Cara solat jenazah ialah:
Bertakbir
empat kali. Sesudah takbir pertama membaca ta'awwudz A'udzu billahi minasy
syaithanir rajim lalu membaca Fatihatul kitab yakni surat al-Fatihah,
kemudian bertakbir yang kedua kalinya, lalu mengucapkan selawat kepada Nabi
s.a.w. mengucapkan: Allahumma shalli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad. Adapun
yang lebih utama ialah supaya disempurnakan dengan ucapan: Kama shallaita
'ala Ibrahim sampai ucapan Hamidum majid. Jadi jangan membaca sebagaimana
yang dikerjakan oleh sebahagian besar orang awam, iaitu mereka sama
mengucapkan: Innallaha wa malaikatahu yushailuna 'alan nabiyyi dan
seterusnya sampai habisnya ayat, sebab sesungguhnya saja tidak akan sahlah solatnya,
jikalau seseorang itu meringkaskan bacaannya pada yang demikian itu belaka.
Selanjutnya lalu bertakbir yang ketiga dan berdoa untuk mayat dan untuk seluruh
kaum Muslimin, sebagaimana yang akan kami uraikan Hadis-hadisnya di belakang.
In Sya Allah. Seterusnya ialah bertakbir keempat kalinya dan berdoa. Setengah
daripada sebaik-baiknya doa ialah: ajrahu wa la taftinna ba'dahu waghfir
lana walahu ertinya: Ya Allah, janganlah menghalang-halangi kita untuk
memperoleh pahala sebab memperoleh mushibah ditinggalkan mayat itu, jangan pula
ada fitnah sepeninggalnya dan ampunilah untuk kita semua dan untuk mayat ini
pula. Yang terpilih ialah supaya seseorang itu memperpanjangkan doanya dalam
doa sehabis takbir keempat ini. jadi menyalahi apa-apa yang biasa dilakukan
oleh sebahagian banyak manusia yang suka memendekkan doa itu. Ini adalah
berdasarkan Hadis Ibnu Abi Aufa yang akan kami sebutkan di belakang In Sya Allah.
Adapun doa-doa yang datang dari Nabi s.a.w. sesudah takbir ketiga, di antaranya
ialah:
932. Daripada
Abdur Rahman bin Auf bin Malik r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. menyolati
jenazah, lalu saya menghafalkan sesuatu dari doanya, iaitu beliau s.a.w.
mengucapkan yang ertinya: "Ya
Allah, ampunilah ia dan belas kasihanilah, selamatkanlah ia dan maafkanlah,
muliakanlah tempat kediamannya di dalam kubur dan luaskanlah tempat masuknya, bersihkanlah
ia dengan air, salju dan embun, bersihkanlah ia dari kesalahan-kesalahannya
sebagaimana Engkau membersihkan pakaian putih dari kotoran, berilah ia ganti
berupa perumahan yang lebih baik dari perumahannya di dunia juga ganti keluarga
yang lebih baik dari keluarganya di dunia serta kahwinkanlah ia dengan suami
atau isteri yang lebih baik dari suami atau isterinya di dunia. Masukkanlah ia
dalam syurga dan lindungilah ia dari siksa kubur dan siksa neraka."
'Aufa
berkata: "Sehingga saya mengharapkan hendaknya sayalah yang menjadi
mayat ketika itu."
(Riwayat
Muslim)
933. Daripada
Abu Hurairah, Abu Qatadah dan Abu Ibrahim a|-Asyhali dari ayahnya dan ayahnya
adalah seorang sahabat, radhi allahu 'anhum dari Nabi s.a.w. bahawasanya beliau
menyolati jenazah, lalu mengucapkan yang ertinya: "Ya Allah, ampunilah untuk
yang masih hidup dan yang telah mati dari kita, yang kecil dan yang besar
maksudnya yang muda dan yang tua, yang lelaki dan yang perempuan, yang hadir
ini dan yang tidak hadir. Ya Allah, barangsiapa yang
Engkau hidupkan di antara kita, maka hidupkanlah dengan menetapi Agama Islam
dan barang yang Engkau matikan dari kita, maka matikanlah dengan menetapi
keimanan. Ya Allah, janganlah menghalang-halangi kita untuk memperoleh pahala
sebab mendapatkan mushibah ditinggalkan mayat ini dan jangan ada fitnah
sepeninggalnya."
