Tentang keutamaan mengantarkan mayat sudah lebih dulu uraiannya (lihat Kitab Meninjau orang sakit dari Hadis no. 891 dan seterusnya).
926. Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang
menyaksikan mayat sehingga ia disolati yakni ikut solat mayat pula, maka ia
memperoleh pahala seqirath dan barangsiapa yang menyaksikan sehingga di kubur,
maka ia memperoleh pahala dua qirath."
Beliau
s.a.w. ditanya: "Seberapakah dua qirath itu?" Beliau s.a.w. menjawab:
"Iaitu seperti dua gunung yang besar-besar."
(Muttafaq
'alaih)
927. Daripada Abu Hurairah r.a. pula bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang Bermaksud : ''Barangsiapa mengikuti jenazahnya
seseorang Muslim dengan sebab adanya keimanan serta mengharapkan keredhaan
Allah dan ia terus menyertainya sehingga mayat itu disolati dan selesai dikuburkan,
maka sesungguhnya orang yang sedemikian itu akan kembali dengan membawa pahala
sebanyak dua qirath, setiap seqirath itu adalah sebesar gunung Uhud. Dan
barangsiapa yang ikut menyolatinya kemudian kembali sebelum dikuburkan, maka
sesungguhnya ia akan kembali dengan membawa pahala seqirath."
(Riwayat
Bukhari)
928. Daripada Ummu 'Athiyah radhiallahu 'anha, katanya:
Yang Bermaksud : "Kita semua dilarang untuk mengikuti mengantarkan jenazah
ke kubur, tetapi larangan itu tidak diperkeraskan untuk kita maksudnya ialah
untuk kaum wanita."
(Muttafaq
'alarh)
Maknanya
ialah bahawa larangan mengikuti jenazah ke kubur bagi kaum wanita itu tidak
diperkeraskan sebagaimana halnya larangan yang diperkeraskan dalam
perkara-perkara yang diharamkan, jadi hukumnya ialah makruh saja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan