Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Isnin, 27 Mei 2013

Bab 152 Apa Yang Diucapkan Di Sisi Mayat Dan Apa Yang Diucapkan Oleh Orang Yang Ditinggalkan Oleh Mayat.




917. Daripada Ummu Salamah radhiallahu 'anha, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Jikalau engkau semua mendatangi orang sakit atau orang mati, maka ucapkanlah yang baik-baik saja, sebab sesungguhnya malaikat itu mengucapkan: Amin kepada apa-apa yang engkau semua ucapkan."
Ummu Salamah berkata: "Ketika Abu Salamah meninggal dunia, saya lalu mendatangi Nabi s.a.w. kemudian saya mengatakan: "Ya Rasulullah, sesungguhnya Abu Salamah telah meninggal dunia." Beliau s.a.w. bersabda: "Katakanlah yang ertinya: "Ampunkanlah untukku dan untuknya dan berikanlah untukku ganti yang baik daripadanya." Lalu saya berkata: "Maka Allah memberikan ganti untukku seseorang yang lebih baik bagiku daripada Abu Salamah itu, yakni Muhammad s.a.w. kerana setelah suaminya yakni Abu Salamah meninggal dunia, lalu Ummu Salamah itu dikahwin oleh Nabi s.a.w."
Imam Muslim meriwayatkan demikian, yakni: "Jikalau engkau semua mendatangi orang sakit atau orang mati," dengan ada keragu-raguan dalam kata-kata orang sakit atau mati. Adapun yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan Iain-Iain, jelas diucapkan: "orang mati," tanpa diragu-ragukan.

918. Daripada Ummu Salamah radhiallahu 'anha pula, katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Tiada seorang hambapun yang terkena oleh sesuatu mushibah yakni bencana, lalu ia mengucapkan yang ertinya: "Sesungguhnya kita ini adalah untuk Allah dan sesungguhnya kita akan kembali padaNya. Ya Allah, berikanlah kepada saya akan pahala dengan sebab adanya mushibah saya ini, juga berikanlah ganti untuk saya sesuatu yang lebih baik daripada yang sudah hilang, melainkan Allah Taala akan memberinya pahala kerana adanya mushibah dalam dirinya itu dan akan memberikan ganti padanya yang lebih baik daripada yang sudah meninggal tadi."

Ummu Salamah berkata: "Ketika Abu Salamah meninggal dunia saya lalu mengucapkan sebagaimana yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. padaku, kemudian Allah memberikan ganti untuknya seseorang yang lebih baik dari Abu Salamah yakni yang menjadi suaminya iaitu Rasulullah s.a.w."
(Riwayat Muslim)

919. Daripada Abu Musa r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Jikalau anak seseorang hamba meninggal dunia, maka Allah Taala berfirman kepada para malaikatnya: "Adakah engkau semua telah mencabut nyawa anak hambaKu?" Mereka menjawab: "Ya." Allah berfirman lagi: "Adakah engkau semua telah mencabut nyawa buah hati hambaKu itu?" Mereka menjawab: "Ya." Allah berfirman pula: "Kemudian apakah yang diucapkan oleh hambaKu itu?" Mereka menjawab: "la memuji Engkau dan mengucapkan istirja' yakni Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Kemudian Allah Taala berfirman: "Dirikanlah untuk hambaKu itu sebuah rumah dalam syurga dan namakanlah rumah itu dengan sebutan Baitulhamdi yakni Rumah Pujian."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

920. Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Allah Taala berfirman: "Tiada suatu balasanpun di sisiku yang diperuntukkan pada hambaKu yang mukmin, jikalau Aku mencabut nyawa kekasihnya dari golongan ahli di dunia, kemudian ia mengharapkan keredhaanKu dengan meninggalnya kekasihnya tadi, melainkan balasannya itu adalah syurga." Kekasih ialah seperti anak, isteri dan lain-lain.
(Riwayat Bukhari)

921. Daripada Usamah bin Zaid radhiallahu 'anhuma, katanya:

"Salah seorang dari puteri-puteri Nabi s.a.w. mengutus seseorang kepada beliau s.a.w. untuk memanggilnya dan memberitahukan padanya bahawa seseorang anaknya yakni anak puteri Nabi s.a.w. itu, lelaki atau perempuan yang meriwayatkan Hadis ini ragu-ragu, apakah anak itu lelaki atau perempuan sedang berada dalam keadaan akan meninggal dunia. Puteri Nabi s.a.w. yang memanggil itu ialah Zainab, sedang yang sakit namanya Umamah. Nabi s.a.w. lalu bersabda kepada utusan puterinya itu: "Kembalilah dulu ke tempat puteriku itu dan beritahukanlah padanya bahawasanya bagi Allah adalah apa-apa yang diambil, bagiNya apa-apa yang diberikan dan segala sesuatu menurut ajal yang ditentukan di sisiNya. Maka dari itu perintahkanlah ia supaya bersabar saja dan supaya meng-harapkan keredhaan Allah." Selanjutnya disebutkan Hadis ini sampai selengkapnya.
(Muttafaq 'alaih)
























Tiada ulasan:

Catat Ulasan