Diriwayatkan
oleh Imam Termidzi dari riwayat Abu Hurairah dan al-Asyhali. Juga diriwayatkan
oleh Imam Abu Dawud dari riwayat Abu Hurairah dan Abu Qatadah. Imam Hakim
berkata: Hadis Abu Hurairah ini shahih menurut syaratnya Imam-imam bukhari dan
Muslim." Imam Termidzi berkata: "Imam Bukhari berkata:
"Selengkap-lengkap riwayat-riwayat Hadis dalam bab ini ialah riwayatnya
al-Asyhali." Imam Bukhari berkata: "Sebagus-bagus Hadis dalam bab ini
ialah Hadisnya 'Auf bin Malik.
934. Daripada
Abu Hurairah r.a., katanya: "Saya mendengar rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang Bermaksud : "Jikalau engkau semua menyolati
mayat, maka bersikap ikhlaslah dalam mengucapkan doa untuk mayat itu."
(Riwayat
Abu Daud)
935. Daripada
Abu Hurairah r.a. pula dari Nabi s.a.w. perihal doa menyolati jenazah, iaitu yang ertinya:
"Ya
Allah, Engkau adalah Tuhan jenazah ini, Engkau pula yang menciptakannya, Engkau
memberikannya petunjuk untuk memeluk Agama Islam. Engkau mencabut ruhnya dan
Engkau lebih mengetahui perihal rahsia dan apa yang kelihatan daripada dirinya.
Kita semua datang menghadapMu untuk memohonkan syafaat padanya. Maka dari itu
ampunilah jenazah ini."
(Riwayat
Abu Daud)
936. Daripada
Watsilah bin al-Asqa' r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. menyolatii jenazah
seorang lelaki dari kaum Muslimin beserta kita, lalu saya mendengar beliau
s.a.w. mengucapkan yang ertinya:
"Ya
Allah, sesungguhnya Fulan anak Fulan ini adalah dalam tanggunganMu dan ikatan
keamananMu, maka dari itu lindungilah ia dari fitnah kubur dan siksanya. Engkau
adalah ahli dalam menetapi janji dan memiliki pujian. Ya Allah, maka ampunilah
ia, belas kasihanilah, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pengampun lagi Penyayang."
(Riwayat
Abu Daud)
937. Daripada Abdullah bin Abu Aufa radhiallahu 'anhuma, bahawasanya ia bertakbir untuk menyolati jenazah anak
perempuannya, lalu ia berdiri sesudah takbir keempat seperti kadar waktu
berdirinya antara dua takbir, kemudian ia berkata: "Rasulullah s.a.w.
melakukan sedemikian ini."
Dalam
riwayat lain disebutkan: Abdullah
bin Abu'Aufa bertakbir yang keempat kalinya, lalu berdiam diri sebentar,
sehingga saya mengira bahawa ia akan bertakbir untuk kelima kalinya, kemudian
bersalam menoleh ke sebelah kanannya lalu ke sebelah kirinya. Setelah ia selesai
bersolat, kitapun bertanya padanya: "Apakah ertinya itu tadi? Maksudnya
antara takbir keempat dengan salam, mengapa lama sekali? la menjawab:
"Sesungguhnya saya tidak akan menambahkan untukmu semua melebihi dari apa
yang saya lihat dari Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang beliau lakukan,"
atau ia berkata: "Memang demikian itulah yang dikerjakan oleh Rasulullah
s.a.w."
Diriwayatkan
oleh Imam Hakim dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis shahih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan