia, saya lalu mendatangi Nabi s.a.w. kemudian saya mengatakan: "Ya Rasulullah, sesungguhnya Abu Salamah telah meninggal dunia." Beliau s.a.w. bersabda: "Katakanlah yang ertinya: "Ampunkanlah untukku dan untuknya dan berikanlah untukku ganti yang baik daripadanya." Lalu saya berkata: "Maka Allah memberikan ganti untukku seseorang yang lebih baik bagiku daripada Abu Salamah itu, yakni Muhammad s.a.w. kerana setelah suaminya yakni Abu Salamah meninggal dunia, lalu Ummu Salamah itu dikahwin oleh Nabi s.a.w."
Imam Muslim meriwayatkan demikian, yakni: "Jikalau engkau semua mendatangi orang sakit atau orang mati," dengan ada keragu-raguan dalam kata-kata orang sakit atau mati. Adapun yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan Iain-Iain, jelas diucapkan: "orang mati," tanpa diragu-ragukan.

918. Daripada Ummu Salamah radhiallahu 'anha pula, katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Tiada seorang hambapun yang terkena oleh sesuatu mushibah yakni bencana, lalu ia mengucapkan yang ertinya: "Sesungguhnya kita ini adalah untuk Allah dan sesungguhnya kita akan kembali padaNya. Ya Allah, berikanlah kepada saya akan pahala dengan sebab adanya mushibah saya ini, juga berikanlah ganti untuk saya sesuatu yang lebih baik daripada yang sudah hilang, melainkan Allah Taala akan memberinya pahala kerana adanya mushibah dalam dirinya itu dan akan memberikan ganti padanya yang lebih baik daripada yang sudah meninggal tadi."

Ummu Salamah berkata: "Ketika Abu Salamah meninggal dunia saya lalu mengucapkan sebagaimana yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. padaku, kemudian Allah memberikan ganti untuknya seseorang yang lebih baik dari Abu Salamah yakni yang menjadi suaminya iaitu Rasulullah s.a.w."
(Riwayat Muslim)

919. Daripada Abu Musa r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Jikalau anak seseorang hamba meninggal dunia, maka Allah Taala berfirman kepada para malaikatnya: "Adakah engkau semua telah mencabut nyawa anak hambaKu?" Mereka menjawab: "Ya." Allah berfirman lagi: "Adakah engkau semua telah mencabut nyawa buah hati hambaKu itu?" Mereka menjawab: "Ya." Allah berfirman pula: "Kemudian apakah yang diucapkan oleh hambaKu itu?" Mereka menjawab: "la memuji Engkau dan mengucapkan istirja' yakni Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Kemudian Allah Taala berfirman: "Dirikanlah untuk hambaKu itu sebuah rumah dalam syurga dan namakanlah rumah itu dengan sebutan Baitulhamdi yakni Rumah Pujian."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

920. Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Allah Taala berfirman: "Tiada suatu balasanpun di sisiku yang diperuntukkan pada hambaKu yang mukmin, jikalau Aku mencabut nyawa kekasihnya dari golongan ahli di dunia, kemudian ia mengharapkan keredhaanKu dengan meninggalnya kekasihnya tadi, melainkan balasannya itu adalah syurga." Kekasih ialah seperti anak, isteri dan lain-lain.
(Riwayat Bukhari)

921. Daripada Usamah bin Zaid radhiallahu 'anhuma, katanya:

"Salah seorang dari puteri-puteri Nabi s.a.w. mengutus seseorang kepada beliau s.a.w. untuk memanggilnya dan memberitahukan padanya bahawa seseorang anaknya yakni anak puteri Nabi s.a.w. itu, lelaki atau perempuan yang meriwayatkan Hadis ini ragu-ragu, apakah anak itu lelaki atau perempuan sedang berada dalam keadaan akan meninggal dunia. Puteri Nabi s.a.w. yang memanggil itu ialah Zainab, sedang yang sakit namanya Umamah. Nabi s.a.w. lalu bersabda kepada utusan puterinya itu: "Kembalilah dulu ke tempat puteriku itu dan beritahukanlah padanya bahawasanya bagi Allah adalah apa-apa yang diambil, bagiNya apa-apa yang diberikan dan segala sesuatu menurut ajal yang ditentukan di sisiNya. Maka dari itu perintahkanlah ia supaya bersabar saja dan supaya meng-harapkan keredhaan Allah." Selanjutnya disebutkan Hadis ini sampai selengkapnya.
(Muttafaq 'alaih)
























Ahad, 26 Mei 2013

Bab 151 Apa Yang Diucapkan Ketika Memejamkan Mata Orang Mati.





916. Daripada Ummu Salamah radhiallahu 'anha, katanya: "Rasulullah s.a.w. masuk ke tempat Abu Salamah dan sudah kepayahan penglihatannya sewaktu hendak matinya  lalu beliau s.a.w. memejamkannya, kemudian bersabda: 

"Sesungguhnya ruh itu apabila dicabut, maka diikuti oleh penglihatan."
Orang-orang dari keluarganya lalu gemuruh suaranya, lalu beliau s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Janganlah engkau semua mendoakan atas dirimu sendiri melainkan dengan yang baik-baik saja, kerana sesungguhnya malaikat itupun mengucapkan: Amin pada apa yang engkau semua doakan itu." Seterusnya beliau s.a.w. berdoa: "Ya Allah, berikanlah pengampunan kepada Abu Salamah, tingkatkanlah darjatnya dalam golongan orang-orang yang memperoleh petunjuk. jadilah Engkau sebagai pengganti sesudah meninggalnya itu untuk melindungi orang-orang yang ditinggalkan seperti isteri dan anak-anaknya. Berikanlah pengampunan kepada kita dan kepada orang yang mati ini, ya Rabbal 'alamin, juga berilah kelapangan untuknya dalam kuburnya serta berikanlah cahaya untuknya dalam kubur itu."
(Riwayat Muslim)