916. Daripada Ummu Salamah radhiallahu 'anha, katanya: "Rasulullah s.a.w. masuk ke tempat Abu Salamah dan sudah kepayahan penglihatannya sewaktu hendak matinya lalu beliau s.a.w. memejamkannya, kemudian bersabda:
"Sesungguhnya ruh itu apabila dicabut,
maka diikuti oleh penglihatan."
Orang-orang
dari keluarganya lalu gemuruh suaranya, lalu beliau s.a.w. bersabda:
Yang Bermaksud : "Janganlah engkau semua
mendoakan atas dirimu sendiri melainkan dengan yang baik-baik saja, kerana
sesungguhnya malaikat itupun mengucapkan: Amin pada apa yang engkau semua
doakan itu." Seterusnya
beliau s.a.w. berdoa: "Ya Allah,
berikanlah pengampunan kepada Abu Salamah, tingkatkanlah darjatnya dalam
golongan orang-orang yang memperoleh petunjuk. jadilah Engkau sebagai pengganti
sesudah meninggalnya itu untuk melindungi orang-orang yang ditinggalkan seperti
isteri dan anak-anaknya. Berikanlah pengampunan kepada kita dan kepada orang
yang mati ini, ya Rabbal 'alamin, juga berilah kelapangan untuknya dalam
kuburnya serta berikanlah cahaya untuknya dalam kubur itu."
(Riwayat
Muslim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan